5 Tips mudah meraih pahala Ramadan!

Sabda Nabi S.A.W di dalam satu hadis Qudsi yang mafhumnya: Setiap amalan anak adam akan diberikan 10 hingga 700 kali ganda pahala bagi setiap amalannya kecuali puasa, puasa itu untukku (Allah) dan aku sendiri akan memberikan pahala untuk puasa tersebut. 

Jadi, untuk memudahkan kita meraih pahala yang berlipat kali ganda tersebut, jom sama-sama kita amalkan 5 amalan mudah di bawah:

1) Senyum

Latih diri untuk sentiasa tersenyum. Senyum iu juga satu sedekah yang sangat mudah untuk dilakukan. Dari sudut kesihatan, senyum akan membuatkan muka kita lebih awet muda kerana senyum akan merangsang urat saraf muka agar sentiasa aktif.

Selain itu juga, senyum itu adalah tanda bagi orang yang bersabar. Kalau kita nak tengok 'rupa' sebenar seseorang, maka buatlah dia marah. Kalau dalam marah dia masih tersenyum, itu tandanya dia adalah seorang yang sabar. Tapi jangan buat sampai di mengamuk dah la ye :p

2) Bersahur

Kata nabi, waktu sahur itu ada barakahnya yang tersendiri. Waktu yang terbaik untuk sahur adalah sela masa sebelum azan subuh dengan kadar bacaan ayat al-Quran sebanyak 50 ayat. Kalau kita sahur pukul 12 malam, tu bukan sahur namanya..:P 

3) Berbuka tepat pada waktunya

Berbuka tepat pada waktunya bermaksud berbuka sejurus selepas azan maghrib kedengaran. Itu adalah sunnah yang sepatutnya diamalkan. Makanan yang terbaik untuk mula berbuka ialah 3 biji kurma. Sekiranya tak ada 3 biji kurma, maka berbukalah dengan segelas air. Tak salah kalau nak mulakan berbuka dengan nasi kerabu, cuma tak ikut sunnah la..:p

4) Solat Tarawikh

Solat tarawikh sangat istimewa kerana hanya boleh dikerjakan dalam bulan Ramadan sahaja. Amalan wajib pun dan berlipatkaliganda pahalanya, apatah lagi amalan sunat. 

5) Membaca Al-Quran

Ramai yang beranggapan kalau nak baca quran, kena duduk atas sejadah, dalam surau, dalam masjid. Tapi sebenarnya, kat mana-mana pon kita boleh baca quran. Baca surah-surah yang kita dah hafaz, Sebagai contoh, waktu tunggu traffic light nak hijau, boleh baca surah al-Ikhlas. Waktu tunggu berbuka, boleh baca surah an-Nas. Walaupun surah-surah tu pendek, tapi dalam bulan Ramdan ni pahalanya berlipatkaliganda!!



Jom sama-sama kita amalkan!

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat