Jerebu lagi...


Jam menunjukkan pukul 7.10 pagi. Jerebu di pagi Sabtu ni agak merunsingkan aku. Kelihatannya keadaan jerebu tidak bertambah baik. Isteriku masih lagi batuk-batuk dan sakit tekak. Ini gambar suasana jerebu yang aku capture dari tingkat 8, melalui tingkap bilik 'pejabat mini" aku, hehehe :p
 
Perhatikan gambar di atas, ada satu titik cahaya dalam jerebu tu. Itu adalah stesen Petron. Dah tak nampak rupanya, cahaya lampu je yang tersembul!

Pernah tak kita terfikir, kenapa saban tahun Allah datangkan jerebu sebegini?.. Pembakaran hutan itu hanyalah asbabnya. Kita kena fikir, kenapa semua ini berlaku. Mafhum kata Allah di dalam Al-Quran, bumi ini asalnya cantik dan indah, manusialah yang merosakkannya. 

Hanya kerana keuntungan, hutan sanggup dibakar untuk mengurangkan kos pengurusan. Ketahuilah, bila dah banyak sangat 'bala' yang Allah datangkan, itu maknanya negara kita belum lagi menjadi 'baldatun toyiibatun wa rabbun ghafur'. Allah sendiri berfirman, negara yang diurus tadbir dengan amanah dan baik akan mendapat rahmat dan pengampunan daripada Allah.

Bermakna, Allah akan jaga sesebuah negara itu apabila pemimpin dan rakyatnya menjalani kehidupan mengikut landasan yang telah Allah tetapkan. Itu janji Allah dan Allah tidak sesekali memungkiri janjinya.

Nampak gayanya hari ni kena pakai mask! :-)



Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat