Al-Fateh #1

Sejuk hati abah pandang Fateh tiba-tiba ambil wudhu' sendiri. Terpaku beberapa saat abah tengok Fateh. Besar dah anak abah ni, 5 tahun dan umurnya (padahal lahir 31 Disember). Dulu masa kecil, pagi-pagi abah kendong hantar rumah pengasuh, petang abah kendong balik rumah. Kecil saja Fateh masa tu, muat di lengan abah saja.

Sekarang dah lebih separuh badan abah tingginya. Alhamdulillah, Allah beri kesihatan kepada anak abah. Tenang hati abah bila pandang Fateh senyum. Tiada harapan lain yang abah harapkan melainkan Fateh menjadi seorang pejuang agama Allah hingga ke akhirnya. Jaga Agama Allah, Allah akan jaga Fateh, ingat ya anak abah :-)

0 comments:

My Instagram