Canggih, tapi ditinggalkan..


Masa sekolah dulu, cikgu sains pernah sebut (masa tu form 3 kalau tak salah) ada teknologi yang hebat satu ketika dulu, tapi dah ditinggalkan pada masa sekarang. Teknologi Telegraf.

Satu ketika dulu teknologi ni adalah yang tercanggih. Digunakan oleh tentera dan seterusnya dikomersialkan. Tapi hari ni, ia telah dilupakan. Yang lebih dikenali ialah 'Internet'..hehehe

Tapi...tahukah anda, jaringan internet yang kia nikmati sekarang masih menggunakan barebone daripada telegraf! Kabel bawah laut yang menghubungkan satu dunia melalui internet merupakan kabel yang 'berkhidmat' untuk telegraf. kabel ini juga yang menghubungkan super computer di seluruh dunia!

Dalam gambar, motherboard ASUS P6T SE, keluaran tahun 2009. Masa tu, motherboard ni dah canggih giler! Hanya menggunakan chipset khusus untuk processor Intel i7. Support 32 Gb RAM. Tapi sekarang dah discontinued, sebab ada spec yang lebih tinggi.

Tapi...masih boleh digunakan.. Harga second hand pada waktu sekarang sekitar RM500-700. Waktu awal pelancarannya, harga motherboard ni adalah Rm1400++. Dalam 9 tahun, harga jadi separuh. Hmmm..masih tinggi nilai kan?

Dapat beli di shopee RM499.90 termasuk processor i7 dan 12GB RAM. Syukur! Ada kawan minta belikan, dia nak guna untuk video editing. Hari ni baru nak install windows bagai semua tu. Harapnya prestasi motherboard ni masih padu!

0 comments:

My Instagram