Sponsor

Cara setup link Google Meet lebih awal [Komputer]

1. Buka google dan taip 'Google Calendar'.

2. Klik hasil carian yang paling atas. (Selalunya memang akan keluar paling atas). 


3. Lihat penjuru atas kanan, pastikan login tersebut adalah akaun gdrve.com(atau email gmail premium atau corporate atau company), akan nampak icon G SUITE tu.



4. Tukar view kepada month untuk memudahkan setting. (kalau cikgu-cigku nak guna view lain pun boleh, terpulang kepada keselesaan masing-masing).


5. Untuk contoh, kita andaikan kelas online live kita akan diadakan pada 25 Jun 2020. Hari ini 23 Jun 2020. Jadi, klik pada mana-mana bahagian dalam kotak 25hb tu.


6. Masukkan nama kelas/subjek dan klik pada 'Add Google Meet Video Confering'.



7. Kemudian klik simbol '^' (simbol ni terbalik ke bawah sebelum di klik). Copy link google meet dan klik save. Selesai. Boleh kongsikan link tersebut di group parent.


8. Pada hari kejadian nanti, cikgu-cikgu masuk semula ke Google Calendar dan klik pada event tersebut, kemudian klik JOIN WITH GOOGLE MEET


Selesai. Selamat beramal :-)

0 ulasan:

My Instagram