LakaranMinda.com

"Amati setiap yang terjadi pada hikmahnya"

Isnin, 16 Julai 2018

5 cara nak jimat duit setiap bulan


Tengah-tengah check email, ada satu email dari CTOS. Memang, sebab aku yang daftar dengan CTOS untuk check 'kesihatan' kewangan aku, tapi tak sangka pulak CTOS ada newsletter :P Email kali ni cerita tentang cara nak simpan duit setiap bulan. Jom layan!

1. Sediakan senarai semak @ list barangan sebelum bertolak ke pasaraya bagi mengelakkan lebihan belanja.

2. Bayar bil kad kredit tepat pada masanya bagi mengelakkan penalti bayar lambat.

3. Bandingkan harga secara online sekiranya anda ingin membeli secara online. Hakikatnya harga sesuatu barang yang sama spesifikasinya ada yang murah dan ada yang mahal.

4. Gunakan kupon yang telah dikumpul bagi mendapatkan diskaun. Sekiranya anda kerap membeli secara online, sila perhatikan kod-kod diskaun yang dipaparkan. Kupon dan kod diskaun ni boleh mengurangkan kos belanja kita :-)

5. D.I.Y terlebih dahulu sebelum memanggil tukang repair. Sila belajar cara untuk membaiki kerosakan-kerosakan kecil di dalam dan sekitar rumah.

Sekian sahaja, jumpa lagi. Assalamualaikum.