Sponsor

Kau dah pandai didik anak?

Sis beruntung hari ni sebab dapat interview ibu kepada pelajar ini. Pelajar lelaki Melayu.

Disaat pelajar Melayu semakin pupus dalam kelas sains tulen. Alhamdulillah ada seorang yang bersinar.

So sis nak kongsi dengan rakan-rakan la kan apa tips maknya ye memandangkan semua anak-anaknya 4 orag berjaya (ini yg bongsu):

1) Anak-anak tak dibenarkan belajar dalam bilik masing-masing..semua mesti duduk di meja belajar di ruang tamu.reason:duduk dalam bilik kita tak nampak dia buat apa..betul ke tak belajar.

2) Pukul 8 malam semua mesti dah bawa buku masing2 duduk dimeja makan.

3) Pukul 10 masuk tidur

4) Tak benarkan anak2 keluar rumah lepak dgn kawan. Hatta suruh ke kedai pun tidak pernah kerana itu boleh dijadikan alasan utk melepak.

5) Keluar mesti dengan ibu bapa.alasannya bila anak umur 18 tahun mereka sndiri akan keluar jauh (sambung belajar) maknya percaya umur 18 baru umur terbaik utk mereka bebas dan cukup matang untuk pilih kawan yang betul.

6) Ayahnya serius tapi baik, ayah tak pernah pukul/cubit anak. Yang dibenarkan mak sahaja. (ayah dia tunggu dalam kereta tak dapat naik sebab parking penuh, rugi tak dapat intview sekali)

7) Kena mula dari darjah 1, pukul 8 mlm terus duduk dimeja. So dah terbiasa. Bila sekolah menengah dah tak perlu suruh, anak otomatik pegang buku jam 8 malam.

8) Tak pernah pergi tusyen. Jika tak faham kena tanya kawan yang lebih pandai disekolah.

Sis tanya lagi, ank puan ada diberikan handphone? Internet? Maknye jawab, ya bagi cikgu..petang-petang dia main game. Kena bagi jugak tak boleh sekat. Saya faham dia remaja. Kita tak nak dia memberontak. Asal dia tak melepak sudah. Kawan-kawan dia datang rumah kami main game, tapi anak saya takkan keluar dari rumah. Saya kenal semua kawan-kawanya.

Ayat last sekali maknya memang power:

“Cikgu, apa-apa pun asasnya dari rumah dari ibu bapa. Saya tak boleh nak harapkan cikgu saja, Cikgu pun ramai anak murid lain lagi. Cikgu dah banyak membantu saya didik dia. Terima kasih cikgu”

Sis angguk-angguk...oooo..betul-betul...tq puan sudi datang dan share dengan saya. Kirim salam ayahnya..humble ibunya, no wonder anaknya sangat menghormati guru.

#hariterbuka
#cikgupunadaanak

Copy & Paste

0 ulasan:

My Instagram