Hadiah untuk semua!

Hadiah untuk semua!

Akhirnya, timbul kembali isu AES. Tahniah kepada kerajaan Malaysia di atas usaha menambah 1200 lagi unit AES di seluruh negara!

Khabar gembira ini telah dirasmikan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Ibrahim. Katanya lagi, beliau percaya dengan langkah itu, para pemandu di negara ini akan dapat didik mematuhi undang-undang.

Katanya lagi "siapa berani pandu melebihi had laju dan langgar lampu isyarat" ketika menjawab soalan seorang peaerta Perbincangan Meja Bulat dan Bengkel Jenayah serta Permasalahan Sempadan.

P/s: moga-moga tak ada vendalisme terhadap AES yg akajn dipasang nanti seperti yang sebelum ni.

#malaysiamasihaman

Read More

Minggu Bahasa SRI AL-RAHMAN 2016

Minggu Bahasa SRI AL-RAHMAN 2016

Alhamdulillah, bertemu sekali lagi dengan minggu bahasa untuk kali yang ke empat. Maknanya,dah hampir 4 tahun aku bekerja di sekolah ni. Pada kali ini, aku ditugaskan sebagai ajk persiapan tempat. 2 tahun lepas, aku pernah ditugaskan dengan taklifan ni, dan aku buat backdrop dengan cara dan style yg sama. Tahun ni aku buat jugak. Rindu pulak rasanya saat-saat buat backdrop ni dulu...he2

Macam biasa, aku akan ambil masa di sebelah malam sebab tak nak ganggu anak dan isteri. Teringat kata-kata rakan sekolahku, "susah nak share keje ko wan, semua ko buat sorang". Geli hati bila teringat kata-kata tu. Sebernya, kerja yg aku rasa aku boleh setelkan sendiri, aku takkan ajak orang lain buat. Sebab...bila selesai, kepuasan tu terasa walaupun terpaksa berpenat lelah untuk siapkan. Biar Allah saja yang tahu :-)

Sebenarnya, utk buat backdrop camni, tak perlukan banyak kos pun. Dengan menggunakan 6 helai kertas mahjong, beberapa helai kertas berwarna, gam, saletip, gunting dan double tape untuk tampal pada dinding.

Yang paling 'best' untuk kali ni, masa yg aku ambil utk buat semua ni sampai siap ialah 4 jam! Fuhhh...rasa macam sangat lama.. :p

Tapi Alhamdulillah, siap dengan sempurna akhirnya. Semoga bermanfaat hendaknya, InsyaAllah, amin ya rabbal alamin :-)

Read More