2 kali makan, cukuplah!


Hari ini aku di Melaka. Beraya haji bersama keluarga mertua :-) Kami berpuasa beramai-ramai pada 10 Zulhijjah bagi memuliakan hari wuquf di Arafah. Banyak kelebihan pada 10 Zulhijjah, antaranya ialah terdapat sela masa di mana Allah akan memakbulkan semua doa hambaNya yang memohon kepadanya.

Isteriku, nurdiyana merancang untuk memasak sebagai juadah berbuka puasa. Tetapi, dek kerana perut yang semakin memboyot, maklum la, ibu mengandung, hasrat itu terpaksa dilupakan apabila tubuh badannya mengalami sindrom keletihan yang melemahkan.

Tukar ke plan B, berbuka di kedai makan. Kedai pertama yang dituju ialah kedai makan seafood. Malangnya, tutup. Mungkin kerana esok raya haji, jadi kedai tu dah cuti awal :p Kedai kedua yanh berhampiran pun tutup. Jam sudahpun menunjukkan pukul 6.50 petang. Berdasarkan kalander, waktumaghrib pada hari ini akan masuk pada pukul 7.08 malam.

Secara sebulat suara, kami bersetuju untuk berbuka di Restoran Nelayan. Dengan jarak sekitar 4km++, sempat kami memecut ke sana.

Untuk rekod, kami pernah makan di sana beberapa bulan yang lepas. Sejarah hitam terlakar! Menu kegemaran yang wajib kami tempah, siakap stim halia, malangnya, ikan siakap yang digunakan sudah tidak segar. Isinya hancur dan berbau! Innalillah..hanya suku sahaja yang kami jamah. Walaupun tukang masak dah 'cover' dengan perahan limau nipis yang banyak, tetapi bau tersebut tetap menyentap hidung kami!

Sesampainya di sana, kami terus menempah menu yang sama lagi, ikan siakap stim. Juga beberapa menu tambahan yang lain termasuklah sup ekor, tomyam dan sup sayur. Tidak ketinggalan juga kailan ikan masin :p

Saat kami memesan ikan siakap stim, kami kirimkan pesanan ringkas "cik, masa kami datang sebelum ni, kami oesan ikan siakap stim jugak, cuma itu sangat tak fresh. Jadi, kami minta ikan yang fresh kalini ye". Pelayan tersebut hanya mengangguk tanpa suara.

Lebih kurang 15 minit menunggu, menu sampingan yang kami tempah telah siap dihidangkan bersama satu jag air tembikai segar! Kami jamah dulu apa yang ada sebagai menghormati waktu berbuka.

Sepuluh minit kemudian, hidangan major kami sampai. Masing-masing tersengih. Kami mula menyantap ikan tersebut. Ekspresi pertama adik iparku " sama je macam dulu" ... Alamak, ikan "busuk" lagi ke? Getua aku di dlam hati..

Seorang demi seorang antara kami turut menjamah ikan siakap tersebut. Ternyata, memang benar tak segar! Banyak limau nipis yang diperah, rasanya memang bertujuan untuk "cover" ketidaksegaran ikan tersebut. 

Cukuplah, memang restoren ni kena delete dalam senarai restoren-restoran peberet!


Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat