Cara Solat Taubat yang ringkas. Jom amalkan!

Cara Solat Taubat yang ringkas. Jom amalkan!
Tahniah kerana anda sedang membaca artikel ini. Orang yang klik perkara baik seperti ini, mudah-mudahan diberikan hidayah oleh Allah untuk menjadi lebih baik. Bayangkan, dari banyak-banyak artikel di Internet ini, anda tergerak untuk membaca tentang cara solat taubat. Bukankah itu satu petanda baik? Bukankah Allah sedang ingin membantu kita?

Tidak dapat dinafikan, sebagai manusia, kita sememangnya selalu melakukan kesilapan. Namun, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jika Allah gerakkan hati kita untuk mencari panduan dan cara solat taubat, sudah tentu ini satu langkah kecil untuk perubahan yang lebih besar.

Jika dikenang dosa yang lalu, rasa kerdilnya diri kita di sisi Allah. Ada yang pernah melanggan pelacur. Ada yang berdua-duaan sebelum kahwin. Ada yang bersekedudukan dengan suami orang. Ada yang pernah bersama isteri orang. Ada yang pernah gugurkan kandungan. Ada yang menyesal melakukan zina berulang-ulang kali.

Ada pula yang sesal kerana kurang ajar dengan ibu-bapa, yang kini mungkin sudah meninggal dunia. Ada yang berantakan kerana harta peninggalan dan putus saudara. Ada yang minum arak dan sesal dengan perbuatan semasa muda dahulu. Ada isteri yang menipu suami. Ada suami yang sanggup berdusta dengan isteri. Ada rakan sekerja yang sanggup tikam belakang dan memburukkan rakan lain. Terlalu banyak jika mahu disenaraikan disini.

Tidak kira apa sahaja dosa yang kita lakukan, samada kecil atau besar, mohonlah keampunan dari Allah. Apa yang kita perlu buat ialah ikhlaskan hati dalam memohon ampun pada Allah. Tidak cukup dengan itu, perlu belajar cara solat taubat agar kita rasa lebih dekat dengan Allah.

Sila rujuk gambar di bawah yang diperolehi dari JAKIM. 






Mungkin masa mula-mula buat, kita rasa sedikit terbeban. Tetapi, bila dah selalu buat, InsyaAllah, amalan ini akan jadi amalan yang sangat ringan seolah-olah solat sunat qobliyyah 2 rakaat.

Jom sama-sama amalkan!

Penghargaan: www.siraplimau.com [website yang sangat berinformasi positif]
Read More

7 perangai ayah yang paling ditiru oleh si anak!

7 perangai ayah yang paling ditiru oleh si anak!
“Alahai… Moleknya perangai anak, tak ubah macam bapanya.”

Perasankah anda, perangai ibu atau bapa sering dikaitkan dengan perangai anak. Mana tidaknya, sepanjang kita menjadi ibu atau bapa, setiap pergerakan kita diperhatikan oleh mata-mata kecil. Sebab itulah, secara automatiknya, kita juga akan berkelakuan lebih ‘elok’ di hadapan anak-anak.

Tertarik dengan sebuah artikel hasil penulisan Mike Berry menerusi The Good Men Project, yang mengupas tentang hal ini daripada perspektif lelaki.

Sebagai seorang bapa, beliau melihat 7 perangai atau tabiat seorang suami yang paling mudah ditiru oleh anak-anak.

1) Cara anda melayan ibunya
Biasanya ibu adalah insan yang paling rapat dengan anak. Oleh itu, jika anda berlemah lembut, memberi semangat, penyayang, memanggil dengan panggilan hormat, anak-anak akan lebih menghargai ibu mereka.

Tetapi, jika anda sering memperkecilkan kebolehan isteri, bersikap kasar, dan selalu bercakap tanpa memikirkan perasaannya, perangai anak akan lebih cenderung ke arah yang sama.

2) Cara Anda Menguruskan Kewangan

Mungkin anak kecil kurang memahami jika anda sering dibebani hutang. Namun, mereka dapat mengenalpasti cara anda berbelanja bermewah-mewahan. Ini akan mengakibatkan mereka kurang memahami nilai wang hingga dikelilingi hutang keliling pinggang apabila dewasa.

Sebaliknya, apabila anda cermat, sentiasa membuat perancangan, dan membuat simpanan, anak-anak semestinya akan lebih berhati-hati dalam meminta sesuatu. Malah, mereka akan lebih bijak menguruskan kewangan sendiri.

3) Cara Anda Bercakap Dengan Orang Lain

Tidak kiralah di mana atau dengan siapa anda berada, percayalah anak-anak ini sering memerhati. Sekiranya anda bersikap buruk terhadap pelayan restoran atau penjaga kaunter di tandas awam, mereka juga akan meniru cara anda menghina mereka.

Apabila anda memberi senyuman ikhlas dan beradab terhadap orang sekeliling, perangai anak turut akan terkesan.

Malah, mereka belajar untuk lebih bijak dalam menghormati dan pandai bersimpati.

4) Cara Anda Mengikut Undang-undang

Kadangkala kita tidak menyedari bagaimana kita mencarut atau memaki hamun pemandu lain di jalan raya. Ada juga yang memperlekehkan polis yang sedang membuat ‘roadblock’ di tepi jalan. Ini semua akan memberi impak kepada anak-anak.

Tetapi, kadangkala jika anda tidak sengaja, pastikan anda tidak lupa untuk menerangkan kepada mereka supaya tidak mencontohi sikap ini.

5) Cara Anda Mengotakan Janji

“Ok lah, nanti kita beli mainan ini lain kali.” “Baiklah, nanti kita pergi taman kalau dah siap kerja sekolah .”

Tapi, sampai ke sudah kita tak tunaikan janji. Integriti sangat penting kerana anak kecil perlu mempercayai ibu bapanya sebelum mempercayai orang lain.

Oleh itu, jangan berjanji jika ianya berat untuk dikotakan. Walaupun anak-anak masih kecil, mereka tahu bila anda menipu.

6) Cara Anda Menjaga Penampilan

Kita perlu menjaga aurat di hadapan anak-anak. Tidak kiralah lelaki atau perempuan, mereka akan terikut-ikut dengan kebiasaan anda menanggalkan pakaian, berseluar pendek, atau memakai pakaian selekeh semasa di rumah.


Jika anda sering menyajikan mereka dengan ‘junk food’ atau ‘fast food’, mereka akan ketagih dengannya sejak kecil. Sebaliknya, jika mereka dibiasakan dengan masakan sihat di rumah, tentulah mereka akan terbiasa dengannya.

Jika anda rajin bersenam, mereka akan bergembira dan bersemangat apabila melakukan aktiviti luar. Tetapi jika anda malas dan lebih suka menonton televisyen, jangan marahkan mereka jika mereka suka menonton kartun!

7) Cara Anda Menolong Orang Lain

Jika anda tidak pernah menyuburkan harta anda dengan bersedekah atau menderma, tentulah anak-anak akan berasa asing untuk melakukannya.

Tetapi, apabila anda rajin bersedekah atau membuat kerja-kerja amal, bawalah anak-anak sekali supaya mereka tahu erti kesusahan.

Paling mudah yang anda boleh lakukan adalah mengajak anak mengisi duit dalam tabung masjid atau mereka yang meminta sedekah di tepi jalan. Jadikan ianya tabiat setiap kali keluar rumah.

Perangai Anak Cerminan Diri Kita

Jika anda hayati, sebenarnya anak-anak ini lebih terkesan dengan perbuatan kita berbanding nasihat yang diberikan kepada mereka dalam bentuk lisan.

Ramai daripada kita yang tak perasan bahawa kita kadangkala menghukum anak-anak atas kesalahan yang kita sendiri lakukan, sama ada secara jelas atau sembunyi.

Oleh itu, muhasabahlah diri dan cuba perbaiki diri dalam proses membesarkan anak-anak. Mereka sentiasa memerhatikan kita!

p/s: Teringat pesanan sayyidina Umar yang begitu memberi erti kepada kehidupan berkeluarga; "hadiah terbaik daripada seorang ayah kepada seorang anak ialah menyayangi ibu kepada anak tersebut". Walaupun Umar terkenal dengan ketegasan, belaiau hanya berdiam diri ketika dibebel oleh isterinya di rumah. Bukan kerana dayus, tapi kerana beliau ingin memberi kepuasan hati kepada isterinya kerana dengan membebel, seseorang wanita akan berasa puas kerana lumrah seorang wanita adalah bercakap :P

Penghargaan: www.siraplimau.com





Read More

5 Tips mudah meraih pahala Ramadan!

5 Tips mudah meraih pahala Ramadan!
Sabda Nabi S.A.W di dalam satu hadis Qudsi yang mafhumnya: Setiap amalan anak adam akan diberikan 10 hingga 700 kali ganda pahala bagi setiap amalannya kecuali puasa, puasa itu untukku (Allah) dan aku sendiri akan memberikan pahala untuk puasa tersebut. 

Jadi, untuk memudahkan kita meraih pahala yang berlipat kali ganda tersebut, jom sama-sama kita amalkan 5 amalan mudah di bawah:

1) Senyum

Latih diri untuk sentiasa tersenyum. Senyum iu juga satu sedekah yang sangat mudah untuk dilakukan. Dari sudut kesihatan, senyum akan membuatkan muka kita lebih awet muda kerana senyum akan merangsang urat saraf muka agar sentiasa aktif.

Selain itu juga, senyum itu adalah tanda bagi orang yang bersabar. Kalau kita nak tengok 'rupa' sebenar seseorang, maka buatlah dia marah. Kalau dalam marah dia masih tersenyum, itu tandanya dia adalah seorang yang sabar. Tapi jangan buat sampai di mengamuk dah la ye :p

2) Bersahur

Kata nabi, waktu sahur itu ada barakahnya yang tersendiri. Waktu yang terbaik untuk sahur adalah sela masa sebelum azan subuh dengan kadar bacaan ayat al-Quran sebanyak 50 ayat. Kalau kita sahur pukul 12 malam, tu bukan sahur namanya..:P 

3) Berbuka tepat pada waktunya

Berbuka tepat pada waktunya bermaksud berbuka sejurus selepas azan maghrib kedengaran. Itu adalah sunnah yang sepatutnya diamalkan. Makanan yang terbaik untuk mula berbuka ialah 3 biji kurma. Sekiranya tak ada 3 biji kurma, maka berbukalah dengan segelas air. Tak salah kalau nak mulakan berbuka dengan nasi kerabu, cuma tak ikut sunnah la..:p

4) Solat Tarawikh

Solat tarawikh sangat istimewa kerana hanya boleh dikerjakan dalam bulan Ramadan sahaja. Amalan wajib pun dan berlipatkaliganda pahalanya, apatah lagi amalan sunat. 

5) Membaca Al-Quran

Ramai yang beranggapan kalau nak baca quran, kena duduk atas sejadah, dalam surau, dalam masjid. Tapi sebenarnya, kat mana-mana pon kita boleh baca quran. Baca surah-surah yang kita dah hafaz, Sebagai contoh, waktu tunggu traffic light nak hijau, boleh baca surah al-Ikhlas. Waktu tunggu berbuka, boleh baca surah an-Nas. Walaupun surah-surah tu pendek, tapi dalam bulan Ramdan ni pahalanya berlipatkaliganda!!



Jom sama-sama kita amalkan!
Read More

Permata Hati Abah!

Permata Hati Abah!
Alhamdulillah, hampir 6 bulan Irfan Al-Fateh terus tersenyum dan ketawa. Wajah comel ini terus menjadi penyeri abah dan umi. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan yang tiada ternilai ini!

Muhammad Irfan Al-Fateh nama diberi. Ni anak pertama aku. Lahir kat Hospital Az-Zahrah, Bangi. Rezeki Allah kepada aku dan isteri setelah 2 tahun berkahwin. Lama kami honeymoon, hehehe :p

Aku cuma nak share pengalaman setelah ada anak memandangkan ini adalah pengalaman pertama dalam hidup aku. Masa mula-mula dapat tahu isteri aku pregnant, kami dok berangan dapat anak perempuan. Macam-macam teori cuba diaplikasikan. Tapi lepas scan kat Klinik Aziani Cheras, boboy rupanya..tetap Alhamdulillah :-)



Kami cuba congok-congak nama untuk anak yang bakal lahir tu. Memang nama Al-Fateh dah lama dalam list, sekali dengan Aisyah Humaira. Memang dah comform nak letak nama Muhammad Al-Fateh. Tapi last minit, isteriku memberi idea baru, tambah perkataan Irfan. Maka jadilah Muhammad Irfan Al-Fateh :-)

Ada kisah disebalik nama Irfan tu. Sekadar nak share, anak kepada seorang blogger, Tuan Haji Amir, pemilik blog denaihati.com bersekolah di sekolah tempat aku dan isteri bekerja. Nak dijadikan cerita, isteriku kenal dengan isteri kepada Tuan Haji Amir. Boleh dikatakan mereka ini sering juga berhubung. Nama anak blogger tersebut Irfan. Mungkin isteriku tertarik dengan perwatakan irfan sewaktu di dalam kelas, sebab tu la nama irfan tu jadi nama anak sendiri :P

Tak aku nafikan, irfan memang baik dalam kelas, kelakuannya juga terjaga. Dia seorang pengawas sekolah. Tidak seperti kawan-kawannya, irfan lebih menjaga adab ketika guru sedang mengajar. Semoga sifat yang baik itu mengalir dalam setiap diri orang yang namanay ada perkataan Irfan, amin :-)

Berbalik kepada kisah anak aku yang Irfan juga namanya, kadang-kadang kami panggil dengan panggilan Fateh. Mengingatkan kami pada kisah seorang sultan yang sangat hebat, Sultan Muhammad Al-Fateh. Boleh gugel kalau nak tahu kisahnya :P 

Sekarang Fateh dah pandai genggam tangan, suka capai apa-apa saja yang dekat dengan dia. Baju umi, kopiah abah, semua dia capai! Mula-mula kami selalu pakaikan sarung tangan, atas nasihat abang ipar, kami tanggalkan sarung tangan Fateh. Teorinya, lebih cepat seorang bayi dapat menyentuh dengan tangannya, lebih cepat deria rasanya menjadai aktif!



Bulan ke 3, kami khatankan Fateh di Hospital Ampang Puteri. Alhamdulillah, sehari saja segala lukanya sembuh. Doktor pesan, lebih baik sunatkan seawal mungkin sebab luka pada bayi sembuh dengan kadaran yang sangat pantas. Satu teori lagi, lagi cepat dikhatankan, lagi cepat tahap kematangannya. Aku jumpa teori ni dalam buku Ahmad Ammar, Syahid yang tertangguh. Best baca buku tu, penuh emosi :-)

Macam biasa, suntikan setiap bulan kami tak pernah tinggal, cuma kadang-kadang terlambat :P Pernah Fateh warded di hospital Putrajaya selama 6 hari. Fateh tiba-tiba demam panas. Terkejut berok kami. Lepas doktor examine, Fateh terus ditahan ke wad. Satu pengalaman yang sangat mencabar bagi aku. Berjauhan dengan anak dan isteri dalam keadaan anak tidak sihat. Hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika itu. 

Tak banyak idea nak cerita pepagi buta ni, insyaAllah lain kali cerita lagi :-) Yang sebenarnya, buah hati abah bukan Fateh sorang, tapi buah hati abah ialah Umi dan Fateh :-) Moga Allah terus merestui kami hingga ke syurgaNya..amin ya rabbal a'lamin.. :-)

Love you Ummi & Fateh :-)
Read More

Kadar tol di 18 lebuhraya naik lagi!

Kadar tol di 18 lebuhraya naik lagi!
Tahun lalu sebanyak 18 buah plaza tol telah terlibat dengan kenaikan kadar dan kebanyakannya adalah secara drastik. Bagi tahun ini pula, kerajaan dikatakan bakal membuat keputusan untuk menaikkan kadar tol bagi lapan lagi syarikat konsesi, menurut The Sun.
Akhbar berbahasa Inggeris itu turut memetik dari Sin Chew Daily, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jika ingin mengekalkan kadar tol yang sama pada harga kini, kerajaan perlu membayar pampasan kepada pihak konsesi dalam jumlah yang sangat besar dan ini membebankan kerajaan dalam hutang jangka masa panjang.
Beliau turut menambah, kerajaan telah berhadapan dengan kesukaran untuk membuat keputusan berhubung perkara ini. Namun hanya ada dua pilihan di bawah rancangan penstrukturan semula tol iaitu membenarkan kenaikan kadar tol dan pengguna perlu membayar lebih untuk menggunakan lebuh raya, atau menanggung beban kos pampasan tersebut.

Fadillah berkata syarikat konsesi yang dibenarkan untuk menaikkan kadar tol di lapan buah lebuhraya iaitu Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Hubungan Kedua (Linkedua), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) pada 1 Januari tahun ini, menurut persetujuan yang telah ditandatangani sebelum ini. LDP juga telah pun menaikkan kadar tol pada tahun lalu.
Jika kerajaan tidak meluluskan kenaikan kadar tol ini, jumlah pampasan yang perlu dipayar adalah sebanyak RM539 juta. “Jika kerajaan menangguhkan kelulusan kenaikan kadar tol, jumlah tersebut (pampasan), akan meningkat setiap tahun. Dalam erti kata lain, ia boleh menyebabkan hutang dalam jangka masa panjang untuk kerajaan,” ujar Fadillah.
Menteri tersebut turut menambah, antara tahun 2008 dan 2014, kerajaan telah menolak permohonan untuk menaikkan kadar tol oleh syarikat konsesi lebuhraya, dan ia menyebabkan lebih dari RM2.2 bilion pampasan terpaksa dibayar.
Fadillah juga enggan mendedahkan sebarang butiran mengenai kadar tol tersebut, sambil menambah jawatankuasa kerja telah berunding untuk mengemukakan laporannya kepada kabinet bagi menentukan keputusan hasil perbincangan bersama pemegang konsesi lebuh raya tersebut berakhir kelak.
Tahun lalu, sejumlah 18 buah lebuhraya di seluruh Malaysia terlibat dengan kenaikan tol, dalam tarikh yang sama iaitu 15 Oktober. Ini termasuklah AKLEH, Besraya, DUKE, Grand Saga, Lebuhraya Guthrie, Kajang SILK, Karak, LATAR, LEKAS, LKSA, MEX, NPE, terowong SMART, Lebuhraya Senai-Desaru, SKVE, Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Sprint dan LDP | Paultan.org

P/s: Tak pa kalau nak naik kadar tol tu, tapi jangan la mendadak sampai camni.. Tol baru je naik, tetibe nak naik lagi. Apa lagi yang akan naik lepas ni ye..

Read More

16 Tips Puasa & Sihat

16 Tips Puasa & Sihat
Kuliah puasa dari sudut kesihatan. Oleh Tuan Norhissam Mustafa, CEO IPKIM Institut Pengurusan Kesihatan Islam. "Ramadhan Pesta Makanan.....Jom Ubah kepada Madrasah Kehidupan"




Pada Zaman kegemilangan Islam, puasa adalah kemuncak kekuatan. Bulan Ramadhan adalah pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku seperti perang Badar & berbagai lagi peristiwa yang menunjukkan kekuatan ummat  Islam.

Namun kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adalah pesta makanan. Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembutkkan hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga.

Mengikut kajian, terdapat 16 kesilapan besar dalam berpuasa:

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Berbukalah puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium seperti makanan bergula perang yang tinggi molasesnya) dan air kosong.

Sebab buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hipotalamus (otak dalam otak). Salah satu caranya, elakkan hidang makan malam di depan semasa berbuka.

Hipotalamus yg keletihan berfungsi sepanjang hari  tidak dapat berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah kesihatan yg serius.

2. Jangan "window shopping" ke bazar ramadhan 
Ini kerana pada waktu itu fungsi kawalan hipotalamus dalam mengawal nafsu makan amat lemah setelah bekerja seharian daripada mula waktu subuh utk mengawal kerja-kerja pembongkaran di hati. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan (kita akan terus membeli makanan yg kita tidak perlu).

3. Jangan lewatkan solat maghrib
Hasil daripada pembongkaran glukogen tepu dihati semenjak daripada pagi akan menghasilkan tenaga yang sangat banyak, tenaga ini akan diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak/diagih kepada sel-sel dalam tubuh.

Hasil daripada pergerakan solat 13 rukun yang berulang-ulang serta gema tenaga sekitaran pada waktu setelah azan maghrib itu akan menyebabkan tenaga yang dihasilkan oleh tubuh kesan daripada puasa sepanjang hari akan dapat di serakkan ke dalam nuklues sel dan di gunakan dengan sempurna.

Oleh sebab itu solat maghrib perlu disegerakan.
Allahu akbar...

4. Selepas solat maghrib, sel sudah dpt tenaga, barulah makan malam. 
Secara automatik kita akan makan secara baik dan sedikit serta sudah boleh mengawal nafsu makan.

Menu makan malam jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan.
Contoh : makanan ruji  (Nasi), lauk, sayur, buah dan air

5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jgn pakai heater.
Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jangan risau mandi malam dengan paru-paru berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jangan mandi macam burung untuk elak paru-paru berair. Burung mandi dengan cara basahkan rambut tapi badan tak basah.

6. Selepas mandi, sebelum pergi solat isyak, minumlah setengah cawan susu segar + 3 biji kurma + satu sudu teh madu lebah yg diblender.

7. Solat Isyak berjemaah. Lepas tu solat terawih, solat secara perlahan dan santai. Jgn gopoh gapah.

8. Kalau nak ambil makanan selepas solat terawikh, pastikan ringan dan sedikit sahaja. Makan selepas pukul 10.30 adalah kemudharatan yang besar.

Masa ini tenaga sudah cukup penuh dalam badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah tadarrus al-quran minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik ke dalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan blh menjadi pegangan kita seterusnya.

9. Slps itu sebaiknya tidur sblm pkl 12 mlm utk kerehatan. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan asidifikasi 3 kali ganda. salah satu sebab kandungan kolestrol meningkat dalam darah.

10. Slps itu bangun pkl 3 pagi utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. X de masalah kesihatan.

11. Sempurnakan sekurang-kurangnya 10 rakaat solat sunat, Sunat wuduk (2 rakaat), taubat (2 rakaat), tahajjud (4 rakaat 2 kali salam), hajat (2 rakaat) dan 3 rakaat witir bagi yg belum witir selepas terawih tadi.

12. Slps qiam, blh tidur tetapi ringankan (1/4 keselesaannya drp tidur mlm). 
*Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.*

13. Sahur. Sebaik2 sahur adalah 1/18 dari makan malam dan yang terbaik adalah lebihan makan malam dengan syarat masih elok dan tidak basi.

Lewatkan masa masak petang utk elak cepat basi. Masak lebih sedikit untuk mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan makanan dengan api perlahan dan setelah panas sedikit, baru masukkan garam. (X perlu mendidih)

14. Slps sahur, boleh  membaca quran secara tadabbur dan terus solat subuh berjemaah.

15. Jangan tidur slps subuh kerana ia akan mengganggu fungsi Tiroid. Ia akan menyebabkan masalah terhentinya kerja2 pembongkaran (detokfikasi) toksid dalam badan.

16. Tidur qailulah ( masa terbaik adalah 1 jam sblm zohor, cukup hanya sekadar beberapa minit). 
1 saat waktu ini menyamai tenaga tidur 45 minit waktu biasa.

***********************

Cara makan kurma

*60% kebaikan berada pada selaput nipis biji kurma.* 
Masukkan sebiji kurma ke dalam mulut, gigit2 kurma hga tertanggal selaput pd biji kurma dan last sekali buang keluar biji kurma.  Jgn kupas di luar.

Kurma yang terbaik ada 5 jenis : *ajwa, medjool, mabrom, safawi dan mariami*

*Puasa adalah detoksifikasi.*
Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lebih dari  8 jam.

Moga Ramadhan tahun ini menjadi pesta ibadah.

***********************
Sesiapa berminat utk mendapat Rakaman Penuh Kuliah Khas ini sila hubungi Telegram/Whatsapp 019-7405016/0197790768

Norhissam Mustafa
Read More

8 Tips Memandu Ketika Hujan Lebat

8 Tips Memandu Ketika Hujan Lebat
Akhir-akhir ni kita sering saksikan keadaan CUACA yang tidak menentu. Tanpa diduga tiba-tiba boleh berlaku HUJAN yang lebat lebih-lebih lagi petang time balik kerja.



Adalah penting untuk kita mengetahui TIPS MEMANDU KETIKA HUJAN (atau hujan lebat) bagi MEMASTIKAN KESELAMATAN anda sebagai pemandu dan juga penumpang lain selamat tiba ke destinasi.

Banyak tips memandu ketika hujan yang kita sedia maklum contohnya pasangkan wiper, perlahankan kenderaan, elak lopak air dan buka lampu jika perlu.

NAMUN BANYAK lagi tips yang mungkin kita TERLEPAS PANDANG, berikut merupakan antara tips-tips penting yang mungkin boleh MENGELAKKAN anda di timpa MUSIBAH semasa pemanduan.

1. ELAKKAN menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.

2. KURANGKAN memandu di lane kanan sekali. kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta kita dan menghalang pandangan ke depan. Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju.

3. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus MENGGANGGU PENGLIHATAN, BERHENTI seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan KECELAKAAN atau KEMALANGAN.

4. JANGAN memandu mengekori TERLALU RAPAT dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, mungkin kita tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memberhentikan kenderaan.

5. JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja.
(Sila semak semula buku panduan lesen L)

6. ELAKKAN memandu TERLALU LAJU kerana ia bukan sahaja MEMBAHAYAKAN NYAWA pemandu dan pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air.

7. Selepas meredah jalan dinaiki air, ELAKKAN terus memandu laju kerana sistem brek TIDAK BERFUNGSI sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.

8. PANDU PERLAHAN. Kelajuan melebihi 80 km/j akan mengakibatkan kenderaan anda mengalami Hydroplaning. Ia adalah satu fenomena di mana tayar kenderaan anda kurang menyentuh permukaan jalan dan ianya seakan-akan meluncur di atas jalanraya.

Read More