Preve Oil Catch Tank


Terbaca keburukan sekiranya sisa-sisa minyak enjin yang mendidih dan meruap masuk ke dalam kebuk pembakaran melalui 'throttle body', terus aku membuat keputusan untuk membeli sebuah Oil Catch Tank. Selama ini, aku fikirkan Oil Catch Tank hanyalah aksesori tambahan yang tidak bermanfaat. Rupa-ruapanya, faedah yang disumbangkan boleh dikatakan agak besar yang memungkinkan kita untuk dapat berjimat hampir RM200++ di masa hadapan!

Pada mula aku nak beli jenama Greddy, tapi memandangkan stoknya yang kehabisan, aku beralih hati membeli jenama D1 Spec. Warna kegemaran aku untuk aksesori-aksesori kereta macam biasa, hitam atau gelap, hehehe. Low profile color. Tak perlu nak tunjuk sangat aksesori yang kita pasang, cukuplah kita tahu manfaat dari aksesori tersebut :-) Just my 2 cents :-)

Secara umumnya, proses pembakaran di dalam kebuk enjin akan menyebabkan minyak enjin atau kerap di panggil dengan minyak hitam akan turut menjadi panas. Kesan daripada pemanasan tersebut, maka wujudlah sisa-sisa minyak yang mengewap naik ke atas. Untuk rekod, kepanasan yang dihasilkan oleh enjin sewaktu beroperasi boleh mencecah 700 darjah celsius! Terutamanya di bahagian  intake manifold, bahagian yang biasanya ada 4 batang besi seperti paip yang menghala ke bawah.


Seperti yang telah disetkan di kilang, pada setiap blok enjin atau head enjin di bahagian atas, terdapat satu lubang yang disambung dengan paip. Paip tersebut kemudiannya disambungkan pada Air Intake System selepas Air Filter sebelum ke Throttle Body. Sisa inilah yang akan mengotorkan throttle body dan juga saluran Air Intake. 



Kesannya, apabila throttle body kotor, penggunaan bahan bakar akan meningkat. Manakala kekotoran saluran Air Intake pula akan menyebabkan saluran tersebut yang biasanya diperbuat daripada getah, merekah di hujungnya, terutamanya pada bahgian yang menyambungkannya dengan throttle body.



Jadi, itulah antara sebab-sebab yang mendorong aku untuk memasang oil catch tank ni :-) Nanti dah siap pasang aku upload semula kat sini. 

Sekian, projek DIY Oil Catch Tank bermula!

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat