Gantian lampu brek kereta: LED T10 24 SMD

Teknologi LED semakin lama semakin pantas dan semakin komplikated! Bermula dari sekecil-kecil lampu hinggalah sebesar-besar lampu. Kalau perasan, lampu kalimantang sekrang ni pun dah ada yang LED. Nak pasang pun mudah, cuma perlu bypass transformer dan starter, direct wiring. Apa yang lebih penting, kuasa elektrik yang diperlukan oleh LED sangat kecil! Semestinya menjimatkan tenaga!


Kali ni kita akan berkongsi satu lagi teknologi LED yang diaplikasikan pada kenderaan. Untuk kali ni, lampu brek. kalau kita perasan untuk kali yang seterusnya, kebanyakan kereta sekrang menggunakan lampu dengan teknologi LED. Sehingga headlamp pun dah ada yang menggunakan LED! 

Sebenarnya, apa kebaikan LED pada kenderaan?? Ni part yang penting untuk kita semua ketahui. Lampu filamen biasa(yang cahayanya berwarna oren keperangan tu) mempunyai respon time yang kurang berbanding LED. Ini kerana filamen tersebut perlu dipanaskan terlebih dahulu untuk menghasilkan cahaya. Berbeza dengan LED, tiada sebarang pembakaran seperti filamen. Ini juga bermaksud, bila sahaja kita tekan brek, LED akan terus menyala tanpa perlu ada lagging time.

Cuma, kebanyakan kereta sekarang mempunyai sensor untuk pelbagai lampu pada sesuatu kenderaan. Sensor tersebut akan membaca jumlah kuasa yang dibekalkan kepada mentol sesebuah lampu. Sekiranya kuasa yang melalui sensor kurang dari yang sepatutnya, maka amaran akan dikeluarkan pada panel pemanduan yang memberitahu pemandu sesuatu lampu tidak berfungsi dengan baik atau telahpun terbakar.

Kebiasaannya, mentol filamen biasa memerlukan lebih kuasa berbanding LED. Sebagai alternatifnya, kita boleh menggunakan LED yang mempunyai teknologi Canbus Free Error untuk mengelakkan amaran tersebut aktif.

Part yang lagi best, lampu LED mempunyai jangka hayat yang berkali ganda lebih lama daripada lamou konvesional. Jom tengok LED kat bawh ni :-)



Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat