Charging Dock | Samsung Gear SM V700

Charging Dock | Samsung Gear SM V700
Baru-baru ni adik minta untuk carikan charging dock untuk samsung gear dia. Hilang katanya. Cuba belek-belek samsung gear milik dia, cantik jugak Samsung Gear ni. Yang selama ni dok tengok budak-budak pakai rupanya imitation dan inspiration daripada samsung gear...sampai ada yang jual dengan harga yang sangat murah di pasar malam :P


Berbalik pada samsung gear tadi, lebih kurang macam smart watch. Cumanya, kalau original samsung gear ni, kualitinya lebih bagus dan lebih tahan daripada yang ciplak tu. Pegang je pun dah tau materialnya bagus. Cuma yang tak bestnya, untuk charge samsung gear ni, ada dock khas. Tak boleh charge guna cable micro USB macam handphone biasa :P

Cuba search kat lazada, ada rupanya charging dock third party. Macam-macam brand ada :P Kalau ada sesapa lagi yang hilang benda ni, jom la tengok kat bawah ni :-)


Read More

Pesan Hasan Al-Basri

Pesan Hasan Al-Basri
Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan.  Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..

"Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah  meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak kamu lakukan"

1. BILA KAMU BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG
2. BILA KAMU BERNIAGA, JANGAN KENA MATAHARI

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya;
Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?
Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si adik :
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran. Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.


Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.
Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin  hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?
Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si abang:
Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.
Kedua, ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

* Moral of the story:

Perbezaan MENTAFSIR  sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanyalah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.

Jadi, belajarlah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah beri petunjuk, mohon Allah bimbing kehidupan kita, semoga Allah memberikan taufik dan hidayah. 

Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah di dunia dan di akhirat. 

Nabi Muhamamad pernah bersabda;
"Siapa yang Allah mahukan kebaikan bagi dirinya, akan difahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".
Read More

Kamera Parking Untuk Kereta

Kamera Parking Untuk Kereta
InsyaAllah, kali ni nak share mengenai kemera parking untuk kereta. Ada sesetengah orang namakan "Reverse Camera". Ada juga yang kata "Perking Camera". Tak kisahlah apa yang nak digelarkan, yang pastinya ia adalah satu benda yang sama.

 Ok, straight to the point, camera yang macam mana yang bagus untuk dijadikan reverse camera ni? Mudah saja...pastikan ada ciri-ciri berikut:

1. 170 darjah pandangan
2. Dilengkapi Night Vision
3. Kalis air atau Waterproof
4. Cip kamera digital

Dan pastikan juga penjual ada memberi manual pemasangan bersama dengan kamera tersebut. Selalunya boleh untuk D.I.Y sendiri. (Do It Yourself). Kebanyakan aksesori kereta pada masa kini mesra D.I.Y.

Ok, dikongsikan disini salah satu kamera yang bagus sebagai pilihan anda sekiranya ingin memasang reverse camera. InsyaAllah, dah dapat nanti saya akan tunjukkan step by step pemasangan. Bolehla tengok-tengok kat bawah ni :-)


Read More

Sepinggan nasi untuk anak [sebak]

Sepinggan nasi untuk anak [sebak]
Cerita beberapa hari lepas masa cod barang, saya singgah di sebuah warung makan sebab anak saya ni dah menjerit-jerit dahaga nak minum air. Masa duduk dalam warung tu saya perasan ada seorang lelaki tua dengan sorang budak lelaki sebaya umur anak saya mungkin dalam 4 tahun gitu. 

Lelaki tu nampak selekeh sangat, kaki tangan hitam berminyak, baju  seluar kasut lusuh, mungkin orang susah, jadi nampak uzur je. Budak lelaki tu pun kurus sangat, nampak terketar-ketar mungkin lapar sangat agaknya. 


Saya perhati je dua beranak tu, si ayah pegang pinggan berisi nasi putih bersama anak kehulu kehilir depan lauk-lauk atas tray makanan. Dua beranak tu memang menarik perhatian semua orang dalam kedai tu, tak kurang juga ada yang pandang sinis seolah-olah geli tengok mereka yang kotor. 

Astaghfirullah.

Hati ni dah rasa semacam, air saya dah lama habis tapi masih melekat bontot saya nak duduk kat situ, leka saya duk perhati ayah lama berdiri depan lauk tapi tak jugak ambil-ambil lauknya. Anak pula duk tunjuk-tunjuk lauk sotong. Mungkin nak makan sotong agaknya. 

Last-last si ayah ni ambik kuah je. Nasi putih dengan kuah kosong, jangankan lauk sotong, satu ketul lauk dia tak ambil pun, takde lauk langsung. Anak ni diam je tak cakap apapun bila ayah dia suruh duduk makan nasi kosong dengan kuah semata-mata. 

Masa tu Allah je tahu camana perasaan saya bila tengok dua beranak tu makan nasi putih sepinggan dengan kuah kosong. Air memang takde. Lagi sedih si ayah ni tak jamah pun, duduk sebelah je tengok si anak ni makan. Ayahnya cuma kutip  nasi yang tumpah tepi pinggan anak je suap ke mulut sendiri. 

Sayu hati tengok. 

Ya Allah..

Time tu jugak mengalir air mata saya, sebaknya tak payah cakap la. Susahnya hidup mereka. Kita rasa hidup kita dah susah, rupanya ada lagi orang yang lebih susah dari kita.

Sedih tengok dua beranak tu, saya pun ke kaunter minta pembantu kedai letakkan nasi sepinggan dengan lauk-lauk sekali. Adalah sikit sotong, ikan bakar, sayur, telur mata dengan lauk lain. Kemudian saya minta pembantu kedai tu hantar nasi tu ke meja 2 beranak tadi.

Mulanya lelaki tu nampak terkejut, saya dengar dia kata tak nak sebab takde duit nak bayar, tapi pembantu kedai tu kata, ambil la, ada orang belanja. Si anak ni panjang leher duk tengok je nasi penuh lauk, tapi sikit pun tak merengek kat ayah mintak nak makan. Last-last ayah tu amik jugak nasi tu.

Saya dah berjalan menuju ke kereta, dalam kereta saya perhati lagi 2 beranak tu dari jauh. Terkejut saya, bila  tengok lelaki tu menangis. Kepala dia tunduk je ke meja. Tangan duk kesat-kesat air mata, sesekali dia gosok cium kepala anak yang tengah makan nasi tadi. 

Ya Allah lagi la sebak dada tengok lelaki tu menangis sambil peluk anak dia. Bagi saya air mata lelaki kalau gugur membasahi pipi adalah air mata yang sangat-sangat jujur. 

Bayangkan..

Sampai anak saya tanya, mama kenapa mama nangis, ayyad tak naughty lagi, soryy mama.
Saya terus peluk kedua-dua anak saya sambil menangis.

Sedih... 

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sebab bukan semua orang dapat rasa nikmat kesenangan. Kita susah, ingat.. ada lagi insan lain yang jauh lebih susah dari kita. Semoga Allah memelihara kedua beranak itu.

Ya ALLAH permudahkanlah rezeki kami agar dpt membantu mereka2 yg memerlukan...

Kredit: CnP Group WhatsApp
Read More

Hadiah Hari Lahir 2016

Hadiah Hari Lahir 2016
Terima kasih sayang :-) Tahun 2016, dapat hadiah hari lahir yang special, iaitu sandal adidas warna putih bebelang JDT :p Sekali lagi, terima kasih sayang. Ada kisahnya kenapa dapat sandal puith ni. Aku bukan jenis yang suka tukar-tukar sandal. Kalau aku dah suka, aku akan guna sampai hancur, hehehehe. Dalam erti kata yang lain, aku ni setia orangnye..hikhikhik 

Sebelum ni, dapat t-shirt. Sama juga kisahnya, selagi t-shirt yang aku suka pakai tu tak reput, aku akan terus pakai. Biarlah apa orang nak kata, mulut orang bukan atas daya kita. Yang penting, kita positif dengan diri kita. InsyaAllah orang sekeliling akan terkena aura positif tersebut juga.

Ok, itu sahaja ceritanya, moga tersimpah indah dalam memori :-)
Read More

Philips Pressure Cooker

Philips Pressure Cooker
Demam Pressure Cooker makin menjadi-jadi. Macam-macam yang diperkatakan tentang pressure cooker ni, maksudnya yang positif la.. :P Yang paling syok didengar, "masak kari 10 minit saja" "masak bubur 7 minit saja". Dasyat tu!! Yang paling best lagi, campak saja semua bahan kat dalam periuk tu dan ...plinggg!! Siap jadi kari! Waaaaa!!!!
 

Isteri pun bercerita juga pasal pressure cooker. Cuma katanya brand Noxxa Pressure Cooker. Ya ampun amat mahal harganya! Rm700++ Tapi kalau tengok design noxxa, tak bape nak best pun :P

Akhirnya ambil inisiatif search kat lazada menggunakan keyword "pressure cooker". Banyak rupanya brand pressure cooker lain yang lebih murah dan berbaloi. Cuma jangan la amik brand china pior, menyesal dikemudian hari nanti..hehehe

Philips juga mengeluarkan pressure cooker pelbagai fungsi. Bukan nak rekemen, tapi brand ni memang dah lama dipercayai. Sampaikan Hair Trim pon Philips ada keluarkan. Yang bestnya, hair trim philips tidak menggunakan bongkah besi untuk menghasilkan magnet, tetapi hanya menggunakan motor elektronik sahaja! Satu inovasi yang canggih sebab lebih ringan berkali ganda.

Ok, yang kat bawah ni Philips Pressure Cooker. Cuba la tengok. mana la tau boleh hadiahkan untuk isteri ke..ibu ke..bakal mak mertua ke..kakak ke.. :-)


Read More