Disapa dan Teruja!


Agak lewat aku ke masjid pada hari ni. Sewaktu enjin kereta dihidupkan, aku mengerling jam pada Head Unit(HU), sudah pukul 1.04 petang. Segera aku memecut ke masjid. Ada hal yang menjerut kakiku di sekolah, terpaksa diselesaikan dengan pantas, risau kerterlaluan lambat untuk solat jumaat.

Aku membawa bersama 2 orang pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan kertas akhir PSRA pada hari ini. Mereka tidak pulang ke rumah kerana khuatir akan lambat memasuki dewan peperiksaan. Jadi, guru-guru la yang bertanggungjawab membawa mereka untuk solat Jumaat :-)

Tepat aku menjejakkan kaki di gerbang masjid, azan berkumandang...tak dapat dah la pahala besar.. :-( Tak pa la, nak buat macam mana..redha.. Aku terus meluru ke tempat wudhu'. Niat awalnya nak terus berwudhu', tiba-tiba niat bertukar, nak ke tandas pula.. :P

Tandas agak sesak dengan para jemaah, sampai kena beratur. Tandas Masjid Bandar Tun Hussien Onn memang bersih. Suasana dalamnnya juga selesa. Sambil beratur, aku teringat kembali apa yang berlaku di sekolah tadi..kusut fikiranku. Hal manusia memang sukar diduga, getus hatiku...

Sedang aku mengelamun sendirian, tiba-tiba lenganku dicuit. Aku menoleh ke kanan. Terdengar sapaan mesra "ustaz.." Terkejut aku, rupa-rupanya seseorang yang aku segani dalam diam (lebih kurang macam secret admire la :P ) menyapa aku. Dia adalah blogger, www.denaihati.com.

Anaknya salah seorang pelajar tahun 6 yang bersekolah di tempat aku mengajar. Juga adiknya yang berada di tahun 5. Dalam keterpegunan, aku cuba mengawal perasaan, cuba untuk senyum. Lantas aku membalas sapaannya "bila balik?.." Dia menjawab kembali "Selasa lepas". Kemudian dia terus berlalu dengan senyuman..

Hilang kekusutan aku tadi. Terkejut dan terpegun sebentar :-) Sejujurnya, selalu juga aku melihatnya di kawasan sekolah, tetapi tiada keberanian untuk memulakan sapaan.

Aku tersenyum sendiri...mungkin Allah nak bagi kekusutan yang menyelirat dalam fikiranku terurai agaknya...

Terima qaseh ya Allah :-)

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat