Masa menentukan segalanya!

Masa menentukan segalanya!
Salam semua. Lama sungguh tak update. Terasa nak update hari ni sebab kawan-kawan kat sekolah cite pasal blog pagi tadi. Haha. Ni namanya motivasi la kan :P

Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Mac 2018, lebih kurang 9 hari lagi. Masa berlalu sangat pantas. Tak terkejar tapi dikejar. Tahun ini Fateh dah mula bersekolah. Sekolah main-main, pelajar 3 tahun :P Genius Aulad BTHO. Nak bagi suasana ‘sekolah’ kat Fateh walaupun teacher dia kata Fateh banyak makan je kat skolah.

Alhamdulillah tahun ni 13 orang pelajar dapat 8A dalam UPKK. Aku bangga?? Ada la skit..sebab aku pon ajar subjek UPKK..hehe. Dah nama pun gpk akademik, of coz aku bangga dengan student aku. Terima kasih Ya Allah.

Untuk PSRA, 8 Orang berjaya dapat MUMTAZ. Bangga lagi?? Aku bersyukur pada Allah..bukan tak bangga, cuma tak nak tunjuk bangga :P Untuk sekolah ditahap pertengahan, aku sangat-sangat bersyukur dengan semua keputusan ni. Nak banding dengan sekolah cluster bagai tu tak dapat la..hahaha. Alhamdulillah. Sesungguhnya semua yang terjadi adalah dengan taqdir Allah dan keizinan Allah.

Hmm..apa lagi nak lakar..oh ya, nama sekolah yang studentnya selalu buat aku bangga tu Sekolah Rendah Islam Al-Rahman, BTHO, Cheras. Boleh tengok kat sini: www.srialrahman.com Sebuah sekolah swasta, ada sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah menengah namanya Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman. Di premis yang sama.

Alhamdulillah, dah masuk tahun ke-6 aku berkhidmat di sini. Mula-mula masuk hanya sebagai guru ganti. Subjek Matematik. Guru subjek tu bersalin masa tu. Aku ganti 2 bulan. Dengan taqdir Allah, lepas 2 bulan tu ada cikgu yang nak berhenti sebab sambung belajar. Aku pon diserap masuk.

Maka bermulalah episod hidup seorang guru. Sejujurnya aku bukan jurusan perguruan. Degree aku Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang. Master aku Pengajian Islam, tapi tak siap lagi. Sebab part time kat UKM, maka ni la jadinya..drag..drag..drag.. kerana kerja. Hahaha.

Aku belajar jadi seorang pendidik kat sekolah ni. Aku belajar pedagogi kat skolah ni. Aku belajar mengajar kat skolah ni. Aku belajar erti seorang pekerja di sekolah ni.

Terowbek, masa tamat degree dulu aku dah pon chambering di sebuah firma guaman syarie kat Bandar Baru Bangi. Sangat nekad nak jadi peguam syarie. Mana taknya, dah macam nak gila hapal semua kes-kes masa belajar dulu. Baca buku undang-undang macam baca buku komik habaq hang..

Tapi taqdir mengatasi taqdir. Firma tu tutup kerana pemiliknya masuk bertanding dalam pilihanraya. Dia seorang ustaz, aku bangga dapat praktikal dan chambering kat firma dia. Dia dah pon jadi YB skrang ni kat Bangi. Yang bestnya, nama dia sama dengan nama pengerusi sekolah aku sekarang. Taqdir tu kan namanaya? :p

Dah hampir 6 tahun berlalu ni, aku terpikir sendirian. Kalau aku jadi peguam dulu, kat mana aku skrang? Ntah..aku pon tak tahu. Yang aku tahu, 6 tahun lalu Allah bawak aku ke sekolah ni dan sekarang aku gpk 1. Kadang-kadang percaturan Allah ni sukar nak dicari hikmahnya…

Cite pasal sekolah, aku sayang sekolah ni kerana pelajar-pelajarnya. Aku ada satu matlamat kat skolah ni, aku nak 1/2 daripada pelajar tahun 6 dapat MUMTAZ dalam PSRA. Kalau Allah izinkan matlamat aku tu tercapai, tu maksudnya masa aku kat sekolah ni dah sampai titik akhir.

Tu jugak bermaksud titik permulaan untuk aku buka sekolah sendiri bermula. Hehe. Tak salah ada impian kan? :-) Tercapai atau tak, itu terserah pada Allah. Yang penting kita sebagai manusia kena berusaha.

Tapi untuk masa terdekat ni, aku dan isteri bercadang nak buka mini cafe dulu untuk kumpul modal. Nak buka sekolah tak cukup 20 ribu.. boleh nangis ooooOOoOo….

Untuk idea cafe ni, sebenarnya francais bisnes cendol ayah mertuaku. Hehehe. MOZARI Cendol Asli Batu Berendam, Melaka. Setakat hari ni, dah ada sebuah restoran di Batu Berendam disamping food truck marketing. Satu cawangan kat Putrajaya, di DoorSett Hotel. Satu cawangan lagi di Alamanda yang menggunakan nama GoLokal Cafe.



Nak tau apa yang menarik pasal MOZARI Cendol Asli? Paling penting, cendol tu adalah resepi ayah mertua 100% dan dijaga kualitinya dengan menggunakan 100% daun pandan segar.

Ok, sambung next epiode.. :P
Read More