Islam VS Sosialis


Di Malaysia, perkembangan awal sosialis dikesan sekitar tahun 40-an lagi melalui perjuangan tokoh-tokoh berhaluan kiri bangsa Melayu. Mereka bergerak dalam parti-parti politik seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) & Parti Rakyat Malaysia (PRM). Pada tahun 2008, kerajaan telah meluluskan permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) atau Socialist Party of Malaysia (SPM) utk didaftarkan sbg sebuah parti politik. 

Tidak dapat dinafikan, masyarakat Muslim mudah dikaburi fahaman sosialisme kerana mereka sering melaung-laungkan perjuangan rakyat khususnya golongan pekerja. Islam memiliki dasar muamalah yang berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah, berbeza sama sekali dgn fahaman sosialisme mahupun kapitalisme yang lebih berhujjahkan falsafah rasionalisme dalam menafsirkan pemilikan ekonomi.



Islam menangani kapitalisme dengan kewajiban berzakat, pengharaman riba, melarang penipuan dan pemerasan dalam urusan perniagaan. Manakala pemerataan sosialnya dibangunkan melalui amalan takaful, sedekah, wakaf dan sebagainya.

Dalam Islam, hak pemilikan peribadi tak pernah diungkapkan sebagai rangka mengumpul kekayaan individu secara monopoli atau melampaui batas.



Kekayaan bukanlah sesuatu dosa, tetapi kelayakan memiliki kekayaan sentiasa dilakar dengan perintah berkait kaedah terbaik utk mengagihkan harta dlm menjaga hubungan persaudaraannya dengan yang lain.

Firman Allah;
وَاللَّهُ فَضَّلَ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الرِّزْقِ فَمَا الَّذِينَ فُضِّلُواْ بِرَادِّي رِزْقِهِمْ عَلَى مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَهُمْ فِيهِ سَوَاء أَفَبِنِعْمَةِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ
"Dan Allah telah melebihkan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakan-Nya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya, supaya orang-orang (fakir dan miskin) itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu?" (al-Quran, al-Nahl 16: 71)

Justeru, seorang Muslim yang diperintahkan mengambil Islam secara kaffah sepatutnya tidak menjadikan idea sosialisme sebagai the art of soluble kepada golongan pekerja, rakyat umumnya. Selayaknya seorang Muslim itu merujuk setiap permasalahan yang menimpa umat termasuklah ekonomi bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah, bukan meletakkan dasarnya secara "mutlak" kepada rasional akal yg tidak selamat daripada pemesongan dan penyelewengan, atau jika pun mereka mendakwa al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan, mereka tetap akan menjadikan nas-nas tersebut selari dgn akal mereka.

nauzubillahi min zaalik...

Credit: Qutuz's Legacy

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat