Bahaya Anak Kerap Main Henfon@Tab

Bahaya Anak Kerap Main Henfon@Tab
Benda ni saya tak pernah lagi cerita online, kat blog, FB, atau kat mana-mana penulisan saya. Tapi saya selalu share dalam talk yang saya hadiri. Bukan nak simpan rahsia ke apa. Cuma bila nak cerita pasal benda-benda bodoh yang kita pernah buat dulu, saya prefer cerita direct depan muka, supaya orang lebih faham mesej yang saya nak sampaikan.



Kalau dalam bentuk penulisan, orang lebih mudah menghukum, misinterpret dan nampak yang negatif berbanding yang positif. 

So bismillahirrahim, begini kisahnya.

Anak saya, Haikal..Masa Haikal kecik, dalam tahun 2012—2013, saya tengah dalam pengajian di peringkat PhD. So faham-faham je la busy dia cemana. Kita pulak masa tu muda lagi, tak banyak ilmu. Fikir nak senang, nak seronok je.

Dan tetiba ditakdirkan pulak saya menang satu contest (tak ingat contest apa), 
dan hadiahnya ialah ipad. 

Yeayyyyy!! 

Welcome to gadjet addiction! ;D

Dan sebagai ibu yang sangat mencintai anaknya, maka saya hadiahkan lah ipad itu kepada Haikal. Siap wallpaper, screen saver, semuaaaa muka dia. Padahal masa tu umur Haikal baru setahun lebih.
Dan saya yang "educated lah sangat" ni pun mula lah download segala "educational video" dalam ipad tersebut.

Phonics songs lah, nursery rhymes lah, upin ipin lah, superwhy lah, etc. Saya selalu jugak ditegur oleh kawan-kawan yang ambil jurusan psikologi. Diorang kata gajet ni tak bagus untuk anak-anak bawah 12 tahun.

Tapi dengan angkuhnya, saya beri alasan seperti yang selalu digunakan oleh kebanyakan ibu bapa di luar sana, "Anak saya behave bila ada gajet. Gajet memudahkan kerja saya. Gajet membantu perkembangan anak saya. Terima kasih gajet!" Walaupun hakikatnya, hmm...

Dan alhamdulillah, dengan gajet jugak, saya boleh tumpukan kepada pengajian PhD saya. Sementara anak berkawan dengan gajet. ;D

Dan beberapa bulan juga berlarutan begitu. Gajet Gajet Gajet. Sampailah saya mula perasan sesuatu yang tak kena dengan behaviour haikal. Tantrum dia lain macam, cara dia menangis lain, semua lain. And luckily, saya ibu yang agak observant.

So saya pun bawa Haikal pergi jumpa child psychiatrist, dan guess what, Haikal was suspected as autistic. And what causes it, was the excessive screen exposure.

Masa tu doctor beritahu tu, jantung saya terus berhenti. Dunia saya gelap. Saya peluk anak saya kuat-kuat. Saya baru sedar apa yang saya dah buat kat anak saya selama ni.

AND THAT WAS MY TURNING POINT.

I quit my PhD, and paid back the scholarship. Dan itu bukan keputusan yang mudah memandangkan saya dah dalam tahun ketiga pengajian. Tapi sebab saya terlalu rasa bersalah, dan nak tebus semula segalanya, maka saya rasa itulah keputusan yang terbaik.

Dan sekarang, bila saya flashback, dan lihat diri saya dan Haikal pada hari ni, alhamdulillah memang itu lah keutusan yang terbaik. :)

Ok sambung cerita tadi, lepas Haikal was suspected by the specialist, Haikal kena buat 3 stages of early intervention di sebuah special school. Dan untuk pengetahuan, early intervention adalah tidak murah.Tapi itu lah yang terpaksa kami lakukan, untuk tebus kesilapan kami dan rawat semula anak kami.

Di special school tu, saya terkejut dan menangis tengok ramaiiiii rupanya anak-anak yang suffer disebabkan oleh excessive screen exposure (pendedahan skrin berlebihan). Ada yang autistic, ada yang saraf tak berfungsi, ada yang muscle & bone problem. Allahuakbar.

Bermula dari situ lah saya mula berhubung dengan ramai child psychiatrist dan tanya mereka tentang ilmu perkembangan kanak-kanak. Saya mula beli macam-macam buku yang berkaitan dan baca.
And some of you yang sedang membaca ni pun mula kenal saya sejak saya mula menulis tentang apa yang saya baca dan belajar dari child psychiatrist. :D

Alhamdulillah.

At least benda ni bukan saje dapat bagi pengajaran kepada saya, tapi juga kepada pembaca blog saya.
Haikal macam mana sekarang? Oh he is doing so well, alhamdulillah!

Macam yang korang boleh tengok di Facebook Page dan Instagram saya, Haikal now is so verbal, active and mempunyai imaginasi yang luar biasa. ;D

Saya bersyukur, sebab Allah sedarkan saya awal, dan saya tak kisah jika kisah malang Haikal ni dikongsikan untuk jadi pengajaran kepada ibu bapa lain.

Sekian tragedi kisah benar yang mungkin boleh buat anda fikir semula dan berhati-hati dalam membuat keputusan yg melibatkan anak-anak.

Kredit: Puan Aidil Rajiah (penulis buku 3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna)
Read More

Kenapa Solat Dhuha??

Kenapa Solat Dhuha??
BERBAHAGIALAH BAGI ANDA YANG SELALU RAJIN SOLAT DHUHA

PERTAMA: Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. 
*"Barangsiapa yang selalu mengerjakan shalat Dhuha niscaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”*(HR. Tarmudzi)

KEDUA: barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah. 
*"Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”* (HR. Hakim)

KETIGA: Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah. *"Barangsiapa yang shalat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah. Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu. Barangsiapa mengerjakannya delapan rakaat, maka Allah tulis dia sebagai orang yang taat. Dan barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di surga untuknya.”*(HR. At-Thabrani)

KEEMPAT: Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha kelak ia akan masuk surga melalui pintu khusus, pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah. 
*"Sesungguhnya di dalam surga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, ‘Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”* (HR. At-Thabrani)

KELIMA: Allah menyukupkan rezekinya. 
*"Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, niscaya Aku (Allah) akan menyukupimu di akhir harimu.”*(HR. Abu Darda`)

KEENAM: Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah. 
*“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat solat Dhuha.”* (HR Muslim).


Jadi, jom kita pakat-pakat solat dhuha :-) Kalau tak mampu setiap hari, seminggu sekali pon tak pa :-)
Read More

Ilmu Mata@Ustaz Harun Din

Ilmu Mata@Ustaz Harun Din
Jika sakit kepala tu pada bahagian depan, ubatnya ialah tidur. Kalau kt atas kpala, ubatnya makan atau minum (air kosong) Dan kalau sakit kepala tu kt bhgian belakang kepala, tu tanda kita stress n kena release stress tu baru boleh ok.

Rawatan utk meningkatkan power of our eyesss.

Ni penting utk org yg matanya lemah, dan juga org lain.Otot mata menderita dari hari ke hari, sbb hari2 berfungsi, kita bangun tidur, mata kita yg function dulu. So, makin hari mata akan kurang power.


Jadi, utk maintain power mata kita dan kekuatan mata, kita kena ikut sunnah dlm solat. Iaitu, kekalkan mata terbuka ketika sujud, melihat titik tengah sejadah. Dan ketika berdiri, fokuskan mata pada titik tengah di sejadah juga.

Ni sebab, bila kita fokus pada titik tengah tu time kita rukuk, otot mata kita akan tekan anak mata kita utk tingkatkan penglihatan dan bila kita bangun, otot tu relax. Dan bila kita sujud pulak, otot mata menguncup sbb jarak antara penglihatan kita dan tmpt sujud tu. Bila kita bangun, otot mata kita akan relax balik.

Solat dgn cara yg betul ni lah akan membuatkan otot dan saraf mata bersenam. Kita boleh praktik sebanyak 17 kali atau lebih kalau kita nak.

Nabi Muhammad (SAW) selalu pesan utk buka mata ketika sujud dan kita selalu tak tahu kenapa.Dan skrg, bukti dari kajian saintis dh ada.Mmg sgt bagus utk meningkatkan kebolehan mata kita. SubhanAllah utk hikmah disebalik membuka mata time sujud ni.
Read More

Ayam Halal@Usahawan MARDI

Ayam Halal@Usahawan MARDI
Sahabat saya adalah seorang yang ada nama dalam industri penternakan negara, tetapi saya berundur... Saya telah lalui 10 tahun pendidikan formal di universiti, 22 tahun dalam industri terutama ternakan ayam.


Hari ini saya ingin membuka pekung industri... terutama ayam daging & lembu. Saya berundur dari industri ayam sebagai orang yang ada nama dengan satu kesedaran...industri ini sangat SAKIT.

Sebagai muslim saya minta maaf jika ada yang belum muslim yang mungkin tersinggung dengan apa yang saya ucapkan ini. Saya dapat buktikan betapa sakitnya industri ayam ini di jalankan.

Ramuan makanannya
Sumber protin yang majoritinya diimport:
- tepung darah
- tepung daging
- tepung tulang
  
Pengesahan sumber bahan ini adalah dari sumber babi. Semasa proses penternakan ada bahan kimia seperti punca arsenic, antibiotik terlarang digunakan secara berleluasa.

Pada 1996 berlaku pembocoran maklumat dan terjadinya isu ayam nitrofuran. Saya berundur dari industri ini secara total pada 1999.

Saya menjalankan kajian apa punca protin yang boleh di bangunkan secara skala komersial yang tidak ada undang-undang mengekang kita.

Ia bermula dengan:

1. Pembiakan ikan guppy biasa - ikan ini lambat dan sekali cycle jumlah tidak banyak.

2. Cacing tanah - sukar degan kerenah media dan penggandaan yang lambat.

3. Selidik larva lalat seperti Chrysomia bezziana (lalat hijau) juga musca domestica (lalat rumah) - masalah yang kita hadapi adalah pencemaran E.coli dan Salmonella pada larvanya sebab memamng tabiat lalat sukakan kotor. (Afrika bangunkan juga larva lalat ini).

4. Kajian penggandaan tikus putih makmal secara besar-besaran untuk tepung protin. Ia juga bermasaalah dengan macam mana nak proses anak-anak tikus dan juga ada punca penyakit yg di bawa.

5. Saya telah lama perhatikan larva BSF (tak tahu nama dan nama saintifiknya). Akhir-akhir ini saya mencari secara giat dalam internet dan jumpa artikel MAGMEAL. Barulah saya tahu dan langsung jumpa dgn geng-geng BSFL ni...

Matlamat & visi saya adalah untuk menukarkan sumber protin dari sisa babi kepada punca yang halal syarak untuk sekurang-kurangnnya makanan saya sekeluarga.

Saya pernah ke dialog JAKIM, JAIS, Halal Hub dalam isu ayam babi di The Palma Hotel, Putrajaya. Dalam dialog itu para pegawai berkenaan bermati-matian tuduh saya sebagai talibarut pihak berkepentingan dalam industri menyebarkan dakyah palsu.

Jawapan balik saya kepada mereka:
Jika saya adalah penyebar dakyah, maka pihak tuan-tuan semua perlu buktikan yang anda betul dengan menguatkuasakan LOGO HALAL JAKIM pada beg makanan ayam komersial.

Bermula dari tarikh itu sampai ke jam wasap ini di tulis BELUM ADA LOGO HALAL DI BEG MAKANAN AYAM KOMERSIAL.

Ayam ini kita suap hari-hari kepada kita, emak kita, isteri kita, anak-anak kita, ustaz-ustaz kita...  

Apa yg saya nampak ialah ada proses kerosakan yang sedang berlaku dalam diri kita iaitu keras hati, sifat tamak haloba membiak, timbul penyakit pelik-pelik.

Saya bersyukur menemui kumpulan ini .

Saya bermula balik dari kursus 27hb Mac lalu, berhempas pulas  menjalankan usaha menggunakan segala sumber yg ada utk merealisasikan BSFL adalah PENGGANTI KEPADA SISA BABI YANG DIGUNAKAN SEKARANG.

Maafkan saya, terpaksa buka cerita ini demi melorongkan matlamat murni ilmu ini bagi faedah ummah. Terima kasih sifu kerana memberi ilmu sifu dan halalkan kepada saya.

Jika kita bergerak dalam skala besar, kita boleh mengubah industri. Jika bergerak dalam skala kecil, kita hanya mampu mengubah makanan keluarga kita.

Saya dah 16 tahun total stop makan ayam komersial semata-mata isu tepung protin dan residu antibiotik yang sangat menakutkan jika tuan-tuan sahabat mengetahuinya.

Ikhlas.
Dr. Saari 

Dip. animal health & production UPM
Doctor of Vetrinary Medicine UPM

Working experience:
1. Ayam Dinding - Perak
2. Perak Meat - Perak
3. TD Poultry - Trg
4. Murni Hatchery - Kel
5. Ayam Organik HPA - Perlis.
6. Sekarang mengasaskan pergerakan muamalat dalam kumpulan sedar ekonomi QC2U.COM
Tolong viralkan semoga lepas tanggungjawab kita 

#copypastewhatsapp

Read More

Qisah Syaitan & Seorang Pemuda

Qisah Syaitan & Seorang Pemuda
Seorang lelaki muda bangun di awal pagi untuk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwuduk dan kemudiannya berjalan menuju ke masjid. Di pertengahan jalan lelaki itu terjatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit sambil membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah dia berganti baju, berwuduk kembali dan berjalan semula menuju ke masjid.

Dalam perjalanan ke masjid, dia terjatuh lagi di tempat yg sama! 

Dia sekali lagi bangkit lalu membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah dia berganti baju buat kedua kalinya, berwuduk dan berjalan lagi menuju ke masjid. 

Dalam perjalanan menuju ke masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali semasa berjalan menuju ke masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu." 

Lelaki muda itu mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid. Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya.

Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya tetap sama. 

Lelaki muda itu bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu tersebut menjawab "Aku adalah Syaitan"

Lelaki muda itu sungguh terkejut..! 
Syaitan menjelaskan ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. 

Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa kamu tidak terjatuh lagi dan sampai di masjid dengan selamat."



Moral of the story: Semakin susah kita nak melakukan sesutau kebaikan, semakin banyak ganjaran yang akan Allah kurniakan kepada kita. Steady dan istiqamah :-)
Read More

Biz Jadi Rezeki

Biz Jadi Rezeki
Salah seorang Ustaz selebriti pesan kepada saya, "buat bisnes jangan lawan fitrah." Dah masuk 3 orang yang cakap demikian. Words dan ayat yang sama. 3 bulan ambil masa nak faham. Sebelum ni, orang pertama sekali yang kata adalah Abah.

Tahun lepas saya masih lagi layan PM sampai tengah malam. Terutama bila dah run FB Ads. Tiap kali Abah ketuk bilik mesti kata, "Tak tidur lagi? Pukul berapa dah ni. Sambung esok pagi."



Hingga Abah tetapkan rules, iphong letak tepi. Setiap malam pergi talaqqi. Adat orang bisnes online, handphone tu lekat sebab selalu terkejar-kejar jawab PM.

Peringkat awal, saya tak faham terma "bisnes biar ikut fitrah." Sibuk nak closed deal walau dah larut malam. Rupanya...

Abah nak ajar bagaimana tanpa jawab PM sampai lewat malam sekali pun rezeki tetap masuk dengan mudah. Kadang tak buat marketing, tup tup PM masuk dan closed deal.

After isyak stop layan PM. Abah suruh tidur awal bangun tahajud. Kerana kejayaan bukan diukur dari segi lewat mana kita tidur usahakan sesuatu, namun seawal mana kita bangun dan mengerjakan yang hak.

Masa awal-awal, kedegak tak mau dengar cakap. Last-last relakan faham dan buat, baru rasa sendiri bagaimana buat bisnes ikut fitrah.

Mungkin duit yang dapat tak banyak, namun ia lebih dari cukup dan berkat. Allah datangkan dari sudut anak-anak tak banyak kerenah serta urusan, fikiran dan hati lapang.

Kita ada masa pergi masjid, diri tenang dan gembira, belajar ilmu bisnes mudah faham hingga tergerak bertindak serta kita buat sikit je dalam bisnes, Allah beri melimpah.

Kita bukan bisnes dengan orang. Kita tengah berbisnes dengan Allah. Utamakan Dia dalam segala hal, yang lain tu jadi mudah. Insya Allah.

#copypastewhatsapp
Read More

Kenapa pulak tak boleh buka Facebook ni?!!

Kenapa pulak tak boleh buka Facebook ni?!!
S
alam perkongsian Ahad. Pernah anda alami situasi ini? Anda on PC atau Laptop. Anda buka browser untuk layari Facebook. Tiba-tiba Facebook tak habis-habis loading atau ada mesej yang menghalang Facebook dari diakses. Anda cuba pula buka google.com, tiba-tiba google pun tak boleh loading...haruu.. Macam-macam dok fikir, kena virus ke, kena malware ke..arghhhh!...

Mungkin anda tak pernah alami lagi, tetapi sekiranya perkara ini berlaku kepada anda, jangan panik. Komputer anda masih sihat. Semua itu bukan gejala virus atau malware, tetapi kerana komputer anda memaparkan waktu dan tarikh yang tidak terkini. Katakanlah hari ini 13/11/2016 06:47 petang, tetapi komputer anda menunjukkan 12/05/2016 04:34 petang atau tarikh dan masa yang lain yang tidak bertepatan dengan masa dan tarikh semasa. 

Kebanyakan laman web telahpun dilengkapi sistem sekuriti untuk melakukan "checkup" masa dan tarikh pada komputer kita sebelum memuatkan atau loading isi kandungan website tersebut. Kenapa perlu ada fungsi ini?..jengjejeng... Jawapannya adalah untuk mengelakkan eksploitasi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ke atas komputer kita. Pernah dengar Y2K? Tanya pakcik google :p

Ok, itu masalahnya. Jadi, apa solusinya? 

Solusinya ialah kerana bateri 3V komputer anda telah pun kong! Bateri ini juga dikenali sebagai bateri CMOS yang berfungsi untuk menjaga masa, tarikh dan semua setting di dalam BIOS. (Pasal BIOS nanti kita cite lain kali ye). Ni bentuknya, macam duit syiling 20 sen.


Mungkin anda dah biasa tengok bateri macam ni kan? Maknanya semakin mudah untuk anda faham la.. :-) Bateri ini digunakan pada Desktop dan Laptop. Notebook pon sama. Standard bagi semua jenis PC menggunakan bateri 3Volt. 

Ni contoh kedudukan bateri 3Volt pada desktop;


Beginilah juga kedudukannya di dalam Laptop. Cuma, sesetengah jenama seperti Compaq dan Dell menggunakan bateri yang di'balut' dan disambungkan ke Motherboard menggunakan 2 atau 3 jalur wayar. 

Jadi, sekiranya PC anda menunjukkan simpton-simpton seperti yang telah disebutkan, periksalah dahulu PC anda sebelum menuduh virus sebagai puncanya :P


Read More

Cara Download Video Dari Youtube

Cara Download Video Dari Youtube
Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah, bertemu lagi untuk rungan Tips & Tricks. pada kali ini kita akan berkongsi mengenai cara yang paling mudah dan simple untuk mendownload video dari youtube. 

Sebagaimana yang kita tahu, youtube tidak membenarkan pengguna untuk mendownload video yang dihostkan oleh mereka. Pengguna hanya dibenarkan untuk "stream" sahaja secara online. 

Walaubagaimanapun, masih baru lagi, youtube telah memperkenalkan satu fungsi baru, iaitu "offline video". Fungsi ini membolehkan pengguna untuk mendownload video tersebut terlebih dahulu dan menontonya kemudian tanpa memerlukan sambungan internet. Best kan?

Tetapi, ada kontranya fungsi ini. Pengguna hanya boleh mendonload melalui aplikasi  youtube sekiranya menggunakan smartphone dan hanya melalui website youtube sekiranya menggunakan komputer. Maksudnya, video tersebut tidak boleh dikongsi melalui media yang lain seperti flash drive.

Jadi, saya akan kongsikan satu kaedah yang saya kira amat mudah untuk kita mendownload video dari youtube dan boleh dikongsikan sesuka hati dengan sesiapa sahaja! Bukan menggunakan youtube downloader atau aplikasi seumpamanya, tetapi dengan cara yang amat simple!!

Inilah yang saya maksudkan. Laman web ini menyediakan perkhidmatan mendownload video dari youtube secara percuma tanpa sebarang had (setakat ini la). Ada juga website lain yang menawarkan perkhidmatan seperti ini, tetapi kebanyakannya meletakkan syarat dan had. Sebagai contoh, hanya 500mb video sahaja untuk satu-satu masa, hanya 20 minit video sahaja untuk satu-satu masa dan mcam-macam lagi. Anda boleh google sendiri.

Baik, kita terus dengan langkah demi langkah yang sangat mudah seperti berikut:
Mudah kan? Ok, sleamat mencuba!!



PERTAMA 
 




KEDUA 




KETIGA


Tahniah, anda berjaya! :-)
Read More

5 Pesanan Untuk Renungan

5 Pesanan Untuk Renungan
 1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.

2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.

3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.

4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau MUHASABAH DIRI.

5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI.
Read More

7 Sunnah Hebat!

7 Sunnah Hebat!
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di Facebook, Blog & WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..
  
Kredit kepada:
Ustaz Don Danial

Read More

Sedih? Baca ni!

Sedih? Baca ni!
Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup. Umpama sebuah lukisan yang indah justeru kerana warna-warnanya yang pelbagai. Bayangkan, jika hanya ada satu warna, lukisan akan kehilangan serinya. Maka begitulah “lukisan” kehidupan manusia. Dilukis oleh takdir Allah dengan pelbagai ujian. Tidak semua yang manis datang bertandang. Ada masanya kepahitan singgah tanpa diundang.

Depani Kenyataan Hidup

Kita hanya hamba, bukan tuan apalagi tuhan dalam kehidupan ini. Selalu sahaja apa yang kita tidak minta, tidak disangka dan tidak dijangka menerjah dalam episod hidup. Walaupun kita sering impikan yang indah-indah. Tetapi yang senang, berjaya dan gembira tidak akan menjadi milik kita sentiasa.



Demikian kenyataan dan sunnah kehidupan. Yang susah, buruk, pahit dan sedih terpaksa kita hadapi. Meski kita tidak mahu, walau sekuat mana kita berusaha dan serapi mana kita merancangnya. Kita terpaksa akur. Pasrah pada satu hakikat; takdir sentiasa mengatasi tadbir.

Namun yang pahit tidak semestinya tidak baik. Bukankah ubat itu selalunya pahit? Tetapi pahit ubat itulah yang menyembuhkan. Begitu juga baja pada tanaman. Baja itu selalunya busuk dan menjijikkan. Tetapi busuk dan jijik pada baja itulah yang menyuburkan dan akhirnya menghasilkan buah.

Lihat yang Tersirat

Tidak semestinya apa yang kita benci membawa keburukan dan apa yang kita suka membawa kebaikan. Firman Allah: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal perkara itu amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal perkara itu amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”(Al-Baqarah 2: 216)

Ilmu kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas. Di sebalik yang kita benci ada kalanya terselit hikmah yang sangat berharga. Misalnya, kalau tidak sakit, bagaimanakah akan kita mendapat pahala sabar? Kalau selalu cukup, bagaimanakah akan kita mendapat pahala qanaah? Kalau tidak gagal dan kecewa, mana akan dapat pahala reda?

Pahala yang didapati hasil sabar, qanaah dan reda inilah yang akan meningkatkan diri seseorang kepada darjat Mukmin sejati. Seorang sahabat bernama Abu Zar pernah ditanya apakah yang paling beliau suka dalam kehidupan di dunia ini. Tanpa ragu beliau menjawab, “aku suka lapar, sakit dan mati.” Apabila ditanya lagi mengapa beliau suka ketiga-tiga perkara itu, beliau menjawab, “aku suka lapar kerana pada waktu itu hatiku menjadi lembut. Aku suka sakit kerana ketika itu dosaku diampunkan. Dan aku suka mati kerana pada saat itulah aku bertemu dengan Allah.”

Itulah sikap orang yang arif dengan Allah. Mereka sering nampak sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Mereka nampak ada mutiara di dalam tiram yang berlumpur. Mereka sentiasa percaya selepas kesukaran itu pasti ada kesenangan.

Besarkan Iman dalam Diri

Cara mereka “mengecilkan” ujian adalah dengan membesarkan iman. Dengan iman kita percaya bahawa apa pun yang ditakdirkan Allah berlaku, pasti ada kebaikannya. Sangka baik dalam hati akan “memperbaiki” apa yang dilihat buruk oleh mata dan difikirkan negatif oleh akal.

Percayalah hati kita umpama bumi. Kadang kering-kontang, panasnya membahang. Kadang sejuk dingin apabila hujan menyiram. Selang-seli ini terus datang dan pergi, berulang-ulang. Alangkah dungunya bagi yang mengharap hujan memanjang tanpa ada panas membahang. Juga yang mengharap hanya ada panas membahang tanpa hujan bertandang.

Inilah dunia. Inilah jiwa. Selang-seli rasa umpama pergiliran cuaca. Tidak ada yang kekal, semuanya sementara. Segala yang sementara hadapilah dengan sederhana. Pada sukar ada sabar. Apabila sabar muncul syukur. Pada syukur itulah bahagia. Bahagia di hati. Kata orang arif, itulah permulaan syurga! 

Kuatkan Jiwa Hadapi Pancaroba

Kita mesti mempunyai jiwa yang kuat untuk menghadapi pancaroba hidup. Untuk itu iman perlu disuburkan selalu. Hidup mesti dipenuhi aktiviti-aktiviti membina dan memperkuatkan iman. Dosa, maksiat dan kemungkaran hendaklah dijauhkan. Jika tidak, percayalah kita akan menderita dengan pelbagai masalah jiwa. Percayalah tidak akan ada ketenangan dengan menderhakai Allah. Justeru beribadah sebanyak-banyaknya sehingga kita letih dan tidak ada daya lagi untuk melakukan maksiat.

Tekanan jiwa, rasa kekosongan, kemurungan adalah akibat langsung daripada lemahnya iman. Apabila iman lemah ketahanan diri dalam menghadapi hidup turut lemah. Apabila yang didamba tidak berlaku maka jiwa akan memberontak atau tertekan.

Dia seolah-olahnya mahu jadi “tuhan” yang menentukan hitam putih hidupnya. Padahal pada kita hanya usaha, pada Allahlah segala ketentuan. Apa yang berlaku akan tetap berlaku. Jangan mengharap air hujan naik ke langit!

Yakin Ada Sisi Indah

Jangan cuba mencapai sesuatu di luar kemampuan dan kuasa. Mana mungkin semua berlaku mengikut ketentuan kita! Sedangkan para nabi dan rasul dan para kekasih Allah pun terpaksa berdepan dengan kesusahan dan penderitaan apatah lagi kita.

Nabi Zakaria dan Nabi Yahya lagikan dibunuh, apatah lagi kita, manusia yang penuh kesalahan dan kelemahan. Jadi, bangunlah, dan hadapilah tentangan.

Percayalah layang-layang hanya akan naik dengan menentang angin. Maka begitulah seharusnya kita. Dengan ujian, kita akan mara ke hadapan. Pahit, masam, manis dan tawar. Itulah asam garam kehidupan. Yang penting apa yang berlaku di dalam diri kita. Yakni di dalam hati kita sendiri. Pastikan di situ ada iman dan sentiasa mengingati Allah. Bukan sekali-skala tetapi dengan sebanyak-banyaknya. Sentiasa ada sisi indah pada setiap ketentuan dan ujian Allah. Namun apabila hati jauh daripada Pencipta, segala yang dilihat hanyalah keburukan.

Dekatkanlah hati kepada Allah, insya-Allah segala yang dilihat, dihadapi dan dirasai akan menjadi indah. Apabila hati beriman, tidak ada yang dilihat oleh mata, melainkan keindahan!
Read More

Pelayar Web Mesra Syariah: Salam Browser

Pelayar Web Mesra Syariah: Salam Browser
Apa yang paling penting, MADE IN MALAYSIA! Tahniah diucapkan atas usaha membangunkan browser ini yang berasaskan Chromium. Dalam bahasa mudahnya, browser ini adalah 'chrome based'.


Yang menariknya pasal browser ini, hampir segala jenis website lucah, porno dan keterlaluan telahpun ditapis daripada diakses. Saya sendiri dah cuba buka website-website tersebut menggunakan browser ini (untuk tujuan pengujian), ternyata amat berkesan!!


Pendapat saya, bagi ibu bapa yang nak kawal akses internat anak-anak di rumah, saya galakkan untuk install browser ni dan uninstall semua browser lain. Tidak akan timbul 'compatibility issue' kerana browser ini berasaskan Google Chrome. Bezanya, browser ini dipertingkatkan dengan kebolehan untuk mengenalpasti dan menghalang laman-laman sesawang yang tidak beradab!


Selain itu, browser ini juga menawarkan fungsi penjimatan data yang boleh meminimumkan penggunaan data sewaktu malayari internet. Fungsi tersebut dinamakan 'mampatan'. Fungsi ini juga sedang dipopularkan sekarang oleh samsung smartphone dalam keluaran terbaru gadjet mereka. Untuk pengetahuan umum juga, browser chrome yang sedia ada juga sudah diimplementasikan fungsi ini.


Teringat suatu ketika dahulu, sebuah enjin carian mesra Islam pernah dilancarkan, namanya Al-Wahy. Oleh kerana tiada sokongan daripada pengguna, akhirnya lenyap begitu sahaja. Saya sendiri telah mencuba enjin carian tersebut.


Berbalik kepada Salam Browser, saya doakan agar usaha ini mendapat sokongan orang Islam sendiri terutamanya. Sudah tiba masanya untuk kita bimbang tentang masa depan anak bangsa kita sekiranya kita sendiri tidak memberi arah yang betul di alam maya. Anda download dan cuba sendiri fungsi yang ada pada Salam Browser. InsyaAllah, sangat efisyen!


Anda boleh lihat sendiri di laman rasmi Salam Browser: www.salambrowser.com


p/s: Dulu pernah ada SIMCARD Islamik, Salamfon. Tapi lenyap terus hingga kini! Sebab apa? cubalah google, kalau jumpa keyword 'maxis', betul la tu, Baca sendiri kisah penganiayaan maxis terhadap salamfon. Selamanya, orang-orang yang tidak beriman akan memusuhi orang yang beriman kepada Allah dah hari akhirat!
Read More

Fateh berkhatan!

Fateh berkhatan!

Ini muka irfan al-fateh sebelum berkhatan. Muka belum matang. Muka sekarang dah matang..hehehe Kami pilih Hospital Ampang Puteri sebagai pilihan untuk Fateh berkhatan. Alhamdulillah, doktor yang sangat peramah, sangat-sangat peramah. Sebelum dikhatan, doktor briefing dulu. Siap lukis atas kertas gambar 'bebird' sekali dengan gambaran setelah dipotong. Mantap doktor ni!

Hampir 1 jam lebih menunggu barulah fateh masuk ke labour room memandangkan pada hari tu ada 8 boys yang bersunat bersama. Seyesly labour room tu agak menakutkan, macam bilik bedah! Hampir 15 minit jugak proses memotong bebird tersebut. Dan..fateh akhirnya menangis jugak..hahaha. 
Dan akhirnya, Alhamdulillah, Fateh dan jadi anak bujang abah! :P Total cost adalah RM400++. Doktor dah bagi tau, sunat baby memamng agak 'tricky', sebab tu bayarannya pun trick jugak :P Sepanjang perjalanan balik dari hsopital, Fateh merengek je..agak serabut jadinya. Sampai je kat umah, masukkan dalam buai, Fateh tetap jugak merengek 2,3 kali. 

Esoknya, semua rengekan hilang! Fateh dah boleh senyum dan mandi seperti biasa. Doktor ada bekalkan ubat deman takut Fateh demam. Dengan kuasa Allah, Fateh memang tabah, tak demam, Alhamdulillah :-)

Sekian, secara rasminya, kami dah ada seorang anak bujang!!
Read More

Isteri @balikkampung

Isteri @balikkampung
Siap-siap nak balik kampung. Tengok bidadari tercinta dah siapkan pakaian keluarga. Bagaimana ada orang boleh tak sayang dan hargai isteri? Bagi kita lelaki, pakaian cuma pakaian. Bagi wanita, pakaian ni ada puluhan cabang dan ratusan rantingnya.

Kita sebagai suami, bila tak faham kita kata :"sayang nak balik kampung ke nak pindah?" Macam Raja, semuanya disiapkan. Start kereta dan jalan..cian isteri dah penat-penat uruskan semuanya...patut tolong picit kaki mereka. Urut mereka penat..hee

Isteri diam jer. Dah berhari siapkan pakaian nak balik kampung. Bila sampai kampung suami tanya mana pakaian abang yang ini? Isteri kata tertinggal. Macam mana boleh tertinggal. Hehe..

Suami kena buat-buat sibuk juga masa isteri kemas pakaian. Jangan bertenang sangat atau paling penting jangan marah. Bila isteri tanya tolong bantu cari. Atau paling kurang yang ni nak pakai hari kedua ke sayang. Cukup ke baju anak ni..

Erti pakaian buat seorang isteri. Bagi Isteri dah siapkan baju anak mana. Baju ayah mana. Pakaian di rumah. Pakaian berjalan. Pakaian tidur. Jangan anak kena gigit nyamuk lengan panjang pendek, berlubang tak berlubang, warna cerah warna gelap. Hari raya pertama baju apa. Tengah hari raya mana baju anak. Raya kedua mana. Raya ketiga mana. Sama dari tudung sampai stokin. Supaya semua nampak cantik jer..kasut anak. Stokin anak. Tudung anak. Bantal busuk anak-anak. Belum kira bantal suami dan bantal sendiri. Tu belum kira malam raya anak dah try semua baju..ayah kata takperlah biarlah..cian anak tu..
Bila saya tengok ayah saya kemas bajunya dalam beg. Saya rasa nak menangis. Bantu mana yang patut. Tapi tak sama sentuhan seorang isteri atau ibu. Serius kemas baju nak balik kampung pun kena ada seni.

Kadang-kadang seorang mak sibuk kemas baju anak-anak. Kemas baju suami. Bajunya sendiri tertinggal. Dia sendiri tak sempat kemas.

Balik kampung pastikan pampers anak. Susu anak. Dulu tak pernah sedar semua tu. Sebab tu dalam hadis Nabi saw orang yang rumahnya dekat dengan rumah Nabi saw ialah orang yang berakhlak dan berbuat baik kepada isteri. Keluar rumah baca doa bismilllahi tawakkaltu Alallah. La hawlawala quwata illah billahil aliyilazim. Riwayat Tirmidzi. Siapa baca ini Allah jaga dia, cukupkan rezeki, jauhkan syaitan, dia dipimpin Allah..Baca 5 surah 6 bismillah. Baca doa naik kenderaan.

Ya Allah di akhir Ramadhan ini kami pohon kau ampunkanlah ibubapa yang kami sayangi. Ya Allah ampunkan dosa isteri yang kami cintai. Sayangi dan kasihilah semua ahli keluarga kami. Mudahkanlah, selamatkkanlah, berkati, lindungi perjalanan setiap ahli keluarga kami dan semua manusia di dunia ini.

Penghargaan: FB Ustaz Ebit Lew

p/s: Kalau baca post Ustaz Ebit Lew. mesti akan timbul rasa muhasabah yang sangat dalam!

Read More

Adab menyambut Aidilfitri

Adab menyambut Aidilfitri

Alhamdulillah, kita semakin berada di penghujung madrasah Ramadan pada tahun ini. InsyaAllah, esok kita akan menyambut hari raya. Jom baca adab-adab menyambut hari raya!

1. Bila dengar pengumuman raya, kalau jatuh pada esoknya, teruslah bertakbir raya. Kalau jatuh pada hari berikutnya, takbir bermula selepas maghrib. Banyakkan bertakbir pada malam tersebut sehingga selesai solat raya. Untuk wanita, boleh takbir setakat pendengaran sendiri.

2. Banyakkan berdoa pada malam raya. Doa pada malam ni sangat mustajab. Jangan suka menyebut perkara-perkara yang negative atau menyakitkan hati orang lain.

3. Zahirkan kegembiraan untuk menyambut hari raya. Hiasi dengan bertahlil dan bertahmid.

4. Berikan kegembiraan kepada orang terutamanya ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa mertua juga perlu dilayan seperti ibu bapa sendiri  Bagi yang tidak dapat berhari raya bersama atas sebab-sebab yang benar-benar tidak dapat dielakkan, telefon lah mereka. Sebaik-baiknya balik raya

5. Jangan ada perkataan atau perbuatan yg menyakitkan hati orang lain terutamanya kepada suami/isteri dan anak-anak.

6. Mengucapkan doa sesama muslim semasa berjumpa dengan ucapan 
“Taqabballahuminna hu waminkum” 
dan dibalas dengan ucapan “Minna hu waminkum thabhalyakarim”

7. Minta ampun kat mak ayah. Pada malam raya pun boleh. Cium tangan (mulut cium tangan, bukan dahi cium) dan cium /peluk lah mak ayah.

8. Mandi sunat hari raya dan memakai pakaian yang cantik. Ada 4 jenis mandi sunat di samping mandi sunat hari raya aidil fitri iaitu hari raya aidil adha, hari arafah dan hari jumaat.

9. Sebelum langkah keluar utk solat, sarapan dulu. Nabi mkn kurma dengan jumlah yg ganjil dan minum air.

10. Disunatkan untuk Solat aidilfitri. Bagi wanita yang uzur, sangat digalakkan untut turut ke masjid. Untuk mendapat mustajab doa imam dan mendengar khutbah utk peringatan. Sangat rugi kalau x pergi.

11. Pergi jalan lain, balik jalan lain. Kalau naik kereta, parking jauh sikit dari masjid supaya dapat melangkah lebih banyak ke masjid.

12. Gunakanlah Aidilfitri untuk bermaafan. Allah lembutkan hati pada masa tu. Allah ampunkan kita takan kita tak bleh ampunkan org lain. Kalau hati terus keras untuk memaafkan, maknanya ada sesuatu dalam hati kita yang tidak ok.

13. Gunakan Aidilfitri untuk ziarah menziarahi. Jgn tengok wayang atau buat hal lain. Hormatilah Allah dah bagi eidul fitri

14. Berikan hadiah sebagai memberi kegembiraan kepada orang lain terutamanya ibu bapa dan keluarga.

15. Jangan bezakan tetamu. Tetamu dtg bw rezeki dan rahmat,.keluar bawa dosa2 kita. Dapat keampunan dr Allah. Lagi ramai tetamu yang datang, banyak rahmat Allah yang masuk. Jangan bezakan tahap tetamu x kira kanak-kanak atau dewasa. Biarlah berapa kali pun kanak-kanak yang sama, dia masih tetamu kita. Layan sebaik-baiknya.

16. Puasa enam. Puasa sekali ngan qada pun boleh. Qada dulu, enam lepas tu pun boleh. Enam dulu, qada pun boleh.

Tanda ramadan berjaya :
1. Menjaga masa dalam ibadah.
2. Nikmat dalam ibadah
3. Bertambah baik dgn hubungan org lain. 
4. Rasa bertambah baik kepada fakir miskin. Klu ada org minta sedekah, tanda Allah datangkan kpd kita.
5. Rasa bertambah syukur kepada Allah swt.
Read More

6 kesalahan tidak dikompaun!

6 kesalahan tidak dikompaun!
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang mengenakan tindakan mahkamah terhadap pengguna jalan raya yang didapati melakukan enam kesalahan jalan raya sepanjang pelaksanaan Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2016 bermula hari ini hingga 13 Julai nanti.

Enam kesalahan itu adalah gagal mematuhi lampu isyarat; memotong di garisan berkembar; memandu di lorong kecemasan; memotong barisan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan tidak membenarkan kenderaan lain memotong.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JPJ, Datuk V Valluvan Veloo berkata, langkah itu dicadangkan berikutan tindakan mengenakan kompaun terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan itu didapati tidak lagi efektif.

Beliau berkata, cadangan berkenaan akan dibawa kepada pihak pengurusan tertinggi JPJ untuk dibincangkan dan diputuskan.

“Saya akan membawa perkara ini kepada Ketua Pengarah JPJ dan membincangkan kelulusan cadangan itu, apabila keputusan dibuat, JPJ akan memaklumkannya dalam masa terdekat.

“Cadangan ini dibuat kerana JPJ merasakan tindakan mengenakan kompaun sebelum ini tidak lagi efektif kerana pengguna jalan raya masih tidak sedar,” katanya dalam sidang media Op HRA 2016 di Terminal Bersepadu Selatan hari ini.

p/s: Undang-undang ni dah pun dikuatkuasakan. Jadi, pandu cermat, jiwa selamat, duit pun selamat. Rancang perjalanan anda dengan bijak!

Penghargaan: BERNAMA
Read More

Cara Solat Taubat yang ringkas. Jom amalkan!

Cara Solat Taubat yang ringkas. Jom amalkan!
Tahniah kerana anda sedang membaca artikel ini. Orang yang klik perkara baik seperti ini, mudah-mudahan diberikan hidayah oleh Allah untuk menjadi lebih baik. Bayangkan, dari banyak-banyak artikel di Internet ini, anda tergerak untuk membaca tentang cara solat taubat. Bukankah itu satu petanda baik? Bukankah Allah sedang ingin membantu kita?

Tidak dapat dinafikan, sebagai manusia, kita sememangnya selalu melakukan kesilapan. Namun, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jika Allah gerakkan hati kita untuk mencari panduan dan cara solat taubat, sudah tentu ini satu langkah kecil untuk perubahan yang lebih besar.

Jika dikenang dosa yang lalu, rasa kerdilnya diri kita di sisi Allah. Ada yang pernah melanggan pelacur. Ada yang berdua-duaan sebelum kahwin. Ada yang bersekedudukan dengan suami orang. Ada yang pernah bersama isteri orang. Ada yang pernah gugurkan kandungan. Ada yang menyesal melakukan zina berulang-ulang kali.

Ada pula yang sesal kerana kurang ajar dengan ibu-bapa, yang kini mungkin sudah meninggal dunia. Ada yang berantakan kerana harta peninggalan dan putus saudara. Ada yang minum arak dan sesal dengan perbuatan semasa muda dahulu. Ada isteri yang menipu suami. Ada suami yang sanggup berdusta dengan isteri. Ada rakan sekerja yang sanggup tikam belakang dan memburukkan rakan lain. Terlalu banyak jika mahu disenaraikan disini.

Tidak kira apa sahaja dosa yang kita lakukan, samada kecil atau besar, mohonlah keampunan dari Allah. Apa yang kita perlu buat ialah ikhlaskan hati dalam memohon ampun pada Allah. Tidak cukup dengan itu, perlu belajar cara solat taubat agar kita rasa lebih dekat dengan Allah.

Sila rujuk gambar di bawah yang diperolehi dari JAKIM. 






Mungkin masa mula-mula buat, kita rasa sedikit terbeban. Tetapi, bila dah selalu buat, InsyaAllah, amalan ini akan jadi amalan yang sangat ringan seolah-olah solat sunat qobliyyah 2 rakaat.

Jom sama-sama amalkan!

Penghargaan: www.siraplimau.com [website yang sangat berinformasi positif]
Read More

7 perangai ayah yang paling ditiru oleh si anak!

7 perangai ayah yang paling ditiru oleh si anak!
“Alahai… Moleknya perangai anak, tak ubah macam bapanya.”

Perasankah anda, perangai ibu atau bapa sering dikaitkan dengan perangai anak. Mana tidaknya, sepanjang kita menjadi ibu atau bapa, setiap pergerakan kita diperhatikan oleh mata-mata kecil. Sebab itulah, secara automatiknya, kita juga akan berkelakuan lebih ‘elok’ di hadapan anak-anak.

Tertarik dengan sebuah artikel hasil penulisan Mike Berry menerusi The Good Men Project, yang mengupas tentang hal ini daripada perspektif lelaki.

Sebagai seorang bapa, beliau melihat 7 perangai atau tabiat seorang suami yang paling mudah ditiru oleh anak-anak.

1) Cara anda melayan ibunya
Biasanya ibu adalah insan yang paling rapat dengan anak. Oleh itu, jika anda berlemah lembut, memberi semangat, penyayang, memanggil dengan panggilan hormat, anak-anak akan lebih menghargai ibu mereka.

Tetapi, jika anda sering memperkecilkan kebolehan isteri, bersikap kasar, dan selalu bercakap tanpa memikirkan perasaannya, perangai anak akan lebih cenderung ke arah yang sama.

2) Cara Anda Menguruskan Kewangan

Mungkin anak kecil kurang memahami jika anda sering dibebani hutang. Namun, mereka dapat mengenalpasti cara anda berbelanja bermewah-mewahan. Ini akan mengakibatkan mereka kurang memahami nilai wang hingga dikelilingi hutang keliling pinggang apabila dewasa.

Sebaliknya, apabila anda cermat, sentiasa membuat perancangan, dan membuat simpanan, anak-anak semestinya akan lebih berhati-hati dalam meminta sesuatu. Malah, mereka akan lebih bijak menguruskan kewangan sendiri.

3) Cara Anda Bercakap Dengan Orang Lain

Tidak kiralah di mana atau dengan siapa anda berada, percayalah anak-anak ini sering memerhati. Sekiranya anda bersikap buruk terhadap pelayan restoran atau penjaga kaunter di tandas awam, mereka juga akan meniru cara anda menghina mereka.

Apabila anda memberi senyuman ikhlas dan beradab terhadap orang sekeliling, perangai anak turut akan terkesan.

Malah, mereka belajar untuk lebih bijak dalam menghormati dan pandai bersimpati.

4) Cara Anda Mengikut Undang-undang

Kadangkala kita tidak menyedari bagaimana kita mencarut atau memaki hamun pemandu lain di jalan raya. Ada juga yang memperlekehkan polis yang sedang membuat ‘roadblock’ di tepi jalan. Ini semua akan memberi impak kepada anak-anak.

Tetapi, kadangkala jika anda tidak sengaja, pastikan anda tidak lupa untuk menerangkan kepada mereka supaya tidak mencontohi sikap ini.

5) Cara Anda Mengotakan Janji

“Ok lah, nanti kita beli mainan ini lain kali.” “Baiklah, nanti kita pergi taman kalau dah siap kerja sekolah .”

Tapi, sampai ke sudah kita tak tunaikan janji. Integriti sangat penting kerana anak kecil perlu mempercayai ibu bapanya sebelum mempercayai orang lain.

Oleh itu, jangan berjanji jika ianya berat untuk dikotakan. Walaupun anak-anak masih kecil, mereka tahu bila anda menipu.

6) Cara Anda Menjaga Penampilan

Kita perlu menjaga aurat di hadapan anak-anak. Tidak kiralah lelaki atau perempuan, mereka akan terikut-ikut dengan kebiasaan anda menanggalkan pakaian, berseluar pendek, atau memakai pakaian selekeh semasa di rumah.


Jika anda sering menyajikan mereka dengan ‘junk food’ atau ‘fast food’, mereka akan ketagih dengannya sejak kecil. Sebaliknya, jika mereka dibiasakan dengan masakan sihat di rumah, tentulah mereka akan terbiasa dengannya.

Jika anda rajin bersenam, mereka akan bergembira dan bersemangat apabila melakukan aktiviti luar. Tetapi jika anda malas dan lebih suka menonton televisyen, jangan marahkan mereka jika mereka suka menonton kartun!

7) Cara Anda Menolong Orang Lain

Jika anda tidak pernah menyuburkan harta anda dengan bersedekah atau menderma, tentulah anak-anak akan berasa asing untuk melakukannya.

Tetapi, apabila anda rajin bersedekah atau membuat kerja-kerja amal, bawalah anak-anak sekali supaya mereka tahu erti kesusahan.

Paling mudah yang anda boleh lakukan adalah mengajak anak mengisi duit dalam tabung masjid atau mereka yang meminta sedekah di tepi jalan. Jadikan ianya tabiat setiap kali keluar rumah.

Perangai Anak Cerminan Diri Kita

Jika anda hayati, sebenarnya anak-anak ini lebih terkesan dengan perbuatan kita berbanding nasihat yang diberikan kepada mereka dalam bentuk lisan.

Ramai daripada kita yang tak perasan bahawa kita kadangkala menghukum anak-anak atas kesalahan yang kita sendiri lakukan, sama ada secara jelas atau sembunyi.

Oleh itu, muhasabahlah diri dan cuba perbaiki diri dalam proses membesarkan anak-anak. Mereka sentiasa memerhatikan kita!

p/s: Teringat pesanan sayyidina Umar yang begitu memberi erti kepada kehidupan berkeluarga; "hadiah terbaik daripada seorang ayah kepada seorang anak ialah menyayangi ibu kepada anak tersebut". Walaupun Umar terkenal dengan ketegasan, belaiau hanya berdiam diri ketika dibebel oleh isterinya di rumah. Bukan kerana dayus, tapi kerana beliau ingin memberi kepuasan hati kepada isterinya kerana dengan membebel, seseorang wanita akan berasa puas kerana lumrah seorang wanita adalah bercakap :P

Penghargaan: www.siraplimau.com





Read More

5 Tips mudah meraih pahala Ramadan!

5 Tips mudah meraih pahala Ramadan!
Sabda Nabi S.A.W di dalam satu hadis Qudsi yang mafhumnya: Setiap amalan anak adam akan diberikan 10 hingga 700 kali ganda pahala bagi setiap amalannya kecuali puasa, puasa itu untukku (Allah) dan aku sendiri akan memberikan pahala untuk puasa tersebut. 

Jadi, untuk memudahkan kita meraih pahala yang berlipat kali ganda tersebut, jom sama-sama kita amalkan 5 amalan mudah di bawah:

1) Senyum

Latih diri untuk sentiasa tersenyum. Senyum iu juga satu sedekah yang sangat mudah untuk dilakukan. Dari sudut kesihatan, senyum akan membuatkan muka kita lebih awet muda kerana senyum akan merangsang urat saraf muka agar sentiasa aktif.

Selain itu juga, senyum itu adalah tanda bagi orang yang bersabar. Kalau kita nak tengok 'rupa' sebenar seseorang, maka buatlah dia marah. Kalau dalam marah dia masih tersenyum, itu tandanya dia adalah seorang yang sabar. Tapi jangan buat sampai di mengamuk dah la ye :p

2) Bersahur

Kata nabi, waktu sahur itu ada barakahnya yang tersendiri. Waktu yang terbaik untuk sahur adalah sela masa sebelum azan subuh dengan kadar bacaan ayat al-Quran sebanyak 50 ayat. Kalau kita sahur pukul 12 malam, tu bukan sahur namanya..:P 

3) Berbuka tepat pada waktunya

Berbuka tepat pada waktunya bermaksud berbuka sejurus selepas azan maghrib kedengaran. Itu adalah sunnah yang sepatutnya diamalkan. Makanan yang terbaik untuk mula berbuka ialah 3 biji kurma. Sekiranya tak ada 3 biji kurma, maka berbukalah dengan segelas air. Tak salah kalau nak mulakan berbuka dengan nasi kerabu, cuma tak ikut sunnah la..:p

4) Solat Tarawikh

Solat tarawikh sangat istimewa kerana hanya boleh dikerjakan dalam bulan Ramadan sahaja. Amalan wajib pun dan berlipatkaliganda pahalanya, apatah lagi amalan sunat. 

5) Membaca Al-Quran

Ramai yang beranggapan kalau nak baca quran, kena duduk atas sejadah, dalam surau, dalam masjid. Tapi sebenarnya, kat mana-mana pon kita boleh baca quran. Baca surah-surah yang kita dah hafaz, Sebagai contoh, waktu tunggu traffic light nak hijau, boleh baca surah al-Ikhlas. Waktu tunggu berbuka, boleh baca surah an-Nas. Walaupun surah-surah tu pendek, tapi dalam bulan Ramdan ni pahalanya berlipatkaliganda!!



Jom sama-sama kita amalkan!
Read More