Dr Maszlee...SU dia..


Pendedahan gempar tentang bekas Menteri Kewangan 

Kami ringkaskan pendedahan Zul Fikri Zamir, bekas Setiausaha Akhbar (SUA) kepada bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik seperti yang disiarkan pagi tadi oleh Malaysian Insight, 3 Mac 2020.

1. Jika masih ingat, pada 11 September 2019, Berita Harian lapor 21 daripada 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) disyor tutup pada 2020. Kemudian dinafikan oleh Menteri Pendidikan, Maszlee Malik ketika itu.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/605989/21-ipg-disyor-tutup-mulai-tahun-depan

2. Menurut bekas Setiausaha Akhbar tersebut, laporan itu sebenarnya sahih. MOF memutuskannya atas alasan rasionalisasi penjimatan - elaun pelatih guru tidak lagi perlu dibayar. 

3. Apabila ditentang pihak Kementerian Pendidikan, mereka menjawab, untuk jadi guru, boleh mohon di Universiti Awam dan boleh meminjam PTPTN.

 "Pada hari yang sama keputusan Kabinet ini dibuat, saya terpaksa bertegang urat dengan ketua editor BH semata-mata kerana mahu menutup kejahatan dan kesilapan yang telah dilakukan oleh MOF ini," tulisnya.

4. Masih ingat sekitar Februari hingga Jun 2019, apabila media lapor ribuan pengawal sekolah dan pekerja kebersihan sekolah hilang kerja? Ia benar dan punca sebenarnya ialah MOF memotong peruntukan keseluruhan sebanyak RM478 juta.

5. Akibatnya, 10, 406 rakyat hilang pekerjaan. Apabila Kementerian Pendidikan memohon peruntukan untuk masalah ini, ia ditolak mentah-mentah oleh MOF dengan jawapan sinis:

“Jaga sekolah ni tak perlulah ramai-ramai. Sekolah-sekolah kampung carilah ‘volunteer’ (sukarelawan), mak bapa yang tak ada kerja tu boleh volunteer.”

6. Masih ingat isu kakitangan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) yang berhadapan pemberhentian kerja? Ia juga benar. MOF arahkan Kementerian Pendidikan tutup ITBM dengan alasan, institut ini tidak penting. 96% kakitangannya adalah orang Melayu.

7. Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) di bawah Kementerian Pendidikan juga diarah tutup oleh MOF. 90% pekerja difahamkan sudah keluar untuk mencari kerja lain.

8. Di sekolah-sekolah pula, peruntukan untuk ko-kurikulum tidak lagi turun.

"Sekolah tidak lagi mempunyai wang untuk membuat program keagamaan seperti Maulidur Rasul atau untuk membeli air mineral untuk murid yang akan mewakili sekolah ke kejohanan olahraga. Ribuan program badan beruniform seperti kawad kaki dan program sukan di sekolah dibatalkan," tulisnya.

9. Apa yang turut menggemparkan ialah, Lim Guan Eng berat sebelah apabila melebih-lebihkan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berbanding Menteri Pendidikan sendiri.

"Dalam masa yang sama, hanya pegawai kementerian sahaja yang tahu berapa banyak surat dari Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan yang sampai di Pejabat Menteri Kewangan tanpa melalui Menteri Pendidikan. Berapakah peruntukan yang diberikan oleh menteri kewangan kepada timbalan menteri pendidikan sepanjang tempoh 22 bulan ini agaknya?", tulisnya lagi.

10. Tentang E-Tunai Rakyat, Zul Fikri melontarkan pertanyaan kepada Lim Guan Eng:

"Dan paling terbaru, ketika beribu alasan diberikan untuk mengurangkan bajet pendidikan sebanyak beratus-ratus juta, sebanyak RM450 juta diberikan kepada teman-teman rapat mereka untuk membantu usahawan e-wallet. Apakah ini?'

11. Perenggan hujung tulisannya:

"PH masuk pada awalnya dengan imej sebagai kerajaan yang bersih. Namun 22 bulan setelah gagal mengurus kemenangan, PH keluar sebagai kerajaan yang paling rasis, paling perkauman dan paling teruk, paling anti Melayu dan Muslim," tulisnya.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/224643

0 comments:

My Instagram