Sponsor

Robot Solar 3 in 1

Tengah-tengah bersiar-siar kat facebook, ternampak iklan robot solar 3 in 1 ni. Tengok testimoni macam best. Siap ada video testimoni bagai. Menarik!

Sekali tengok harga, RM49 lah..alamak..terbatal niat nak beli. Tapi macam biasa, aku akan cari benda yang sama kat shopee atau lazada. Dapat harga lebih murah. Beli terus! 

Tak pa, aku paham. Facebook tak sama dengan shopee atau lazada. Kalau content berjaya meyakinkan pembeli, comform ada orang beli kat facebook tu walaupun harganya mahal.

Aku skeptikal skit. Nak beli dengan harga mahal untuk barang yang baik, yang bagus, aku tak kisah. Cuma..barang tu memang mahal ke??

Ok, Fateh suka robot solar ni. Excited sangat dia. Lagi-lagi bila kena main tengah panas sebab nak aktifkan 'solar panel' tu. Hehehe.

Orait, lepas seminggu dua nanti kita tengok apa jadi kat robot solar Fateh ni :p

0 ulasan:

My Instagram