6 kesalahan tidak dikompaun!

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang mengenakan tindakan mahkamah terhadap pengguna jalan raya yang didapati melakukan enam kesalahan jalan raya sepanjang pelaksanaan Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2016 bermula hari ini hingga 13 Julai nanti.

Enam kesalahan itu adalah gagal mematuhi lampu isyarat; memotong di garisan berkembar; memandu di lorong kecemasan; memotong barisan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan tidak membenarkan kenderaan lain memotong.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JPJ, Datuk V Valluvan Veloo berkata, langkah itu dicadangkan berikutan tindakan mengenakan kompaun terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan itu didapati tidak lagi efektif.

Beliau berkata, cadangan berkenaan akan dibawa kepada pihak pengurusan tertinggi JPJ untuk dibincangkan dan diputuskan.

“Saya akan membawa perkara ini kepada Ketua Pengarah JPJ dan membincangkan kelulusan cadangan itu, apabila keputusan dibuat, JPJ akan memaklumkannya dalam masa terdekat.

“Cadangan ini dibuat kerana JPJ merasakan tindakan mengenakan kompaun sebelum ini tidak lagi efektif kerana pengguna jalan raya masih tidak sedar,” katanya dalam sidang media Op HRA 2016 di Terminal Bersepadu Selatan hari ini.

p/s: Undang-undang ni dah pun dikuatkuasakan. Jadi, pandu cermat, jiwa selamat, duit pun selamat. Rancang perjalanan anda dengan bijak!

Penghargaan: BERNAMA

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat