Sepinggan nasi untuk anak [sebak]

Cerita beberapa hari lepas masa cod barang, saya singgah di sebuah warung makan sebab anak saya ni dah menjerit-jerit dahaga nak minum air. Masa duduk dalam warung tu saya perasan ada seorang lelaki tua dengan sorang budak lelaki sebaya umur anak saya mungkin dalam 4 tahun gitu. 

Lelaki tu nampak selekeh sangat, kaki tangan hitam berminyak, baju  seluar kasut lusuh, mungkin orang susah, jadi nampak uzur je. Budak lelaki tu pun kurus sangat, nampak terketar-ketar mungkin lapar sangat agaknya. 


Saya perhati je dua beranak tu, si ayah pegang pinggan berisi nasi putih bersama anak kehulu kehilir depan lauk-lauk atas tray makanan. Dua beranak tu memang menarik perhatian semua orang dalam kedai tu, tak kurang juga ada yang pandang sinis seolah-olah geli tengok mereka yang kotor. 

Astaghfirullah.

Hati ni dah rasa semacam, air saya dah lama habis tapi masih melekat bontot saya nak duduk kat situ, leka saya duk perhati ayah lama berdiri depan lauk tapi tak jugak ambil-ambil lauknya. Anak pula duk tunjuk-tunjuk lauk sotong. Mungkin nak makan sotong agaknya. 

Last-last si ayah ni ambik kuah je. Nasi putih dengan kuah kosong, jangankan lauk sotong, satu ketul lauk dia tak ambil pun, takde lauk langsung. Anak ni diam je tak cakap apapun bila ayah dia suruh duduk makan nasi kosong dengan kuah semata-mata. 

Masa tu Allah je tahu camana perasaan saya bila tengok dua beranak tu makan nasi putih sepinggan dengan kuah kosong. Air memang takde. Lagi sedih si ayah ni tak jamah pun, duduk sebelah je tengok si anak ni makan. Ayahnya cuma kutip  nasi yang tumpah tepi pinggan anak je suap ke mulut sendiri. 

Sayu hati tengok. 

Ya Allah..

Time tu jugak mengalir air mata saya, sebaknya tak payah cakap la. Susahnya hidup mereka. Kita rasa hidup kita dah susah, rupanya ada lagi orang yang lebih susah dari kita.

Sedih tengok dua beranak tu, saya pun ke kaunter minta pembantu kedai letakkan nasi sepinggan dengan lauk-lauk sekali. Adalah sikit sotong, ikan bakar, sayur, telur mata dengan lauk lain. Kemudian saya minta pembantu kedai tu hantar nasi tu ke meja 2 beranak tadi.

Mulanya lelaki tu nampak terkejut, saya dengar dia kata tak nak sebab takde duit nak bayar, tapi pembantu kedai tu kata, ambil la, ada orang belanja. Si anak ni panjang leher duk tengok je nasi penuh lauk, tapi sikit pun tak merengek kat ayah mintak nak makan. Last-last ayah tu amik jugak nasi tu.

Saya dah berjalan menuju ke kereta, dalam kereta saya perhati lagi 2 beranak tu dari jauh. Terkejut saya, bila  tengok lelaki tu menangis. Kepala dia tunduk je ke meja. Tangan duk kesat-kesat air mata, sesekali dia gosok cium kepala anak yang tengah makan nasi tadi. 

Ya Allah lagi la sebak dada tengok lelaki tu menangis sambil peluk anak dia. Bagi saya air mata lelaki kalau gugur membasahi pipi adalah air mata yang sangat-sangat jujur. 

Bayangkan..

Sampai anak saya tanya, mama kenapa mama nangis, ayyad tak naughty lagi, soryy mama.
Saya terus peluk kedua-dua anak saya sambil menangis.

Sedih... 

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sebab bukan semua orang dapat rasa nikmat kesenangan. Kita susah, ingat.. ada lagi insan lain yang jauh lebih susah dari kita. Semoga Allah memelihara kedua beranak itu.

Ya ALLAH permudahkanlah rezeki kami agar dpt membantu mereka2 yg memerlukan...

Kredit: CnP Group WhatsApp

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat