Syafakallah...


Hari ini hari pertama UPSR. Seawal jam 5.45 pagi, aku dan isteri telah bertolak ke sekolah. Kami dipertanggungjawabkan untuk membuka pintu dewan bagi membolehkan pelajar-pelajar tahun 6 yang datang awal untuk solat, berehat dan mengulangkaji bagi kali terakhir sebelum peperiksaan UPSR bermula. 

Sesampainya kami di sekolah, sebuah proton saga berwarna biru gelap telah terpacak kaku di hadapan pintu utama sekolah. Jeling punya jeling, nampak Nik Nurluqman Hakim bersama ibunya di dalam kereta tersebut. Awal sungguh..detik hatiku. Kami solat subuh berjamaah di dewan sekolah.

Apa yang menyedihkan, salah seorang pelajar aku, Amry Nor Azmi, telah dimasukkan ke hospital akibat diserang denggi. Sejak 5 hari lepas lagi dia telah mengalami simpton-simpton denggi, cuma, doktor di klinik kesihatan mengesahkan bahawa keadaanya tidak kritikal. 

Akhirnya, pada waktu maghrib hari Khamis, Amry telah di tahan ke wad Columbia Hospital. Platlnya jatuh sehingga 140! Dah teruk rupanya...pelik jugak aku, kenapa klinik kesihatan kata tak kritikal.. 

Alhamdulillah, Amry diizinkan untuk menduduki peperiksaan di hospital. Seusai waktu sekolah tadi, aku dan rakan-rakan guru yang lain sempat meluangkan masa untuk melawatnya. Riak wajahnya ceria walaupun platletnya jatuh sehingga 120!


Moga Allah menyembuhkanmu..amin..

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat