Tangki bilik air bocor!

So..projek hari ni adalah bypass tangki bilik air tengah ke tangki master bedroom. Bukan mudah nak tukar tangki, kena angkat bumbung bagai. Jadi eloklah bypasskan saja. Hehe.

Tangki abs warna hitam yang berusia 35 tahun retak di bahagian bawah. Air menitis makin laju setiap hari. Ok la tu, 35 tahun guna baru rosak :p

Yang menjadi aralnya ialah dinding yang menghalang bahagian rumah yang asal dengan bahagian rumah yang dah direnovate. Sampai bahagian syiling pun terhalang dengan dinding tu. Jadi..kena drill.

Bukan alang-alang tebal dindingnya, jadi tool yang ni amatlah sesuai.

Drill yang sangat bertenaga! Kuasa heck pun padu. Hanya sedikit sahaja kudrat yang diperlukan untuk mengendalikan drill ni. 

Drill ni ada 2 fungsi. Pertama, drill & heck. Kedua, heck sahaja. Motornya agak berat untuk mendorong daya heck agar menjadi lebih 'ringan'.


Orait, ni mata drill yang digunakan. Dinding setebal 20cm+- berjaya di drill dalam masa kurang 3 minit untuk tembus! 


Alhamdulillah, projek berjaya. Bilik air kembali berfungsi seperti biasa. Mama hepi :-)

0 comments:

My Instagram