Isteri @balikkampung

Siap-siap nak balik kampung. Tengok bidadari tercinta dah siapkan pakaian keluarga. Bagaimana ada orang boleh tak sayang dan hargai isteri? Bagi kita lelaki, pakaian cuma pakaian. Bagi wanita, pakaian ni ada puluhan cabang dan ratusan rantingnya.

Kita sebagai suami, bila tak faham kita kata :"sayang nak balik kampung ke nak pindah?" Macam Raja, semuanya disiapkan. Start kereta dan jalan..cian isteri dah penat-penat uruskan semuanya...patut tolong picit kaki mereka. Urut mereka penat..hee

Isteri diam jer. Dah berhari siapkan pakaian nak balik kampung. Bila sampai kampung suami tanya mana pakaian abang yang ini? Isteri kata tertinggal. Macam mana boleh tertinggal. Hehe..

Suami kena buat-buat sibuk juga masa isteri kemas pakaian. Jangan bertenang sangat atau paling penting jangan marah. Bila isteri tanya tolong bantu cari. Atau paling kurang yang ni nak pakai hari kedua ke sayang. Cukup ke baju anak ni..

Erti pakaian buat seorang isteri. Bagi Isteri dah siapkan baju anak mana. Baju ayah mana. Pakaian di rumah. Pakaian berjalan. Pakaian tidur. Jangan anak kena gigit nyamuk lengan panjang pendek, berlubang tak berlubang, warna cerah warna gelap. Hari raya pertama baju apa. Tengah hari raya mana baju anak. Raya kedua mana. Raya ketiga mana. Sama dari tudung sampai stokin. Supaya semua nampak cantik jer..kasut anak. Stokin anak. Tudung anak. Bantal busuk anak-anak. Belum kira bantal suami dan bantal sendiri. Tu belum kira malam raya anak dah try semua baju..ayah kata takperlah biarlah..cian anak tu..
Bila saya tengok ayah saya kemas bajunya dalam beg. Saya rasa nak menangis. Bantu mana yang patut. Tapi tak sama sentuhan seorang isteri atau ibu. Serius kemas baju nak balik kampung pun kena ada seni.

Kadang-kadang seorang mak sibuk kemas baju anak-anak. Kemas baju suami. Bajunya sendiri tertinggal. Dia sendiri tak sempat kemas.

Balik kampung pastikan pampers anak. Susu anak. Dulu tak pernah sedar semua tu. Sebab tu dalam hadis Nabi saw orang yang rumahnya dekat dengan rumah Nabi saw ialah orang yang berakhlak dan berbuat baik kepada isteri. Keluar rumah baca doa bismilllahi tawakkaltu Alallah. La hawlawala quwata illah billahil aliyilazim. Riwayat Tirmidzi. Siapa baca ini Allah jaga dia, cukupkan rezeki, jauhkan syaitan, dia dipimpin Allah..Baca 5 surah 6 bismillah. Baca doa naik kenderaan.

Ya Allah di akhir Ramadhan ini kami pohon kau ampunkanlah ibubapa yang kami sayangi. Ya Allah ampunkan dosa isteri yang kami cintai. Sayangi dan kasihilah semua ahli keluarga kami. Mudahkanlah, selamatkkanlah, berkati, lindungi perjalanan setiap ahli keluarga kami dan semua manusia di dunia ini.

Penghargaan: FB Ustaz Ebit Lew

p/s: Kalau baca post Ustaz Ebit Lew. mesti akan timbul rasa muhasabah yang sangat dalam!


Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat