Di mana Alllah?

Di mana Alllah?

Soalan Pertama

Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua
Atheis: “Kalau begitu, bil
akah pula Tuhan kamu wujud?”

Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”
Soalan Ketiga

Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”
Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”

Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”
Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”

Atheis: “Nombor 3″

Pemuda: “Nombor sebelum 3?”

Atheis: “Nombor 2″

Pemuda: “Nombor sebelum 2?”

Atheis: “Nombor 1″

Pemuda: “Nombor sebelum 1?”

Atheis: “Tiada”

Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat

Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima

Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Atheis menjawab: “Tentu sekali.”

Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang,bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam

Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh

Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya. Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.

Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan

Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan

Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat.
Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.

Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a (Imam Hanafi) serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah wafat.

Ini hujah Imam Hanafi dengan golongan Addahri  yang dipetik dari kitab Darr Assamin.

Dipetik dari: FB Al Faqir Azri Aziz
Read More

Masih jerebu..

Masih jerebu..

Jam menunjukkan pukul 3:45 pagi. Aku merenung ke luar jendela. Bulan tidak kelihatan. Selepas azan isyak tadi, bulan disorok oleh awan, hanya cahaya keperangan yang mencuri-curi keluar. Maknanya, jerebu masih tebal. Allahu rabbi..

Aku on PC yang dah lama tak aku gunakan, hanya berdamping dengan laptop. Terus aku buka browser firefox, sepantas jari menaip google.com, terus menekan papan kekunci "IPU malaysia". Natijahnya, masih teruk.. Bacaan di sekitar Cheras masih di tahap "tidak sihat". Kangar dan USM mencatatkan IPU "sangat tidak sihat".

Risau tiba-tiba muncul di hati, apakah ini bala dari Allah?..atau inikah tanda-tanda qiamat yang Allah janjikan?..Allahuakbar.. Dosaku masih menimbun, taubatku masih terabai..
Read More

MAP Sensor

MAP Sensor

Manifold Absolute Pressure sensor (MAP sensor). Salah satu sensor yang penting pada bahagian enjin untuk memastikan enjin kereta berfungsi dengan baik dan sistematik. Kecil, tapi sangat penting! Perkongsian dari seorang rakan FB di Campro Club.

Apakah fungsi MAP sensor?
- Menghantar data bacaan vakum, suhu udara dalam intake manifold, kadar kemasukan udara ke dalam intake manifold ke ECU untuk menentukan kadar bahan bakar dan ignition (api) yang diperlukan oleh enjin untuk pembakaran.

Di mana letaknya MAP sensor?
- Namanya pun Manifold Absolute Pressure sensor, dah tentu la kat intake manifold. Jangan cari kat exhaust pulak ye

Apa akan jd jika MAP sensor kotor atau rosak?
- Kegagalan MAP sensor berfungsi dengan efisien akan memberikan data yang tidak tepat ke ECU seterusnya menyebabkan kadar suntikan bahan api (injection), api (ignition), dan sebagainya menjadi caca marba, mengakibatkan:
* kurang kuasa enjin
* fuel consumption yang tinggi, atau terlalu rendah jika intake manifold bocor (enjin panas), sama ada secara sengaja atau tak sengaja

Bagaimana nak cek dan kekalkan fungsi dgn efisien?
- Guna PADT atau OBD2 reader utk diagnose
- Bersihkan MAP sensor sekurang2nya setiap 50,000 km
- Gunakan oil catch tank (OCT)

Apa fault code yg biasanya ada jika cek guna OBD2 reader, jika MAP sensor gagal berfungsi dgn baik?
- P0170 http://www.obd-codes.com/p0170 fuel trim malfunction
- P0171 http://www.obd-codes.com/p0171 system too lean
- P0172 http://www.obd-codes.com/p0172 system too rich



Read More

UPKK 2015

UPKK 2015

Walaupun agak terlambat, tapi rasanya masih sempat untuk mengucapkan tahniah kepada semua pelajar-pelajar tahun 5 yang telah selamat menduduki peperiksaan UPKK 2015. Walaupun tertunda disebabkan jerebu, tapi Alhamdulillah, Allah telah permudahkan segala, syukur...

UPKK adalah ujian yang dikawalselia oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dengan nama panjangnya Ujian Penilaian Kelas KAFA. Secara dasarnya, kandungan pembelajarannya tidak 'setinggi' tahap pembelajaran silibus agama mengikut negeri-negeri. Kalau di Selangor, UPKK lebih mudah berbanding soalan peperiksaan akhir tahun yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk semua calon UPKK 2015. Semoga apa yang mereka pelajari akan dapat dipraktikkan pada masa yang diperlukan. Tidaklah hanya belajar dan menghafaz semata-mata untuk peperiksaan sahaja :-)
Read More

Babylon!

Babylon!

Alhamdulillah, aku diizinkan Allah untuk menghabiskan bacaan sebuah buku kecil dengan kapasiti 180 muka surat pada hari ini. Sesuatu yang menarik pada hari ini :-) Sebuah buku yang aku sangkakan sejarah, rupa-rupa mengenai perancangan kewangan berdasarkan sejara penduduk kota Babylon. Sangat menarik, strategi perancangan kewangan yang diilhamkan melalui kisah-kisah kehidupan penduduk Babylon pada waktu kemegahannya.



Sedikit latar belakang Babylon. Bermula dengan sebuah negara padang pasir yang sangat kurang kehidupan hijau, yang ada cuma rumput-rumput renek yang tegar berjuang menruskan hidup. Hanya sebatang sungai yang sebagai sumber air. Tetapi, dengan izin Allah, mereka diberi kebijaksanaan untuk mengeksploitasikan alam semulajai sehingga bertukar menjadi taman-taman hijau yang subur dengan hasil pertanian! 

Dilakarkan juga dalam sejarah, penduduk Babylon sangat aktif berdagang dan sangat hebat di dalam pengurusan kewangan. Sehingga ramai saudagar-saudagar kaya lahir di sana. Antara kehebatan Babylon, kota mereka terkubu dengan tembok setinggi 15 tingkat bangunan, Selain infrantari yang gagah dan hebat, Babylon juga terkenal dengan persenjataan yang canggih pada ketika itu. Sehingga pembuat lembing turut diganjari oleh pemerintah. 


Berbalik pada buku tadi, kisah yang dikongsikan adalah fokus kepada perancangan kewangan yang betul di dalan kehidupan. Sehinggakan seorang hamba yang dikelilingi hutang boleh membebaskan dirinya dari kancah itu dengan teknik pengurusan wang yang diamalkan oleh penduduk Babylon! Satu anugerah Allah kepada mereka.

Rumusan daripada buku tersebut, ada tiga langkah untuk menguruskan wang dalam hidup. Pengurusan yang betul, gaji setiap bulan wajib dibahagi kepada tiga bahagian:

1- 1 per 10 untuk simpanan wajib
2- 2 per 10 untuk membayar hutang pinjaman kereta dan rumah
3- 7 per 10 untuk perbelanjaan pada bulan tersebut

Boleh kita amalkan :-) Nak tau cerita penuh, bolehlah beli buku tu kat kedai-kedai buku berhampiran. Terbitan PTS. Sekian, renung-renungkan dan selamat mengamal! :-)




Read More

Cara post di blogspot

Cara post di blogspot

Sekadar nak kongsikan hari ini cara untuk post atau menulis catatan di blogspot.com. Secara umumnya, ada 2 jenis penyedia perkhidmatan blog yang popular, iaitu blogspot dan wordpress. Ada pro dan con bagi setiap perkhidmatan. Tapi apa-apa pun blogspot lebih mudah dan menawarkan ruangan storan yang lebih besar!


Untuk kali ini kita akan gunakan blogspot, iaitu perkhidmatan blog yang disediakan oleh Google. Jadi, blogspot menggunakan login akaun e-mail gmail kita untuk diakses dan berkongsi storan dengan e-mail gmail kita.  Baiklah, jom kita buat langkah demi langkah ;

1-  Login ke akaun gmail terlebih dahulu. Seperti biasa, masukkan email dan password.


Pastikan skrin seperti dibawah ini terpapar dan biarkan ianya terus seperti itu, jangan ditutup.









2-  Buka TAB baru pada browser anda dan taipkan: www.blogger.com







3-  Setelah paparan blog anda terpapar, klik pada ikon pensil dengan kotak berwarna oren untuk menulis post@catatan baru.








4-  Anda boleh mula menulis catatan :-)







5-  Akhir sekali, setelah catatan anda sempurna, klik butang PUBLISH. Selesai! :-)

Moga perkongsian yang kecil ini bermanfaat :-)
Read More

APDM setel!

APDM setel!

Alhamdulillah! Akhirnya siap jugak permohonan pelajar-pelajar tahun 6 ke tingkatan satu 2016. Hampir 2 minggu aku bertungkus lumus & lemas menyiapkan segalanya :p  Terima qaseh ya Allah :-) Untuk rekod, tarikh akhir penyerahan permohonan online adalah esok! Alhamdulillah. Dengan bantuan yang sangat proaktif di Group WhatsApp APDM yang dikelolakan oleh Encik Azlin selaku wakil daripada KPM merangkap programmer APDM, segala persoalan terjawab dengan pantas.  Bagi aku, beliau seorang yang sangat Open Minded, very nice person :-)

Tanbih@peringatan (Tanbih adalah perkataan bahasa arab yang bermaksud peringatan) untuk diriku, tahun depan, data-data perlu dilengkapkan seawal mungkin bagi mengelakkan kekelamkabutan seperti tahun ini :P Dan, tahun ini adalah tahun pertama APDM diaplikasikan untuk permohonan ke sekolah-sekolah kawalan kerajaan yang dikawalselia oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sekali lagi, terima qaseh kepada En. Azlin & team kerana bersungguh-sungguh bantu kami lengkapkan semua permohonan di APDM! Tak lupa juga pada mylovelywife yang banyak membantu secara psiklogi, hehehe :-)


Read More

Disapa dan Teruja!

Disapa dan Teruja!

Agak lewat aku ke masjid pada hari ni. Sewaktu enjin kereta dihidupkan, aku mengerling jam pada Head Unit(HU), sudah pukul 1.04 petang. Segera aku memecut ke masjid. Ada hal yang menjerut kakiku di sekolah, terpaksa diselesaikan dengan pantas, risau kerterlaluan lambat untuk solat jumaat.

Aku membawa bersama 2 orang pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan kertas akhir PSRA pada hari ini. Mereka tidak pulang ke rumah kerana khuatir akan lambat memasuki dewan peperiksaan. Jadi, guru-guru la yang bertanggungjawab membawa mereka untuk solat Jumaat :-)

Tepat aku menjejakkan kaki di gerbang masjid, azan berkumandang...tak dapat dah la pahala besar.. :-( Tak pa la, nak buat macam mana..redha.. Aku terus meluru ke tempat wudhu'. Niat awalnya nak terus berwudhu', tiba-tiba niat bertukar, nak ke tandas pula.. :P

Tandas agak sesak dengan para jemaah, sampai kena beratur. Tandas Masjid Bandar Tun Hussien Onn memang bersih. Suasana dalamnnya juga selesa. Sambil beratur, aku teringat kembali apa yang berlaku di sekolah tadi..kusut fikiranku. Hal manusia memang sukar diduga, getus hatiku...

Sedang aku mengelamun sendirian, tiba-tiba lenganku dicuit. Aku menoleh ke kanan. Terdengar sapaan mesra "ustaz.." Terkejut aku, rupa-rupanya seseorang yang aku segani dalam diam (lebih kurang macam secret admire la :P ) menyapa aku. Dia adalah blogger, www.denaihati.com.

Anaknya salah seorang pelajar tahun 6 yang bersekolah di tempat aku mengajar. Juga adiknya yang berada di tahun 5. Dalam keterpegunan, aku cuba mengawal perasaan, cuba untuk senyum. Lantas aku membalas sapaannya "bila balik?.." Dia menjawab kembali "Selasa lepas". Kemudian dia terus berlalu dengan senyuman..

Hilang kekusutan aku tadi. Terkejut dan terpegun sebentar :-) Sejujurnya, selalu juga aku melihatnya di kawasan sekolah, tetapi tiada keberanian untuk memulakan sapaan.

Aku tersenyum sendiri...mungkin Allah nak bagi kekusutan yang menyelirat dalam fikiranku terurai agaknya...

Terima qaseh ya Allah :-)
Read More

Bahasa Arab @Speaking

Bahasa Arab @Speaking

Bismillahirrahmanirahim... Setelah sekian lama tidak bertutur menggunakan bahasa Arab, hari ini aku rasa perlu untuk aku praktikkan semula :-) Hanya nak praktikkan ayat-ayat yang simple dan senang. Bermula di rumah, dengan isteri terchenta la, hehehe :P Lepas tu di sekolah dengan murid-murid. Sebenarnya aku dah mula praktikkan di sekolah. Contohnya, nak minta izin pergi tandas, wajib minta izin dalam bahasa arab. Nak minta izin minum air, wajib juga minta dalam bahasa arab :-) Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Kalau di Mesir dahulu, bahasa Arab yang digunakan kebanyakkan dalam lahjah ammiyyah. Maksudnya bahasa pasar. Lebih kurang macam kita la, bila menulis karangan kita akan gunakan bahasa baku, tapi bila bersembang dengan kawan-kawan, kita gunakan bahasa pasar :-)

Buku ni aku beli di Maydin MITC Melaka. Kedai buku MPH. Tak da niat nak beli pada mulanya, saja masuk nak tengok buku-buku yang ada. Tapi ditaqdirkan aku jumpa buku ni, terus aku beli :-) Terimbau zaman-zaman di Ardul Kinanah dulu. Lama sudah aku tinggalkan...

InsyaAllah, akan dipraktikkan sedikit demi sedikit dalam blog aku yang tak berapa cantik ni..haha :p Setakat ini sahaja, illalliqa' (jumpa lagi) :-)
Read More

Cuti lagi @Jerebu

Cuti lagi @Jerebu

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid telah mengarahkan semua sekolah di seluruh negara kecuali Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah ditutup pada Isnin dan Selasa ini ekoran keadaan jerebu yang semakin merosot.



Penutupan sekolah di beberapa negeri itu dinyatakan oleh Mahdzir melalui laman Facebook dan Twitternya hari ini. Tambah beliau, selain murid, guru-guru juga tidak perlu hadir ke sekolah.

"Sekolah-sekolah terbabit tidak perlu menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini. PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual.

"Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu," katanya.

Situasi jerebu pada pagi Ahad semakin kritikal dengan lima kawasan setakat jam 11 pagi tadi mencatat bacaan IPU yang sangat tidak sihat.

Pencerapan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada tengah hari Ahad mendapati Shah Alam, Selangor merekodkan bacaan tertinggi dengan ipu 308, iaitu bacaan IPU berbahaya. Sebelum ini, Mahdzir berkata, sekolah akan ditutup apabila IPU mencecah 200.

Kementerian Pendidikan dalam pada itu juga tidak bercadang menurunkannya kepada tahap IPU 150 sebagaimana diminta oleh beberapa pihak termasuk persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

Menurut Mahdzir, penetapan tahap IPU pada 200 sebelum sekolah-sekolah ditutup itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh jabatan kesihatan serta JAS.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 ditarifkan baik, 51 hingga 100, sederhana, 101 hingga 200, tidak sihat, 201 hingga 300, sangat tidak sihat dan 300 ke atas ditarifkan sebagai berbahaya.

Bacaan terbaharu IPU boleh didapati di laman web apims.doe.gov.my. 

Credit: Astro AWANI



Maknanya, Peperiksaan UPKK pun akan ditunda esok :p Satu lagi peperiksaan juga akan ditunda, Peperiksaan Kelayakan Kelas Agama bagi permohonan sekolah menengah agama kawalan kerajaan. Maknya juga, cuti 4 hari! hehehehe :p
Read More

Jerebu lagi...

Jerebu lagi...

Jam menunjukkan pukul 7.10 pagi. Jerebu di pagi Sabtu ni agak merunsingkan aku. Kelihatannya keadaan jerebu tidak bertambah baik. Isteriku masih lagi batuk-batuk dan sakit tekak. Ini gambar suasana jerebu yang aku capture dari tingkat 8, melalui tingkap bilik 'pejabat mini" aku, hehehe :p
 
Perhatikan gambar di atas, ada satu titik cahaya dalam jerebu tu. Itu adalah stesen Petron. Dah tak nampak rupanya, cahaya lampu je yang tersembul!

Pernah tak kita terfikir, kenapa saban tahun Allah datangkan jerebu sebegini?.. Pembakaran hutan itu hanyalah asbabnya. Kita kena fikir, kenapa semua ini berlaku. Mafhum kata Allah di dalam Al-Quran, bumi ini asalnya cantik dan indah, manusialah yang merosakkannya. 

Hanya kerana keuntungan, hutan sanggup dibakar untuk mengurangkan kos pengurusan. Ketahuilah, bila dah banyak sangat 'bala' yang Allah datangkan, itu maknanya negara kita belum lagi menjadi 'baldatun toyiibatun wa rabbun ghafur'. Allah sendiri berfirman, negara yang diurus tadbir dengan amanah dan baik akan mendapat rahmat dan pengampunan daripada Allah.

Bermakna, Allah akan jaga sesebuah negara itu apabila pemimpin dan rakyatnya menjalani kehidupan mengikut landasan yang telah Allah tetapkan. Itu janji Allah dan Allah tidak sesekali memungkiri janjinya.

Nampak gayanya hari ni kena pakai mask! :-)


Read More

Bendera Palestin @PBB

Bendera Palestin @PBB

Bendera kemegahan Palestin buat pertama kalinya dikibarkan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York pada Rabu ketika pemimpinnya, Mahmud Abbas, menggesa keanggotaan penuh diberikan dan memberikan amaran bahayanya sengketa agama dimainkan oleh pihak-pihak bersengketa.

Selain Mahmud, turut hadir, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon di majlis menaikkan bendera itu, ketika wilayah itu sedang bergolak dengan ketegangan yang tertumpu di sekitar Baitulmaqdis.



“Pada detik bersejarah ini, saya menggesa semua warga Palestin mengibarkan bendera Palestin setinggi mungkin kerana ia adalah lambang identiti kita,” kata presiden Palestin yang berusia 80 tahun itu. “Ini hari yang membanggakan (rakyat Palestin).”

Sementara itu Israel dan Amerika Syarikat yang mengundi membantah pengibaran bendera itu berkata majlis simbolik itu tidak membantu kearah keamanan.

Pihak Berkuasa Palestin memperoleh status pemerhati bukan anggota di PBB pada 2012 dan Perhimpunan Agung pada 10 Sept membenarkan Palestin mengibarkan bendera kebangsaannya di ibu pejabat dan pejabat-pejabat di PBB selepas mendapat 119-8 undi dengan 45 berkecuali.


Pada Rabu, quartet diplomatik mengenai isu Palestin-Israel yang mengadakan pertemuan di New York, bersetuju untuk mencari penyelesaian politik kepada konflik itu.

“Ini adalah waktunya untuk mengembalikan keyakinan buat Israel dan Palestin untuk mencapai persetujuan bersama secara aman, termasuk merealisasikan kewujugan dua negara untuk kedua-dua bangsa,” kata Ban di Majlis itu.
Mereka yang hadir di majlis itu termasuk Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius, diplomat dari seluruh dunia dan wartawan memberikan sorakan sejurus bendera Palestin dengan warna merah, putih dan hijau berjaya dikibarkan.

Majlis turut disaksikan dengan penuh gembira rakyat Palestin termasuk di Ramallah, wilayah yang diceroboh Yahudi.

Credit: Astro Awani

Read More

Volkswagen tipu??

Volkswagen tipu??

Lembaga Sumber Air California mendedahkan pengeluar kereta Volkswagen menggunakan perisian tersembunyi untuk mengaburi unit ujian kawalan pencemaran Amerika. Volkswagen didakwa memasang perisian tersembunyi pada 2-liter enjin diesel empat silinder.

Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat dan Lembaga Sumber Air California, perisian itu hanya dihidupkan ketika ujian kawalan pencemaran dalam makmal dan dimatikan semasa pemanduan sebenar.


"Kami mendapati apabila kenderaan tersebut berada di atas jalan, ia berfungsi berbeza dari ujian yang kami jalankan di makmal ujikaji iaitu ia mengeluarkan lebih banyak asap" kata Jurucakap Lembaga Sumber Air California, John Swanton.

Kesan daripada itu, 482,000 unit Volkswagen keluaran 2009-2015 mengeluarkan sehingga 40 kali lebih banyak asap nitrogen oksida melebihi had yang dikenakan undang-undang AS.

Volkswagen turut mengakui peranti  kawalan pencemaran itu dipasang pada 11 juta kenderaannya di seluruh dunia. Pekerja Volkswagen di Jerman enggan memberikan komen berkenaan skandal pelepasan ujian asap.

Menurut penduduk di lokasi kilang Volkswagen di bandar Wolfsburg, skandal tersebut dikhuatiri akan turut memberikan kesan kepada ekonomi tempatan.
"Volkswagen syarikat yang sangat penting bagi rantau ini. itulah sebab mengapa orang berhati-hati di sini sekarang. Masyarakat dan syarikat di rantau ini juga amat berhati-hati sekarang."

"Namun, saya rasa keadaan di sini kekal tenang kerana mereka sudah biasa dengan ketidatentuan ekonomi. Kami bersedia tapi pada masa yang sama, kami bersikap positif untuk masa hadapan," kata salah seorang penduduk yang enggan namanya didedahkan.
Kejayaan Volkswagen telah menyumbang kepada pertumbuhan pasca perang Jerman barat di bandar Wolfsburg. Di bandar itu lebih setengah daripada penduduknya bekerja di kilang Volkswagen.

Credit: Astro Awani

Read More