LakaranMinda.com

"Amati setiap yang terjadi pada hikmahnya"

Rabu, 18 Julai 2018

Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.
.
Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar.
.
Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar.
.
Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ... Allahuakbar.
.
Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kau dlm bermimpi ... Allahuakbar.
.
Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar.
.
Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar.
.
Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar.
.
Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar.
.
Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.
.
Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.
.
Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.
Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah ...

#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita...

Isnin, 16 Julai 2018


Tengah-tengah check email, ada satu email dari CTOS. Memang, sebab aku yang daftar dengan CTOS untuk check 'kesihatan' kewangan aku, tapi tak sangka pulak CTOS ada newsletter :P Email kali ni cerita tentang cara nak simpan duit setiap bulan. Jom layan!

1. Sediakan senarai semak @ list barangan sebelum bertolak ke pasaraya bagi mengelakkan lebihan belanja.

2. Bayar bil kad kredit tepat pada masanya bagi mengelakkan penalti bayar lambat.

3. Bandingkan harga secara online sekiranya anda ingin membeli secara online. Hakikatnya harga sesuatu barang yang sama spesifikasinya ada yang murah dan ada yang mahal.

4. Gunakan kupon yang telah dikumpul bagi mendapatkan diskaun. Sekiranya anda kerap membeli secara online, sila perhatikan kod-kod diskaun yang dipaparkan. Kupon dan kod diskaun ni boleh mengurangkan kos belanja kita :-)

5. D.I.Y terlebih dahulu sebelum memanggil tukang repair. Sila belajar cara untuk membaiki kerosakan-kerosakan kecil di dalam dan sekitar rumah.

Sekian sahaja, jumpa lagi. Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.  Beberapa hari sebelum nak cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri, geng-geng kakicopy datang sekolah bagi ole-ole ni. Alhamdulillah, setakat ni servis yang diberikan sangat terbaik dengan harga yang sangat berpatutan! Thumb up untuk kakicopy!!

Semoga terus memerikan servis yang cemerlang setiap tahun. Comform kami jadi pelanggan tetap..hehehe