Sponsor

Rehat adalah ubat terbaik!



Awal tahun ni, Allah bagi ujian yang tak pernah aku lalui sebelum ni sepanjang 7 tahun bergelar pendidik. Tahun-tahun sebelum ni, sakit tekak + batuk wajib kena setiap tahun. Tapi tahun ni, sakit tekak + batuk + demam + kepenatan yang agak melampau-lampau.

Dapat MC 3 hari dari Klinik Kesihatan BTHO. Sebelum ke KK, macam biasa, aku tak berapa suka nak berbaris menunggu lama-lama, memang selalunya aku dapatkan rawatan di klinik swasta sekitar sekolah sahaja. Klinik feveret, Klinik Aziani BTHO. Macam biasa, doktor pesan kalau demam tak habis dalam masa seminggu, kena ambil darah. Aku pun dah lali dengan peasanan tu sebab biasanya sebelum 7 hari aku akan sembuh, Alhamdulillah.


Tapi..lain pula jadinya tahun ini.. demam tak kebah-kebah. Asal putus ubat lepas 6 jam, badan sejuk menggeletar semula. Ahhh..sudahh... Akhirnya aku akur untuk ke KK BTHO. Kebetulan, hari Isnin tu ada saringan sukan bagi kejohahan sukan sekolah, jadi tak memerlukan guru ganti seandainya aku amik cuti half day (lagipun  memang aku la tukang buat jadual ganti, hahaha). 

Bermula dengan proses pendaftaran, checkup, ambil darah, hantar darah ke makmal dan last sekali berjumpa dengan doktor. Semuanya memakan masa lebih 2 jam setengah, tapi bayaranya hanya RM1 sahaja. Rasanya dah hampir belasan tahun aku tak mengunjungi KK..

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun agak lama menunggu, tapi hati aku rasa tenang di KK hari tu. 

Terngiang-ngiang perbualan dengan doktor. Doktor pakai facemask, aku ingatkan dia chinese, rupanya muslim. Sebab matanya agak sepet :P

"Bang, kerja semua orang kena kerja. Tapi kesihatan kena jaga. Kalau abang nak kerja lebih masa ke, OT ke, pastikan berbaloi"

Saya guru biasa saja doktor. Tak lebih apa pun kerja saya. Macam biasa sahaja.

"Saya faham tu..tapi kerja abang ni banyak guna suara dan fikiran. Penat tu. Kalau dah tekak sakit, jangan paksa. Kena rehat"

Maaf doktor, saya cuma tak nak amik MC, tak nak guru lain ganti saya sebab MC.

"Kejar KPI ke? Boleh kejar..tapi bagi tekak sihat dulu. Jangan risau, MC sebab sakit tak jejaskan KPI"

Aku diam kejap...aku senyum saja kat doktor, tak tahu nak jawab apa. ..hahahaha


0 ulasan:

My Instagram