Babylon!


Alhamdulillah, aku diizinkan Allah untuk menghabiskan bacaan sebuah buku kecil dengan kapasiti 180 muka surat pada hari ini. Sesuatu yang menarik pada hari ini :-) Sebuah buku yang aku sangkakan sejarah, rupa-rupa mengenai perancangan kewangan berdasarkan sejara penduduk kota Babylon. Sangat menarik, strategi perancangan kewangan yang diilhamkan melalui kisah-kisah kehidupan penduduk Babylon pada waktu kemegahannya.



Sedikit latar belakang Babylon. Bermula dengan sebuah negara padang pasir yang sangat kurang kehidupan hijau, yang ada cuma rumput-rumput renek yang tegar berjuang menruskan hidup. Hanya sebatang sungai yang sebagai sumber air. Tetapi, dengan izin Allah, mereka diberi kebijaksanaan untuk mengeksploitasikan alam semulajai sehingga bertukar menjadi taman-taman hijau yang subur dengan hasil pertanian! 

Dilakarkan juga dalam sejarah, penduduk Babylon sangat aktif berdagang dan sangat hebat di dalam pengurusan kewangan. Sehingga ramai saudagar-saudagar kaya lahir di sana. Antara kehebatan Babylon, kota mereka terkubu dengan tembok setinggi 15 tingkat bangunan, Selain infrantari yang gagah dan hebat, Babylon juga terkenal dengan persenjataan yang canggih pada ketika itu. Sehingga pembuat lembing turut diganjari oleh pemerintah. 


Berbalik pada buku tadi, kisah yang dikongsikan adalah fokus kepada perancangan kewangan yang betul di dalan kehidupan. Sehinggakan seorang hamba yang dikelilingi hutang boleh membebaskan dirinya dari kancah itu dengan teknik pengurusan wang yang diamalkan oleh penduduk Babylon! Satu anugerah Allah kepada mereka.

Rumusan daripada buku tersebut, ada tiga langkah untuk menguruskan wang dalam hidup. Pengurusan yang betul, gaji setiap bulan wajib dibahagi kepada tiga bahagian:

1- 1 per 10 untuk simpanan wajib
2- 2 per 10 untuk membayar hutang pinjaman kereta dan rumah
3- 7 per 10 untuk perbelanjaan pada bulan tersebut

Boleh kita amalkan :-) Nak tau cerita penuh, bolehlah beli buku tu kat kedai-kedai buku berhampiran. Terbitan PTS. Sekian, renung-renungkan dan selamat mengamal! :-)





Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat