Solusi 98: Hidup Mewah dengan Qanaah

Rasanya macam dah lama sangat tak baca Majalah SOLUSI..makin terasa hidup ni penuh dengan tanggungjawab. Lebih-lebih lagi setelah lahirnya si comel Irfan Al-Fateh, penambah seri hidup abah dan umi. Thank you Allah :-)

Minggu lepas, sewaktu bersama isteri tercinta membeli-belah di kedai buku POPULAR, ternampak majalah solusi edisi ke 98. Rasa sangat-sangat tertarik dengan tajuk kali ini, Hidup Mewah Dengan Qanaah. Alang-alang dah nampak, beli terus! Dulu harnganya RM 9. Sejak beberapa tahun lepas, harganya dan jadi RM 10. Makruf dan maklum, dengan gst dan segala bagai kos, harga buku pun naik. 

Cabaran seterusnya, mencari masa untuk membaca. Sehingga ke saat lakaran ini ditulis, solusi 98 masih belum habis dibaca :p Minggu lepas sewaktu ke pasar menemani mama beli sayur dan lauk, dah ada solusi edisi 99: Agar Rezeki Tidak Lagi Misteri, dah pun dibeli jugak :P 

Ya Allah..berilah aku keluangan masa untuk membaca... 



Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat