LakaranMinda.com

"Amati setiap yang terjadi pada hikmahnya"

Rabu, 18 Julai 2018

Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.
.
Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar.
.
Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar.
.
Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ... Allahuakbar.
.
Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kau dlm bermimpi ... Allahuakbar.
.
Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar.
.
Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar.
.
Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar.
.
Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar.
.
Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.
.
Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.
.
Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.
Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah ...

#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita...

Isnin, 16 Julai 2018


Tengah-tengah check email, ada satu email dari CTOS. Memang, sebab aku yang daftar dengan CTOS untuk check 'kesihatan' kewangan aku, tapi tak sangka pulak CTOS ada newsletter :P Email kali ni cerita tentang cara nak simpan duit setiap bulan. Jom layan!

1. Sediakan senarai semak @ list barangan sebelum bertolak ke pasaraya bagi mengelakkan lebihan belanja.

2. Bayar bil kad kredit tepat pada masanya bagi mengelakkan penalti bayar lambat.

3. Bandingkan harga secara online sekiranya anda ingin membeli secara online. Hakikatnya harga sesuatu barang yang sama spesifikasinya ada yang murah dan ada yang mahal.

4. Gunakan kupon yang telah dikumpul bagi mendapatkan diskaun. Sekiranya anda kerap membeli secara online, sila perhatikan kod-kod diskaun yang dipaparkan. Kupon dan kod diskaun ni boleh mengurangkan kos belanja kita :-)

5. D.I.Y terlebih dahulu sebelum memanggil tukang repair. Sila belajar cara untuk membaiki kerosakan-kerosakan kecil di dalam dan sekitar rumah.

Sekian sahaja, jumpa lagi. Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.  Beberapa hari sebelum nak cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri, geng-geng kakicopy datang sekolah bagi ole-ole ni. Alhamdulillah, setakat ni servis yang diberikan sangat terbaik dengan harga yang sangat berpatutan! Thumb up untuk kakicopy!!

Semoga terus memerikan servis yang cemerlang setiap tahun. Comform kami jadi pelanggan tetap..hehehe

Ahad, 3 Jun 2018



Kesedaran tentang bahaya merokok dalam kalangan rakyat Malaysia boleh menjimatkan sehingga RM3 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan tiga penyakit akibat pengambilan hasil tembakau itu tanpa kawalan.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sekiranya kesedaran itu meluas dan pengambilan rokok berkurangan, dana berbilion ringgit itu boleh digunakan untuk membayar hutang negara yang kini mencecah RM1 trilion.

“RM3 bilion adalah jumlah yang kita belanjakan. Kalau kita dapat mengurangkan kos rawatan itu, ia satu penjimatan yang besar.

Credit: MalaysiaGazette

Selasa, 29 Mei 2018

Salam satu Malaysia baharu. Semangat kerajaan baru skit :p Hari ni nak share pasal kegunaan Electric Contact Cleaner skit. Mungkin namanya tak bape nak femes, kegunaannya pon jarang-jarang orang amik cakna, tapi fungsinya boleh dikatakan penting!

Electrical Contact Cleaner (ECC) ni dicipta untuk membersihkan permukaan-permukaan elektric dan electronic yang bersentuhan. Contohnya macam soket fius, socket relay, debu-debu kat electric dan electronic board, komponen-komponen elektrik dan elektronik yang kotor dan banyak lagi. Antara sensor yang boleh dicuci lihat sini.

Dalam dunia otomobil, ECC ni boleh digunakan untuk mencuci sendor-sensor yang ada pada sesebuah kereta. Apa-apa sensor la, lebih-lebih lagi soket-soket dibahagian enjin.

Ada sesetengah 'pendapat' mengatakan bahawa ECC ni boleh digunakan untuk membersikan brake pada disc brake untuk mengurangkan atau menghilangkan bunyi-bunyi geseran ketika kita membrek.

Apa-apa pun, sangat banyak kegunaan ECC ni kalau diexplore dengan lebih dalam. Ok, setakat tu saja perkongsian untuk kali ni, tido dulu. Babai.

p/s: Boleh beli kat Mr. D.I.Y

Jumaat, 25 Mei 2018

"Malang tidak berbau" Pepatah orang lama. Memang benar, malang tak boleh dihidu atau dibau.Kali kedua dilanggar dari belakang. Kali ni sewaktu nak ke tempat kerja. Off satu hari kerana menyelesaikan uusan report dan sebagainya. Syukur sebab hari Jumaat, kerja cuma sampai pukul 12 tengahari.

Korang penah kemalangan camni?? Tau tak apa perasaan lepas kena langgar?? Hehehe :P Ofcoz la terkejut. Dari dalam kereta hanya bunyi "dup". Masa tu tengah berhenti di simpang nak lintas jalan, dalam 2-3 minit juga berhenti. Mulanya ingat dilangar skit saja, bila dah kuar kete..mk datok, rabah bontot kiri!!

Sedih tu bila kereta sediri kena langgar.. Allah sahaja yangTapi aku yakin, setip yang berlaku ad hikmahnya!

Selasa, 20 Mac 2018


Phil Knight adalah founder Nike. Pada tahun 60an, dia sambung belajar ambil MBA. 
Jadi dia perlu buat projek untuk MBA ni. Projek yang dia buat adalah bisnes kasut sukan. Lebih tepat, kasut untuk lumba lari. Kena pula, dia memang seorang pelari. Projek ni juga dibantu oleh jurulatih dia iaitu Bill Bowerman.

Pada tahun 1963, dia terbang ke Jepun. Kemudian dia import kasut sukan dari kilang yang berjenama Tiger. Pada tahun pertama, jualannya mencecah $8,000. Sampai tahun 1971, jualannya telah mencecah $1,000,000. Masa nilah dia mula mencari logo dan nama baru. Nama Nike dipilih. Nike adalah dewi kejayaan Yunani. 

Dengan $35, dia upah seorang pelajar universiti untuk designkan logo. Logo Nike melambangkan sayap dewi tersebut. Nike mula menaja beberapa pelumba lari tersohor. Bermula 1985, Nike menaja pula seorang pemain bola keranjang. Pemain itu adalah Micheal Jordan. Ketika inilah Air Jordan, kasut khas untuk bola keranjang dicipta.

Slogan JUST DO IT muncul pada tahun 1988. Kini Nike bukan saja mengeluarkan pakaian sukan, malah pakaian untuk kegunaan hari-hari. Dikatakan setiap saat, 25 pasang kasut Nike terjual. Pendapatan Nike kini adalah $30.6 bilion. 

Teras kejayaan Nike adalah ciptaan kasut sukan yang berprestasi tinggi. Objektif seorang pelumba lari hanya untuk sampai ke garisan penamat dulu.

Kasut lumba lari Nike lebih ringan daripada pesaing. Kasut yang ringan tak memerlukan banyak tenaga dan otot untuk digunakan semasa berlari. Dengan ini pelari dapat menjimatkan masa semasa mengangkat kaki. Beberapa saat masa yang dapat dijimatkan, boleh menjamin kemenangan kepada pelari tersebut.

Nike telah bekerjasama dengan para pelumba lari untuk mencipta kasut yang lebih baik dari mula hingga siap. Ini supaya mereka mendapat apa yang diperlukan untuk memenangi pertandingan.

Nike mencipta nilai untuk pelari.

Atlet bukan saja pakai pakaian Nike ketika bersukan, malah ketika berjalan-jalan. Imej ini dilihat oleh ramai anak mudah dari seluruh dunia.

Apabila Nike 'mengaitkan' pakaian mereka dengan atlet pujaan ramai, secara tak langsung produk mereka juga dilihat sehebat atlet tersebut.

Nike mencipta nilai untuk anak muda.

Kasut untuk berlari Nike ada berharga RM869. Kalau anda pergi ke Bata, boleh beli kasut untuk berlari lebih kurang RM50 je.

Kita sedia maklum yang produk Nike dibuat di China. Kita juga tahu yang kos pembuatannya tak sampai suku daripada harganya.

Tapi, kita masih ke kedai Nike untuk membeli dengan harga premium. Sebab hanya di sana, kita boleh beli kasut sukan (nilai nyata) dengan rasa kejaguhan (nilai tak nyata).

Begitulah strategi harga Nike.