Bomoh Patah Terjun

Ketika saya masih belajar di Univesiti dulu, saya ada ikut seorang kawan ke pendalaman Rompin Pahang untuk jumpa seorang tok batin. Sahabat saya ni kena masalah patah tulang kat bawah buku lali kaki akibat dilanggar seorang mat rempit.. Masa tu dia dalam perjalanan pulang kuliah malam.

Pendek cerita, saya lihat Tok Batin tu tak baca apa-apa pun. Dia cuma ambil beberapa batang pokok dan tumbuk. Kemudian dia sapu ditempat yang patah dan balut dengan daun pisang. Katanya jangan dibuka selama 3 hari dan tak boleh kena air selama 3 hari tersebut.

Lepas 3 hari, kami pergi semula berjumpa Tok Batin tu. Saya ni pantang tengok ilmu baru terus je nak menadah.

Saya: Tok tampal apa kat kaki kawan saya tu.. Cepatnya boleh baik?

Tok Batin: Alah, pokok tulang jer...

Saya: Tak payah baca jampi ker Tok..?

Tok Batin: Tak payah.... memang dah itu ubatnya.. Jampi buat apa?

Saya: Saya nak ilmu ni boleh tak Tok..?

Tok Batin: Boleh jer.. Jarang sangat anak muda macam kamu ni minat berubat... Meh ikut aku kita tengok pokok tu.

Saya dan Tok Batin pun berjalan di belakang rumahnya... Ditunjukkan pokok tersebut dan diajar petua nak ambik macam mana.

Katanya, nak buat untuk kes patah, bengkak atau seliuh, pokok ni elok ambil petang sebelum malam. Nak ambik pulak biar yang bahagian bawah tapi bukan yang jenis sentuh tanah. Ambil ranting yang lekuknya ke atas. Yang turun ke bawah tak boleh jadi ubat.

Cara rawatnya pulak mudah jer.. Hanya tumbuk, tampal dan balut dengan daun pisang...semudah A..B...C

"Kalau balut dengan kain jer tak jadi ker Tok?"

Katanya tak berkesan sebab tujuan balut dengan daun pisang tu nak bagi kulit tu sejuk dan tak melepuh. Biasanya lepas 3 hari baru boleh bukak dan Insyaallah sembuh..

Pokok ni namanya pokok Tetuang.

KHASIAT PERUBATAN TAMBAHAN

1) Merawat bisul, kesan bengkak dan patah.

Untuk merawat bisul, bengkak atau patah, perlu terlebih dahulu melayurkan ranting
dahannya yang segar atas api yang sederhana besar. “Layurkannya atas api dalam beberapa
minit dan bila kepanasannya reda sedikit, tuapkan ranting dahan pokok tetulang ini pada
tempat yang terkena bisul, bengkak atau patah. Balutlah dengan kain bersih. Amalkan
sehingga kesan kesakitannya hilang.

2) Pokok ini juga digunakan untuk menghilangkan ketuat

Ambil cecair getah warna putih yang keluar apabila dipatahkan mana-mana dahannya yang
sudah matang, selawat dan sapu pada kawasan yang terkena ketuat setiap hari sehingga
hilang.

3) Digunakan untuk sakit sendi tulang

Patahkan beberapa ranting pokok tulang bersama getahnya…rebuskan pokok tersebut..dan
air rebusan tersebut dijadikan air mandian.

p/s: Tak ingat dah copy paste dari mana. Semoga penulis artikel ini sentiasa diberkati Allah, amin.

0 comments:

My Instagram