Ini cara NIKE!

Ini cara NIKE!
Phil Knight adalah founder Nike. Pada tahun 60an, dia sambung belajar ambil MBA. 
Jadi dia perlu buat projek untuk MBA ni. Projek yang dia buat adalah bisnes kasut sukan. Lebih tepat, kasut untuk lumba lari. Kena pula, dia memang seorang pelari. Projek ni juga dibantu oleh jurulatih dia iaitu Bill Bowerman.

Pada tahun 1963, dia terbang ke Jepun. Kemudian dia import kasut sukan dari kilang yang berjenama Tiger. Pada tahun pertama, jualannya mencecah $8,000. Sampai tahun 1971, jualannya telah mencecah $1,000,000. Masa nilah dia mula mencari logo dan nama baru. Nama Nike dipilih. Nike adalah dewi kejayaan Yunani. 


Dengan $35, dia upah seorang pelajar universiti untuk designkan logo. Logo Nike melambangkan sayap dewi tersebut. Nike mula menaja beberapa pelumba lari tersohor. Bermula 1985, Nike menaja pula seorang pemain bola keranjang. Pemain itu adalah Micheal Jordan. Ketika inilah Air Jordan, kasut khas untuk bola keranjang dicipta.

Slogan JUST DO IT muncul pada tahun 1988. Kini Nike bukan saja mengeluarkan pakaian sukan, malah pakaian untuk kegunaan hari-hari. Dikatakan setiap saat, 25 pasang kasut Nike terjual. Pendapatan Nike kini adalah $30.6 bilion. 

Teras kejayaan Nike adalah ciptaan kasut sukan yang berprestasi tinggi. Objektif seorang pelumba lari hanya untuk sampai ke garisan penamat dulu.

Kasut lumba lari Nike lebih ringan daripada pesaing. Kasut yang ringan tak memerlukan banyak tenaga dan otot untuk digunakan semasa berlari. Dengan ini pelari dapat menjimatkan masa semasa mengangkat kaki. Beberapa saat masa yang dapat dijimatkan, boleh menjamin kemenangan kepada pelari tersebut.

Nike telah bekerjasama dengan para pelumba lari untuk mencipta kasut yang lebih baik dari mula hingga siap. Ini supaya mereka mendapat apa yang diperlukan untuk memenangi pertandingan.

Nike mencipta nilai untuk pelari.

Atlet bukan saja pakai pakaian Nike ketika bersukan, malah ketika berjalan-jalan. Imej ini dilihat oleh ramai anak mudah dari seluruh dunia.

Apabila Nike 'mengaitkan' pakaian mereka dengan atlet pujaan ramai, secara tak langsung produk mereka juga dilihat sehebat atlet tersebut.

Nike mencipta nilai untuk anak muda.

Kasut untuk berlari Nike ada berharga RM869. Kalau anda pergi ke Bata, boleh beli kasut untuk berlari lebih kurang RM50 je.

Kita sedia maklum yang produk Nike dibuat di China. Kita juga tahu yang kos pembuatannya tak sampai suku daripada harganya.

Tapi, kita masih ke kedai Nike untuk membeli dengan harga premium. Sebab hanya di sana, kita boleh beli kasut sukan (nilai nyata) dengan rasa kejaguhan (nilai tak nyata).

Begitulah strategi harga Nike.
Read More

4 hari saja lagi!

4 hari saja lagi!
Salam semua. Moga sihat walafiat hendaknya. A little update untuk blog yang aku sayang ni. Alhamdulillah, tahun ni masih dapat job untuk buat banner program di sekolah. he2x. Aku tak la pandai sangat buat banner bagai ni, tapi tau la skit-skit gitu.. :-)

Kali ni banner untuk kursus guru di Langkawi. Hanya simple saja memandangkan kami semua akan naik flight Air Asia, jadi banner tak boleh berat-berat, rugi kargo :P



Banner hanya bersaiz 4 x 3 kaki sahaja. Tak tahulah gabungan warna ini matching atau tak..ha2. Tapi rasanya dah macam ok. Tak mudah sebenarnya nak buat banner ni kengkawan..lagi-lagi yang amatur macam aku ni. Kadang-kdang nak pilih warna je pon dah makan 20 minit..belum pilih font...belum lagi susun atur gambar dan fon..Allah saja yang tahu :-)

Tapi kalau jadi macam yang diharapkan, memang hepi sangat-sangat! Kesimpulannya, nak design bukan sesuatu yang mudah ok!
Read More