Terima kasih sayang!

Sedar tak sedar, usia dah bertambah lagi genap satahun. Masa berlalu begitu pantas. Dalam tak sedar bekerja setiap hari, usia terus meniti. Kadang-kadang tak sempat nak kira waktu dalam sehari. Sedar je dah pagi, sedar je dah malam. Allahu akbar!

Kebiasaannya setiap kali besday, my wife mesti bagi hadiah. Tapi tahun ni tak da. Terfikir-fikir juga, kenapa ye...hmmm..

Rupa-rupanya hadiah tahun ni lain dari yang lain. Hadiahnya adalah sesi photoshoot selama 30 minit! Thank you sayang. Love u so much! :-)

Alkisahnya suprise. Mula-mula my wife kata dia ada belikan baju baru. Ingatkan baju tu hadiah besday dah. Pastu ajak kuar pergi satu tempat "misteri". Katanya pergi sekejap saja.

Last-last sampai kat studio, WhiteStudio. Ada sebuah kat Bandar Tun Hussien Onn ni. :-)

Habis semua gaya dah buat dalam masa 30 minti tu. Sekali dengan Fateh pon bergaya macam-macam.

Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan seorang isteri yang cute dan romantik. Maaf sebab abah tak bape pandai nak romantik ye ummi. Love you so much till Jannah! Amin :-)

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat