Nak cari USB wifi paling kecik?

Nak cari USB wifi paling kecik?
Assalamualaikum. InsyaAllah kali ini  nak bercerita tentang WiFi super mini. Sebenarnya USB WiFi ni dibeli untuk keperluan makmal komputer di sekolah. Agak sukar nak ajar para pelajar kalau tak ada intenet pada zaman sekarang ni. Lagi-lagi kalau nak ajar subjek Teknologi maklumat & Komunikasi (TMK).


Makmal komputer di sekolah tu tak la banyak sangat, sekadar 4 buah sahaja. Tapi Alhamdulillah, walaupun mereka belajar dengan berkongsi komputer, tetap terpancar kecerian di wajah mereka. ada sesetengah pelajar yang memang tak pernah tengok komputer sebelum ni, lebih-lebih lagi melayari internet.

Maka terzahirlah muka excited mereka. Teringat masa mula-mula kenal dengan komputer dulu. Sangat-sangat teruja. masa tu tahun 6. Pergi buat study group kat rumah kawan. Kawan tu pulak ada PC kat rumah dia. PC yang skrin kotak tu. hampir sejam jugak dok belek-belek komputer tu. Last-last main game macam puzzle, lagi la teruja :P

Alhamdulillah, USB WiFi ni dah selamat sampai kat sekolah, dah pasang pun kat PC di makmal komputer tu. Cemerlang!! Walaupun kecik, tapi berkhidmat dengan sangat cemerlang! Mungkin itulah kelebihan "N".

Secara ringkas, signal wifi ada 3 yang biasa. A, B, G dan N. N ini dikatakan paling pantas dan paling besar laluan datanya. Jadi, kalau nak beli, belilah generai N ye. Boleh tengok kat bawah ni jugak :-)

Read More