Terima kasih sayang!

Terima kasih sayang!
Sedar tak sedar, usia dah bertambah lagi genap satahun. Masa berlalu begitu pantas. Dalam tak sedar bekerja setiap hari, usia terus meniti. Kadang-kadang tak sempat nak kira waktu dalam sehari. Sedar je dah pagi, sedar je dah malam. Allahu akbar!

Kebiasaannya setiap kali besday, my wife mesti bagi hadiah. Tapi tahun ni tak da. Terfikir-fikir juga, kenapa ye...hmmm..

Rupa-rupanya hadiah tahun ni lain dari yang lain. Hadiahnya adalah sesi photoshoot selama 30 minit! Thank you sayang. Love u so much! :-)

Alkisahnya suprise. Mula-mula my wife kata dia ada belikan baju baru. Ingatkan baju tu hadiah besday dah. Pastu ajak kuar pergi satu tempat "misteri". Katanya pergi sekejap saja.

Last-last sampai kat studio, WhiteStudio. Ada sebuah kat Bandar Tun Hussien Onn ni. :-)

Habis semua gaya dah buat dalam masa 30 minti tu. Sekali dengan Fateh pon bergaya macam-macam.

Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan seorang isteri yang cute dan romantik. Maaf sebab abah tak bape pandai nak romantik ye ummi. Love you so much till Jannah! Amin :-)
Read More

Terima kasih TM!

Terima kasih TM!

Terima kasih TM! Macam bunyi terima kasih PM yerk :P Alkisahnya sebelum ni saya melanggan Streamyx. Kurang setahun, TM beri notis untuk penamatan kontrak kerana kawan Sg. Long telahpun dinaiktaraf fasilitnya kepada UniFi.

Setelah mengkaji dan meneliti, akhirnya setuju untuk upgrade ke UniFi Lite 10Mps download 5Mbps Upload. Alhamdulillah, line yang stabil pada masa ni. Hari ni dapat surat kat atas ni. TM kata ni lebihan bayaran untuk pakej Streamyx yang sebelum ni.

Ok, boleh buat bayar bil UniFi bulan ni. Untuk pengetahuan semua, pakej UniFi Lite ni hanya RM129 sahaja sebulan berbanding pakej Streamyx 4Mbps RM149 sebulan. Macam ntah pape kan pakejnya??? hahaha..

Yang penting, kita sebagai pengguna, kaji dan selidik sebelum mengguna atau melanggan. Orait, tido dulu. Esok keje. Assalamualaikum.

Nanti saya kongsikan camner nak dapat rebate RM2 setiap kali kita bayar bil Unifi@Streamyx ye :-)
Read More

Irfan Al-Fateh dah besar!

Irfan Al-Fateh dah besar!
Lama rasanya Fateh tak masuk dalam blog ni :P Sedar tak sedar, Fateh dan masuk 1 tahun 3 bulan ++. Besar dah. Macam tak percaya Fateh dah besar sebab rasa macam baru je kawen semalam :-) Apa pun, Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana mengurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel di mata abah dan umi.

Pagi tadi, sewal jam 7.00 pagi dah keluar bawa Fateh ke Kuala Selangor Cabin Camp untuk survey tapak kem motivasi pelajar tahun 5 & 6 tahun ni. Pagi-pagi lagi Fateh dah bangun, pukul 6.30 pagi! Fateh ingat abah & umi nak pegi sekolah la tu :P

Ini la wajah 2 penyejuk hati abah :-) Semoga Allah sentiasa memelihara permata-permata comel abah ni, amin :-)

Ok, setakat ni dulu, abah dah ngantok :P


Read More

KASUMA 2017!

KASUMA 2017!
"oit wan, apahal lambat sangat ko wat design ni?" Memang sangat 'best' kalau ada orang cakap cenggitu waktu kita tengah dok wat design :P

Selingan saja tu. InsyaAllah 15 April ni, sekolah saya akan mengadakan Karnival Sukan Mega Al-Rahman (KASUMA) di Padang Awam Cheras Perdana. Ini adalah kali pertama setelah sekian lama, pihak sekolah menjemput ibu bapa bersama-sama menjayakan karnival sukan pada kali ini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari portal khas KASUMA di: www.kasuma2017.com

p/s: Sebagai desinger amatur, ilham dari Allah sangat-sangat diharapkan. Sebab yang maha cantik itu adalah Allah :-)

Read More

Nak cari USB wifi paling kecik?

Nak cari USB wifi paling kecik?
Assalamualaikum. InsyaAllah kali ini  nak bercerita tentang WiFi super mini. Sebenarnya USB WiFi ni dibeli untuk keperluan makmal komputer di sekolah. Agak sukar nak ajar para pelajar kalau tak ada intenet pada zaman sekarang ni. Lagi-lagi kalau nak ajar subjek Teknologi maklumat & Komunikasi (TMK).


Makmal komputer di sekolah tu tak la banyak sangat, sekadar 4 buah sahaja. Tapi Alhamdulillah, walaupun mereka belajar dengan berkongsi komputer, tetap terpancar kecerian di wajah mereka. ada sesetengah pelajar yang memang tak pernah tengok komputer sebelum ni, lebih-lebih lagi melayari internet.

Maka terzahirlah muka excited mereka. Teringat masa mula-mula kenal dengan komputer dulu. Sangat-sangat teruja. masa tu tahun 6. Pergi buat study group kat rumah kawan. Kawan tu pulak ada PC kat rumah dia. PC yang skrin kotak tu. hampir sejam jugak dok belek-belek komputer tu. Last-last main game macam puzzle, lagi la teruja :P

Alhamdulillah, USB WiFi ni dah selamat sampai kat sekolah, dah pasang pun kat PC di makmal komputer tu. Cemerlang!! Walaupun kecik, tapi berkhidmat dengan sangat cemerlang! Mungkin itulah kelebihan "N".

Secara ringkas, signal wifi ada 3 yang biasa. A, B, G dan N. N ini dikatakan paling pantas dan paling besar laluan datanya. Jadi, kalau nak beli, belilah generai N ye. Boleh tengok kat bawah ni jugak :-)

Read More

Morgan Bread Maker 2.0 Liter

Morgan Bread Maker 2.0 Liter
Sebelum ni Pressure Cooker, sekrang ni bread maker pulak :p Macam-macam inovasi sekarang ni yang menjadi iagaun para suri rumah. Kali ni nak share mengenai bread maker janama Morgan. Bread maker ni antara yang femes macam pressure cooker jenama Noxxa dulu..hehehe

Sebelum ni dah penah femes dengan satu jenama lain, tak ingat la pulak. Tapi tak lama femesnya. Dan sekarang ni jenama Morgan pulak yang terfemes.

Ok la, kena test dulu guna Morgan Bread Maker ni, nnti boleh bagi testimoni. Will be belong to my sister actually. hehe. Harga pun berpatutan untuk masa sekarang ni. Jadi, boleh la cuba. Jom tengok kat bawah ni;


Read More

Kenapa RUU 355??

Kenapa RUU 355??
WAJIB BACA ..!!! Supaya Umat Islam Mengetahui Apa Yang Berlaku Dari Dulu Hingga Kini.
Apa Hebatnya Agama Lain Selain ISLAM.. 

'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. 


Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. 

Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad 

2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak.

Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.

Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. 

Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,
'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan.. ....

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23:
'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11:
Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan:
'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.
Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital, Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah, nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.
Mahkamah pun bagi. 

Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. 

Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata 'Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani.

Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. 

Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Takde kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.
Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus. Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'.

Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

In Shaa ALLAH..

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telah pun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.

copy-paste
#HRUU355
Read More

Gantian lampu brek kereta: LED T10 24 SMD

Gantian lampu brek kereta: LED T10 24 SMD
Teknologi LED semakin lama semakin pantas dan semakin komplikated! Bermula dari sekecil-kecil lampu hinggalah sebesar-besar lampu. Kalau perasan, lampu kalimantang sekrang ni pun dah ada yang LED. Nak pasang pun mudah, cuma perlu bypass transformer dan starter, direct wiring. Apa yang lebih penting, kuasa elektrik yang diperlukan oleh LED sangat kecil! Semestinya menjimatkan tenaga!


Kali ni kita akan berkongsi satu lagi teknologi LED yang diaplikasikan pada kenderaan. Untuk kali ni, lampu brek. kalau kita perasan untuk kali yang seterusnya, kebanyakan kereta sekrang menggunakan lampu dengan teknologi LED. Sehingga headlamp pun dah ada yang menggunakan LED! 

Sebenarnya, apa kebaikan LED pada kenderaan?? Ni part yang penting untuk kita semua ketahui. Lampu filamen biasa(yang cahayanya berwarna oren keperangan tu) mempunyai respon time yang kurang berbanding LED. Ini kerana filamen tersebut perlu dipanaskan terlebih dahulu untuk menghasilkan cahaya. Berbeza dengan LED, tiada sebarang pembakaran seperti filamen. Ini juga bermaksud, bila sahaja kita tekan brek, LED akan terus menyala tanpa perlu ada lagging time.

Cuma, kebanyakan kereta sekarang mempunyai sensor untuk pelbagai lampu pada sesuatu kenderaan. Sensor tersebut akan membaca jumlah kuasa yang dibekalkan kepada mentol sesebuah lampu. Sekiranya kuasa yang melalui sensor kurang dari yang sepatutnya, maka amaran akan dikeluarkan pada panel pemanduan yang memberitahu pemandu sesuatu lampu tidak berfungsi dengan baik atau telahpun terbakar.

Kebiasaannya, mentol filamen biasa memerlukan lebih kuasa berbanding LED. Sebagai alternatifnya, kita boleh menggunakan LED yang mempunyai teknologi Canbus Free Error untuk mengelakkan amaran tersebut aktif.

Part yang lagi best, lampu LED mempunyai jangka hayat yang berkali ganda lebih lama daripada lamou konvesional. Jom tengok LED kat bawh ni :-)


Read More

3 Amalan Yang Boleh Mengubah Taqdir

3 Amalan Yang Boleh Mengubah Taqdir
TAKDIR atau ketentuan Allah SWT boleh berubah dengan sejumlah amal kebaikan. Ertinya, jika kita melakukan amal kebaikan, maka takdir buruk yang sedianya menimpa kita, akan dihapuskan oleh Allah SWT.



Allah SWT memang Maha Pengasih dan Penyayang, juga Maha Kuasa atas segala sesuatu. Empat amal yang mampu mengubah takdir buruk menjadi takdir baik, berdasarkan hadis-hadis Sahih.

Amal Kebaikan

Beramallah kamu sekalian, kerana beramal (berbuat kebaikan/ibadah) akan mengubah sesuatu yang buruk yang telah ditentukan-Nya padamu” 
(HR. Bukhari dan Muslim).

Tiada yang dapat menambah umur seseorang, selain (amal) kebaikan.
(HR. Ahmad dan Thabrani)


Sedekah
Sesungguhnya sedekah itu dapat memadamkan kemarahan Allah dan menolak ketentuan yang buruk.” (HR. Tirmidzi).

Bersegeralah bersedekah, karena bala tidak pernah mendahului sedekah.” (HR. Thabrani).

Sesungguhnya sedekah dan silaturahim itu dapat menambah umur dan menolak ketentuan buruk yang tidak disukai dan ingin dijauhi.” (HR. Abu Ya’la Alhambali).


Doa

Tiada yang boleh menolak takdir Allah, kecuali doa.” 
(HR. Tirmidzi, Hakim, Ahmad, dan Ibnu Majah).

Semoga kita diberi hidayah dan kekuatan untuk melaksanakan tiga amal yang boleh mengubah takdir tersebut.

Wallahu a’lam...
Read More

Solusi 98: Hidup Mewah dengan Qanaah

Solusi 98: Hidup Mewah dengan Qanaah
Rasanya macam dah lama sangat tak baca Majalah SOLUSI..makin terasa hidup ni penuh dengan tanggungjawab. Lebih-lebih lagi setelah lahirnya si comel Irfan Al-Fateh, penambah seri hidup abah dan umi. Thank you Allah :-)

Minggu lepas, sewaktu bersama isteri tercinta membeli-belah di kedai buku POPULAR, ternampak majalah solusi edisi ke 98. Rasa sangat-sangat tertarik dengan tajuk kali ini, Hidup Mewah Dengan Qanaah. Alang-alang dah nampak, beli terus! Dulu harnganya RM 9. Sejak beberapa tahun lepas, harganya dan jadi RM 10. Makruf dan maklum, dengan gst dan segala bagai kos, harga buku pun naik. 

Cabaran seterusnya, mencari masa untuk membaca. Sehingga ke saat lakaran ini ditulis, solusi 98 masih belum habis dibaca :p Minggu lepas sewaktu ke pasar menemani mama beli sayur dan lauk, dah ada solusi edisi 99: Agar Rezeki Tidak Lagi Misteri, dah pun dibeli jugak :P 

Ya Allah..berilah aku keluangan masa untuk membaca... 


Read More

Charging Dock | Samsung Gear SM V700

Charging Dock | Samsung Gear SM V700
Baru-baru ni adik minta untuk carikan charging dock untuk samsung gear dia. Hilang katanya. Cuba belek-belek samsung gear milik dia, cantik jugak Samsung Gear ni. Yang selama ni dok tengok budak-budak pakai rupanya imitation dan inspiration daripada samsung gear...sampai ada yang jual dengan harga yang sangat murah di pasar malam :P


Berbalik pada samsung gear tadi, lebih kurang macam smart watch. Cumanya, kalau original samsung gear ni, kualitinya lebih bagus dan lebih tahan daripada yang ciplak tu. Pegang je pun dah tau materialnya bagus. Cuma yang tak bestnya, untuk charge samsung gear ni, ada dock khas. Tak boleh charge guna cable micro USB macam handphone biasa :P

Cuba search kat lazada, ada rupanya charging dock third party. Macam-macam brand ada :P Kalau ada sesapa lagi yang hilang benda ni, jom la tengok kat bawah ni :-)


Read More

Pesan Hasan Al-Basri

Pesan Hasan Al-Basri
Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan.  Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..

"Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah  meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak kamu lakukan"

1. BILA KAMU BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG
2. BILA KAMU BERNIAGA, JANGAN KENA MATAHARI

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya;
Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?
Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si adik :
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran. Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.


Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.
Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin  hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?
Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si abang:
Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.
Kedua, ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

* Moral of the story:

Perbezaan MENTAFSIR  sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanyalah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.

Jadi, belajarlah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah beri petunjuk, mohon Allah bimbing kehidupan kita, semoga Allah memberikan taufik dan hidayah. 

Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah di dunia dan di akhirat. 

Nabi Muhamamad pernah bersabda;
"Siapa yang Allah mahukan kebaikan bagi dirinya, akan difahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".
Read More

Kamera Parking Untuk Kereta

Kamera Parking Untuk Kereta
InsyaAllah, kali ni nak share mengenai kemera parking untuk kereta. Ada sesetengah orang namakan "Reverse Camera". Ada juga yang kata "Perking Camera". Tak kisahlah apa yang nak digelarkan, yang pastinya ia adalah satu benda yang sama.

 Ok, straight to the point, camera yang macam mana yang bagus untuk dijadikan reverse camera ni? Mudah saja...pastikan ada ciri-ciri berikut:

1. 170 darjah pandangan
2. Dilengkapi Night Vision
3. Kalis air atau Waterproof
4. Cip kamera digital

Dan pastikan juga penjual ada memberi manual pemasangan bersama dengan kamera tersebut. Selalunya boleh untuk D.I.Y sendiri. (Do It Yourself). Kebanyakan aksesori kereta pada masa kini mesra D.I.Y.

Ok, dikongsikan disini salah satu kamera yang bagus sebagai pilihan anda sekiranya ingin memasang reverse camera. InsyaAllah, dah dapat nanti saya akan tunjukkan step by step pemasangan. Bolehla tengok-tengok kat bawah ni :-)


Read More

Sepinggan nasi untuk anak [sebak]

Sepinggan nasi untuk anak [sebak]
Cerita beberapa hari lepas masa cod barang, saya singgah di sebuah warung makan sebab anak saya ni dah menjerit-jerit dahaga nak minum air. Masa duduk dalam warung tu saya perasan ada seorang lelaki tua dengan sorang budak lelaki sebaya umur anak saya mungkin dalam 4 tahun gitu. 

Lelaki tu nampak selekeh sangat, kaki tangan hitam berminyak, baju  seluar kasut lusuh, mungkin orang susah, jadi nampak uzur je. Budak lelaki tu pun kurus sangat, nampak terketar-ketar mungkin lapar sangat agaknya. 


Saya perhati je dua beranak tu, si ayah pegang pinggan berisi nasi putih bersama anak kehulu kehilir depan lauk-lauk atas tray makanan. Dua beranak tu memang menarik perhatian semua orang dalam kedai tu, tak kurang juga ada yang pandang sinis seolah-olah geli tengok mereka yang kotor. 

Astaghfirullah.

Hati ni dah rasa semacam, air saya dah lama habis tapi masih melekat bontot saya nak duduk kat situ, leka saya duk perhati ayah lama berdiri depan lauk tapi tak jugak ambil-ambil lauknya. Anak pula duk tunjuk-tunjuk lauk sotong. Mungkin nak makan sotong agaknya. 

Last-last si ayah ni ambik kuah je. Nasi putih dengan kuah kosong, jangankan lauk sotong, satu ketul lauk dia tak ambil pun, takde lauk langsung. Anak ni diam je tak cakap apapun bila ayah dia suruh duduk makan nasi kosong dengan kuah semata-mata. 

Masa tu Allah je tahu camana perasaan saya bila tengok dua beranak tu makan nasi putih sepinggan dengan kuah kosong. Air memang takde. Lagi sedih si ayah ni tak jamah pun, duduk sebelah je tengok si anak ni makan. Ayahnya cuma kutip  nasi yang tumpah tepi pinggan anak je suap ke mulut sendiri. 

Sayu hati tengok. 

Ya Allah..

Time tu jugak mengalir air mata saya, sebaknya tak payah cakap la. Susahnya hidup mereka. Kita rasa hidup kita dah susah, rupanya ada lagi orang yang lebih susah dari kita.

Sedih tengok dua beranak tu, saya pun ke kaunter minta pembantu kedai letakkan nasi sepinggan dengan lauk-lauk sekali. Adalah sikit sotong, ikan bakar, sayur, telur mata dengan lauk lain. Kemudian saya minta pembantu kedai tu hantar nasi tu ke meja 2 beranak tadi.

Mulanya lelaki tu nampak terkejut, saya dengar dia kata tak nak sebab takde duit nak bayar, tapi pembantu kedai tu kata, ambil la, ada orang belanja. Si anak ni panjang leher duk tengok je nasi penuh lauk, tapi sikit pun tak merengek kat ayah mintak nak makan. Last-last ayah tu amik jugak nasi tu.

Saya dah berjalan menuju ke kereta, dalam kereta saya perhati lagi 2 beranak tu dari jauh. Terkejut saya, bila  tengok lelaki tu menangis. Kepala dia tunduk je ke meja. Tangan duk kesat-kesat air mata, sesekali dia gosok cium kepala anak yang tengah makan nasi tadi. 

Ya Allah lagi la sebak dada tengok lelaki tu menangis sambil peluk anak dia. Bagi saya air mata lelaki kalau gugur membasahi pipi adalah air mata yang sangat-sangat jujur. 

Bayangkan..

Sampai anak saya tanya, mama kenapa mama nangis, ayyad tak naughty lagi, soryy mama.
Saya terus peluk kedua-dua anak saya sambil menangis.

Sedih... 

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sebab bukan semua orang dapat rasa nikmat kesenangan. Kita susah, ingat.. ada lagi insan lain yang jauh lebih susah dari kita. Semoga Allah memelihara kedua beranak itu.

Ya ALLAH permudahkanlah rezeki kami agar dpt membantu mereka2 yg memerlukan...

Kredit: CnP Group WhatsApp
Read More

Hadiah Hari Lahir 2016

Hadiah Hari Lahir 2016
Terima kasih sayang :-) Tahun 2016, dapat hadiah hari lahir yang special, iaitu sandal adidas warna putih bebelang JDT :p Sekali lagi, terima kasih sayang. Ada kisahnya kenapa dapat sandal puith ni. Aku bukan jenis yang suka tukar-tukar sandal. Kalau aku dah suka, aku akan guna sampai hancur, hehehehe. Dalam erti kata yang lain, aku ni setia orangnye..hikhikhik 

Sebelum ni, dapat t-shirt. Sama juga kisahnya, selagi t-shirt yang aku suka pakai tu tak reput, aku akan terus pakai. Biarlah apa orang nak kata, mulut orang bukan atas daya kita. Yang penting, kita positif dengan diri kita. InsyaAllah orang sekeliling akan terkena aura positif tersebut juga.

Ok, itu sahaja ceritanya, moga tersimpah indah dalam memori :-)
Read More

Philips Pressure Cooker

Philips Pressure Cooker
Demam Pressure Cooker makin menjadi-jadi. Macam-macam yang diperkatakan tentang pressure cooker ni, maksudnya yang positif la.. :P Yang paling syok didengar, "masak kari 10 minit saja" "masak bubur 7 minit saja". Dasyat tu!! Yang paling best lagi, campak saja semua bahan kat dalam periuk tu dan ...plinggg!! Siap jadi kari! Waaaaa!!!!
 

Isteri pun bercerita juga pasal pressure cooker. Cuma katanya brand Noxxa Pressure Cooker. Ya ampun amat mahal harganya! Rm700++ Tapi kalau tengok design noxxa, tak bape nak best pun :P

Akhirnya ambil inisiatif search kat lazada menggunakan keyword "pressure cooker". Banyak rupanya brand pressure cooker lain yang lebih murah dan berbaloi. Cuma jangan la amik brand china pior, menyesal dikemudian hari nanti..hehehe

Philips juga mengeluarkan pressure cooker pelbagai fungsi. Bukan nak rekemen, tapi brand ni memang dah lama dipercayai. Sampaikan Hair Trim pon Philips ada keluarkan. Yang bestnya, hair trim philips tidak menggunakan bongkah besi untuk menghasilkan magnet, tetapi hanya menggunakan motor elektronik sahaja! Satu inovasi yang canggih sebab lebih ringan berkali ganda.

Ok, yang kat bawah ni Philips Pressure Cooker. Cuba la tengok. mana la tau boleh hadiahkan untuk isteri ke..ibu ke..bakal mak mertua ke..kakak ke.. :-)


Read More