Lost but not forgotten!

Hari ini dalam sejarah | 16 Mac 2003 | Rachel Aliene Corrie dalam kenangan. Non-Muslim yang memahat nama dalam sejarah Palestin.

Mungkin anda pernah mendengar nama Rachel Corrie tetapi tahukah anda siapakah insan hebat ini?

Ayuh kenali pemudi bernama Rachel ini!

Rachel Aliene Corrie merupakan seorang aktivis kemanusiaan warga Amerika Syarikat yang berjuang demi pembebasan Palestin.

Beliau menyertai International Solidarity Movement (ISM) dan mengambil keputusan drastik dengan menangguhkan pembelajaran beliau di Kolej Evergreen untuk menyertai bantuan kemanusiaan di Rafah, Palestin.

Beliau bukan sahaja sangat prihatin terhadap isu Palestin tetapi sangat prihatin terhadap isu kemanusiaan sejagat sejak beliau masih kecil lagi.

Maka, tidak hairanlah beliau sanggup terbang dari Amerika ke Palestin atas dasar kemanusiaan.

Rachel Corrie berada di sana selama dua bulan bersama International Solidarity Movement (ISM) sebelum insiden buruk terjadi namun mahkamah Israel hanya mengambil masa kurang dari itu untuk memutuskan kejadian tersebut sebagai sekadar "kemalangan".

Tanggal 16 Mac 2003 menyaksikan pemergian Rachel Corrie.

Tragedi ini berlaku pada siang hari sewaktu puak pengganas Zionis sedang rakus memusnahkan rumah penduduk Palestin.

Aktivis muda itu meninggal dunia pada usia 24 tahun akibat dari kemalangan ketika beliau cuba menghalang sebuah bulldozer Caterpillar D9 milik rejim Zionis dari merobohkan sebuah rumah di Rafah, Gaza.

Pembunuhan seorang aktivis wanita ini sememangnya tidak dapat dimaafkan dan dilupakan. Keganasan askar Zionis Israel jelas kelihatan apabila pemandu tersebut membunuh Rachel bukan dengan menggunakan jengkaut biasa.

Sebaliknya, jengkaut yang digunakan adalah jengkaut berteknologi tinggi yang dilengkapi dengan senjata api dan cermin kalis peluru, iaitu jengkaut Catterpillar D9 yang telah diubahsuai oleh IDF!

Setelah kejadian tersebut, ibu bapa mendiang Rachel Corrie (Craig dan Cindy) menggerakkan usaha kesedaran mengenai krisis Palestin-Israel di Amerika Syarikat dan terus membina legasi yang telah dibina oleh mendiang anak mereka.

Inilah kisah tragedi kejam yang menimpa seorang aktivis pada 16 Mac 2003. Tragedi ini seharusnya membuka mata masyarakat dunia tentang kekejaman dan kerakusan puak Zionis Israel.

Mereka bukan sahaja suka membunuh umat Islam, mereka juga akan membunuh SESIAPA sahaja yang menjadi batu penghalang kemaraan mereka untuk menguasai dunia.

Peristiwa ini memberikan harapan kepada perjuangan pro-Palestin di seluruh dunia kerana ia menyaksikan satu peribadi yang mendokong pembebasan Palestin melangkaui gender, bangsa, pegangan serta batas geografi.

Marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran daripada peristiwa ini. Gadis Amerika berjuang untuk Palestin hingga mengorbankan nyawanya. Kita?

Kita patut malu pada diri sendiri. Apakah cukup usaha yg telah kita lakukan demi membantu saudara-saudara kita di Palestin?

Tepuk dada tanya iman kita!

Semoga peristiwa ini membangkitkan semangat serta menimbulkan keazaman generasi muda di Malaysia untuk lebih komited dalam menggerakkan kesedaran isu kemanusiaan di jenjang keluarga, masyarakat, negara dan akhirnya menjadikan Malaysia sebagai peneraju dalam menegakkan keadilan dalam isu kemanusiaan di pentas antarabangsa.

Kemanusiaan tidak kenal batas warna kulit, bangsa atau agama selagi mana kamu dapat rasakan erti kemanusiaan itu.

Caterpillar adalah salah satu syarikat yang perlu diboikot yang disenaraikan oleh BDS.

#HIDS #16Mac #RachelCorrie #MyCARE

t.me/MyCARE

0 comments:

My Instagram