Terima kasih TM!


Terima kasih TM! Macam bunyi terima kasih PM yerk :P Alkisahnya sebelum ni saya melanggan Streamyx. Kurang setahun, TM beri notis untuk penamatan kontrak kerana kawan Sg. Long telahpun dinaiktaraf fasilitnya kepada UniFi.

Setelah mengkaji dan meneliti, akhirnya setuju untuk upgrade ke UniFi Lite 10Mps download 5Mbps Upload. Alhamdulillah, line yang stabil pada masa ni. Hari ni dapat surat kat atas ni. TM kata ni lebihan bayaran untuk pakej Streamyx yang sebelum ni.

Ok, boleh buat bayar bil UniFi bulan ni. Untuk pengetahuan semua, pakej UniFi Lite ni hanya RM129 sahaja sebulan berbanding pakej Streamyx 4Mbps RM149 sebulan. Macam ntah pape kan pakejnya??? hahaha..

Yang penting, kita sebagai pengguna, kaji dan selidik sebelum mengguna atau melanggan. Orait, tido dulu. Esok keje. Assalamualaikum.

Nanti saya kongsikan camner nak dapat rebate RM2 setiap kali kita bayar bil Unifi@Streamyx ye :-)

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat