Volkswagen tipu??


Lembaga Sumber Air California mendedahkan pengeluar kereta Volkswagen menggunakan perisian tersembunyi untuk mengaburi unit ujian kawalan pencemaran Amerika. Volkswagen didakwa memasang perisian tersembunyi pada 2-liter enjin diesel empat silinder.

Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat dan Lembaga Sumber Air California, perisian itu hanya dihidupkan ketika ujian kawalan pencemaran dalam makmal dan dimatikan semasa pemanduan sebenar.


"Kami mendapati apabila kenderaan tersebut berada di atas jalan, ia berfungsi berbeza dari ujian yang kami jalankan di makmal ujikaji iaitu ia mengeluarkan lebih banyak asap" kata Jurucakap Lembaga Sumber Air California, John Swanton.

Kesan daripada itu, 482,000 unit Volkswagen keluaran 2009-2015 mengeluarkan sehingga 40 kali lebih banyak asap nitrogen oksida melebihi had yang dikenakan undang-undang AS.

Volkswagen turut mengakui peranti  kawalan pencemaran itu dipasang pada 11 juta kenderaannya di seluruh dunia. Pekerja Volkswagen di Jerman enggan memberikan komen berkenaan skandal pelepasan ujian asap.

Menurut penduduk di lokasi kilang Volkswagen di bandar Wolfsburg, skandal tersebut dikhuatiri akan turut memberikan kesan kepada ekonomi tempatan.
"Volkswagen syarikat yang sangat penting bagi rantau ini. itulah sebab mengapa orang berhati-hati di sini sekarang. Masyarakat dan syarikat di rantau ini juga amat berhati-hati sekarang."

"Namun, saya rasa keadaan di sini kekal tenang kerana mereka sudah biasa dengan ketidatentuan ekonomi. Kami bersedia tapi pada masa yang sama, kami bersikap positif untuk masa hadapan," kata salah seorang penduduk yang enggan namanya didedahkan.
Kejayaan Volkswagen telah menyumbang kepada pertumbuhan pasca perang Jerman barat di bandar Wolfsburg. Di bandar itu lebih setengah daripada penduduknya bekerja di kilang Volkswagen.

Credit: Astro Awani


Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat