APDM

APDM

Berdasarkan arahan daripada JAIS & KPM, permohonan kemasukan pelajar tahun 6 ke tingkatan 1 bagi tahun 2016 wajib melalui online! Maka, bermulalah 'kerjaya tambahan' baru dalam diari kehidupan aku sebagai seorang guru :p

Aku telah menghadiri sesi taklimat yang disampaikan oleh Encik Azlin, selaku wakil dari Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan APDM. Nama panjang APDM ialah Aplikasi Pangkalan Data Murid. Secara amnya, sistem ini menghubungkan semua pelajar di seluruh Malaysia di dalam data base. Sistem ini juga disepadukan dengan server Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memudahkan maklumat diri murid di'retrive' atau ditarik berdasarkan nombor MyKid.

Sistem ini juga mempunyai akses berbilang tingkat. Antaranya ialah Guru Besar, GPK/HEM dan guru biasa. Melalui sistem ini, proses permohonan bagi murid-murid akan bertambah mudah dan pantas! Istilah orang zaman sekarang, maklumat di hujung jari :-)

Aku masih lagi dok study pasal sistem ni, boleh tahan banyak jugak manual untuk sistem ni. Apa-apa pun, aku doakan agar permohoan anak-anak muridku dipermudahkan oleh Allah Taala..amin...

Read More

Iriz laju sangat!

Iriz laju sangat!

Alhamdulillah, tahniah kepada proton di atas penghasilan model terbarunya, iriz! Dah tahniah juga kepada adik iparku, mimi, kerana dah beli dan guna kereta nasioanl negara :-)

Kalau tgk dari segi design, memang cukup compact! Satu pengalaman baru dapat memandu iriz. Stereng yang lebih style. Seat ala-ala sport yang 'memegang' sisi kiri dan kanan badan ketika memandu. Kalau nk dibandingkan dengan preve, gear stick iriz lebih kemas dan tegap. Kereta kompak dengan gaya moden. Tayar dengan saiz 15 inci juga menyerlahkan lagi kekompekannya. Ada ke istilah 'kekompekan' ? Ntah, ada la kot :p
Jenguk kat engine bay pulak, sistem pengambilan udara atau air intake lebih mantap daripada preve. Design top cover air intake juga berlainan sudah. Boot belakang menggunakan butang untuk dibuka, mcm kereta-kereta terkini sekarang. 

Display di bahagian meter juga lebih kecik dan 'comel' berbanding preve. Fungsinya masih sama dengan tambahan satu fungsi lagi, service reminder. Fungsi tu aku suka, tapi tak ada pada preve :-( Mungkin boleh boleh kot tambah, macam software je tu..hehe Mana la tau boleh tukar jadi android ke..hehe :P

Sesuatu yang tak dijngka, moulder, berupa sekeping getah panjang gang dipasang dibahagian bumbung di sebelah pemandu, tercabut! Syukurlah sebelah sahaja yang tercabut, sebelah lagi masih melekat. Tapi Alhamdulillah, masih di dalam jaminan, dapat diganti secara percuma! Untuk rekod, iriz dibekalkan dengan 5 tahun jaminan dari proton! Bagi aku, itu sesuatu yang berbaloi.

Apa-apa pun, aku masih bangga sebab menyokong industri automotif negara! Biarlah apa orang nak kata, aku sayang tanah airku ini.. :-)
Read More

2 kali makan, cukuplah!

2 kali makan, cukuplah!

Hari ini aku di Melaka. Beraya haji bersama keluarga mertua :-) Kami berpuasa beramai-ramai pada 10 Zulhijjah bagi memuliakan hari wuquf di Arafah. Banyak kelebihan pada 10 Zulhijjah, antaranya ialah terdapat sela masa di mana Allah akan memakbulkan semua doa hambaNya yang memohon kepadanya.

Isteriku, nurdiyana merancang untuk memasak sebagai juadah berbuka puasa. Tetapi, dek kerana perut yang semakin memboyot, maklum la, ibu mengandung, hasrat itu terpaksa dilupakan apabila tubuh badannya mengalami sindrom keletihan yang melemahkan.

Tukar ke plan B, berbuka di kedai makan. Kedai pertama yang dituju ialah kedai makan seafood. Malangnya, tutup. Mungkin kerana esok raya haji, jadi kedai tu dah cuti awal :p Kedai kedua yanh berhampiran pun tutup. Jam sudahpun menunjukkan pukul 6.50 petang. Berdasarkan kalander, waktumaghrib pada hari ini akan masuk pada pukul 7.08 malam.

Secara sebulat suara, kami bersetuju untuk berbuka di Restoran Nelayan. Dengan jarak sekitar 4km++, sempat kami memecut ke sana.

Untuk rekod, kami pernah makan di sana beberapa bulan yang lepas. Sejarah hitam terlakar! Menu kegemaran yang wajib kami tempah, siakap stim halia, malangnya, ikan siakap yang digunakan sudah tidak segar. Isinya hancur dan berbau! Innalillah..hanya suku sahaja yang kami jamah. Walaupun tukang masak dah 'cover' dengan perahan limau nipis yang banyak, tetapi bau tersebut tetap menyentap hidung kami!

Sesampainya di sana, kami terus menempah menu yang sama lagi, ikan siakap stim. Juga beberapa menu tambahan yang lain termasuklah sup ekor, tomyam dan sup sayur. Tidak ketinggalan juga kailan ikan masin :p

Saat kami memesan ikan siakap stim, kami kirimkan pesanan ringkas "cik, masa kami datang sebelum ni, kami oesan ikan siakap stim jugak, cuma itu sangat tak fresh. Jadi, kami minta ikan yang fresh kalini ye". Pelayan tersebut hanya mengangguk tanpa suara.

Lebih kurang 15 minit menunggu, menu sampingan yang kami tempah telah siap dihidangkan bersama satu jag air tembikai segar! Kami jamah dulu apa yang ada sebagai menghormati waktu berbuka.

Sepuluh minit kemudian, hidangan major kami sampai. Masing-masing tersengih. Kami mula menyantap ikan tersebut. Ekspresi pertama adik iparku " sama je macam dulu" ... Alamak, ikan "busuk" lagi ke? Getua aku di dlam hati..

Seorang demi seorang antara kami turut menjamah ikan siakap tersebut. Ternyata, memang benar tak segar! Banyak limau nipis yang diperah, rasanya memang bertujuan untuk "cover" ketidaksegaran ikan tersebut. 

Cukuplah, memang restoren ni kena delete dalam senarai restoren-restoran peberet!

Read More

Preve Oil Catch Tank

Preve Oil Catch Tank

Terbaca keburukan sekiranya sisa-sisa minyak enjin yang mendidih dan meruap masuk ke dalam kebuk pembakaran melalui 'throttle body', terus aku membuat keputusan untuk membeli sebuah Oil Catch Tank. Selama ini, aku fikirkan Oil Catch Tank hanyalah aksesori tambahan yang tidak bermanfaat. Rupa-ruapanya, faedah yang disumbangkan boleh dikatakan agak besar yang memungkinkan kita untuk dapat berjimat hampir RM200++ di masa hadapan!

Pada mula aku nak beli jenama Greddy, tapi memandangkan stoknya yang kehabisan, aku beralih hati membeli jenama D1 Spec. Warna kegemaran aku untuk aksesori-aksesori kereta macam biasa, hitam atau gelap, hehehe. Low profile color. Tak perlu nak tunjuk sangat aksesori yang kita pasang, cukuplah kita tahu manfaat dari aksesori tersebut :-) Just my 2 cents :-)

Secara umumnya, proses pembakaran di dalam kebuk enjin akan menyebabkan minyak enjin atau kerap di panggil dengan minyak hitam akan turut menjadi panas. Kesan daripada pemanasan tersebut, maka wujudlah sisa-sisa minyak yang mengewap naik ke atas. Untuk rekod, kepanasan yang dihasilkan oleh enjin sewaktu beroperasi boleh mencecah 700 darjah celsius! Terutamanya di bahagian  intake manifold, bahagian yang biasanya ada 4 batang besi seperti paip yang menghala ke bawah.


Seperti yang telah disetkan di kilang, pada setiap blok enjin atau head enjin di bahagian atas, terdapat satu lubang yang disambung dengan paip. Paip tersebut kemudiannya disambungkan pada Air Intake System selepas Air Filter sebelum ke Throttle Body. Sisa inilah yang akan mengotorkan throttle body dan juga saluran Air Intake. 



Kesannya, apabila throttle body kotor, penggunaan bahan bakar akan meningkat. Manakala kekotoran saluran Air Intake pula akan menyebabkan saluran tersebut yang biasanya diperbuat daripada getah, merekah di hujungnya, terutamanya pada bahgian yang menyambungkannya dengan throttle body.



Jadi, itulah antara sebab-sebab yang mendorong aku untuk memasang oil catch tank ni :-) Nanti dah siap pasang aku upload semula kat sini. 

Sekian, projek DIY Oil Catch Tank bermula!
Read More

Proton raih anugerah!

Proton raih anugerah!

Proton Design telah berjya meraih Pingat Emas di Anugerah Harta Intelek Negara 2015 yang di adakan baru-baru ini. Anugerah tersebut adalah berdasarkan kepada kejayaan penciptaan model terbaru Proton, iaitu Iriz yang sedang hangat mendapat sambutan pada masa kini.



Tahniah diucapkan kepada Proton Desgn Team! Model Iriz yang dibangunkan bersama dengan rakan kejurteraan dari Korea Selatan, LG CNS, merupakan rekaaan terbaik dari Proton setakat ini. Dengan pelbagai ciri menarik, Proton Iriz menjadi kerta yang selamat dan berbaloi untuk dimiliki semua.


Read More

HID 4300K

HID 4300K

Alhamdullillah, sampai jugak akhirnya barang ni. Seminggu menunggu, sabo je la. Aku beli dari lelong.my. HID ni jenis OEM, jadi tak bape mahal sangat, boleh tahan la..hahaha :p Kalau pengguna preve, pasti dah biasa dengan fenomena mentol headlamp terbakor. 5-6 bulan sekali mesti terbakor. Dah kenapa? Aku pon tak tahu.

Kata foreman proton, voltage preve tak stabil. Bila ditanya solusi, jawapannya tak da solusi. Kita yg memandu ni jadi fenin :p Sepatutnya kena la terus research cari solution..ini tidak, hanya membiarkan pengguna terkial-kial pulak..
Voltage stabilizer dah lama aku pasang, tapi still tebako jugak mentol lampu depan tu. Klakor! Mungkin kene pasang voltage stabilizer yang berkapasiti 2-3 farad kot :p Pasal HID, mamang terasa keterangan dan kejelasan penglihatan pada waktu malam. Di sebabkan low beam preve menggunakan projector lens, jadi cahayanya tudak menyilaukan orang depan. Kalau kereta yang tak guna projector lens, maka pemandu tersebut akan disumpah seranah oleh pemandu yang berada di hadapannya, nasib ko la!

Aku nak cite apa yang menarik pasal HID ni;

1) Jimat kuasa berbanding mentol biasa. HID menggunakan 35watt berbanding mentol biasa yang menggunakan 55watt.

2) Jangka hayat mentolnya 5 kali lebih lama daripada mentol biasa memandang HID tidak menggunakan filamen sebagai terasnya.

3) Memerlukan ballast sebagai power converter. Dikatakan, ballast AC ke DC lebih tahan lama berbanding DC ke DC. Masih tak tau kebenarannya.

4) Ruang pancaran cahaya yang lebih luas dan terang.

Teringat masa pergi pusat servis sebb mentol terbakar buat kali pertama, aku tanya boleh tak pakai HID, advisor tu kata tak boleh, nanti sistem wiring preve akan short. Aku dah rasa kelakar, tapi aku tahankan aje untuk tak ketawa. 



Kadang-kadang marketingnya sengal. Bukan short, tp sebb dia nak pengguna preve slalu tukar lampu, untung kedai dia. Mengarut sungguh jawapan short tu. Celah mana pulak boleh short. Preve kereta global kot..

Ok lah, setakat ni saja. Terdetik di hati, benarlah kata Allah, "tidak sama diantara orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui"...

Read More

Imigresen lagi!

Imigresen lagi!

Semalam punya cerita belum berakhir. Alhamdulillah, kes double overstay semalam berakhir dengan selamat tanpa denda yang berat..syukur.. Untuk pengetahuan semua, 2 kali oberstay berturut-turut bagi sesuatu visa akan dikenakan denda minimun RM3100 walaupun hanya satu hari!
2 passport yang overstay tu asalnya diuruskan oleh seorang runner yang dilantik oleh pihak sekolah. Tapi ntah apa jadinya, dia tak renew sampai overstay 2 kali. Aku la yang kena setelkan. Part paling best, tiada claim minyak kete untuk aku sebb duit claim runner tu dah amik. Aku tak sanggup nak minta lagi kat parent dua pelajar tu. Alhamdulillah, mungkin kerana Allah letakkan rasa sayang aku pada sekolah, jadi aku pun tak kisah. Aku yakin, Allah ada perancangan yang lebih baik :-)


.
Hari ni aku ke imigresen lagi dalam cuaca jerebu yang makin menebal ni. Jam 8 pagi aku dah terpacak kat tingkat 3 ni dengan harapan boleh siap awal, balik awal. Beberapa minit lepas aku submit, tetibe no giliran aku dipanggil semula. Katanya ada borang hilang. Dah la pegawai tu layan aku tanpa senyuman, siap tinggi rendah nada suara lagi..hilang mood aku pagi ni..
.
Aku diamkan aje. Lantak la korang, cari balik borang tu. Aki baru je submot minggu lepas, takkan dah hilang kot. Untuk rekod, kes borang hilang ni memang selalu terjadi kat imigresen. Tatau la kenapa..
Beberapa minit yang lalu, no giliran aku dipanggil lagi. Kali ni untuk pembayaran. Terkejut beruk aku bila akauntan tu kata sekeping je passport..mendengua dalam hati..sabarlah duhai hati.. Ni petanda yg tk bape nak baik sebab kalau jadi macam ni, maknanya lambat la nak siap :p
.
Jam dah pukul 11.30 pagi, perut aku dah nyanyi lagu kamikaze ni, lapaq! Nk gi makan takot no giliran kena panggil. Tahan dulu la. Ni la kehidupan kalau jadi seorang runner... :p
.
Sekian, terus menahan lapar!
Read More

Veve mandi!

Veve mandi!

Rasanya dah hampir 2 bulan aku tak basuh kete. Teruk sangat dah rupa habuk yang bersemadi penuh gah di seluruh badan kereta aku tu. Veve, panggilan manja bagi proton preve silver aku. Kereta pertama sejak aku berkahwin dengan gadis pilihan hatiku, nurdiyana :-)
Kami beli kereta tu sebulan sebelum berkahwin. Niat dihati tak nak meminjam kereta walaupun baba dah offer untuk guna proton saga blm. Saga tersebut merupakan kereta yang aku gunakan sewaktu belajar di KUIS dulu. Sekarang, kereta tersebut telah diwariskan kepada adik-adik untuk tujuan belajar.

Alhamdulillah, aku berpuas hati kerana aku dapat jaga saga blm tu sebaik mungkin. Strut bar, volt stabilizer, tayar good year, lampu LED, servis on time, polish sebulan sekali, semua tu aku jaga. Alhamdulillah, kereta tu tak nampak macam berumur 6 tahun walaupun hakikatnya dah 6 tahun. Aku mula memandu kerata tu sejak dari kusyennya masih berplastik!
.
Sekarang, aku jaga veve pulak. Dengan kapasiti eniin1.6, veve memang lebih berkuasa untuk long term driving. Mungkon kerana isteriku yang comel tu orang melaka, perlu drive 100km++ utk balik Melaka, jadi Allaha bagi veve no :-) Terima kasih Ya Allah :-)
.
Sedang di lap. Aku saja basuh body luar tanpa vakum sebelah dalam. Bukan apa, kat dalam tu penih dengan buku-buku sekolah yang aku tak bape rajin nak angkut bawa naik ke rumah. Walaupun rumah ada lif, tapi aras 8!


.
Ada masa sket lagi ni sebelum mentari nak menyorok, boleh la polish :-) ok guys, nak gi polish kete jap :-)
Read More

Buku pink :-)

Buku pink :-)

Selama aku hidop, ni first time aku dengar "buku pink" atau "buku merah". Mula-mula pelik jugak, apakah gerangannya buku pink ni?.. Rupa-rupanya buku rekod ibu mengandung.. Buku yang mengandungi rekod kesihatan dan fizikal ibu dan juga bayi yang bakal dilahirkan.
.
Perasaan bakal seorang ayah. Aku? Ye. Aku la bakal seorang ayah. Masa mula- mula tahu mylovelywife pregnant, syukur sangat kepada Allah. Tapi bila meniti hari-hari yang mendatang menunggu saat kelahiran, sering aku terfikir, mampukan aku menjadi seorang ayah?

Mampukah aku menjadi model terbaik untuk anak aku? Mampukan aku memberikan yang terbaik untuk anak aku?..sudah layakkah aku untuk menjadi seorang ayah?.. Berat aku rasakan tanggung jawab ini..
Kata Nabi S.A.W, apabila mati seorang anak adam, maka terputuslah segalanya kecuali 3 perkara: ilmu yan bermanfaat, sedekah jariah dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya. Kalau nk dikira ilmu, terlalu cetek yang dapat dokongsikan. Kalau nak kira sedekah, terlalu fakir diri ini. Jadi, apa pun keadaanya, kene siap sediakan diri untuk mendidik 'saham akhirat' yg sangat besar nilainya, iaitu anak :-)
.
Mungkin kerana itulah Allah beri 3 jenis peluang kepada kita. Tak semua manusia kaya raya, tak semua orang banyak ilmunya dan tak semua orang ada anak. Memang benar, Allah maha kaya, Allah maha mengetahui dan Allah maha pengasih penyayang.
.
Bulan ni dah masuk bulan ke lima kandungan isteriku, Alhamdulillah, semua normal dan sihat. Terima kasih ya Allah. Memang lama kami berhoneymoon, dua tahun, hehe. Niat di hati sengaja nak berdua sebab nak bercinta dulu sebelum kawen, hihi.
.
Kalau diizinkan Allah, aku nak berikan yang terbaik untul isteriku. Biarlah berhabis, asalkan yg terbaik. Sebenarya, aku agak neves nak jadi ayah :p

.
Sekian.
Read More

Imigresen!

Imigresen!

Hari ini sekali lagi aku lmigresen. Masih dengan masalah overstay dua orang pelajar sekolah aku yang ditinggalkkan oleh "runner" visa yang tak bertanggungjawab! Aku gagahkan juga untuk ke imogresen walaupun aku tahu betapa seksanya berurusan di tingkat 4!
Siapa yang pernah naik tingkat sahaja yang akan tahu keadaan sebenar muamalah di situ. Bahagian penguatkuasaan. Perlu untuk disemak semua jenis visa supaya tak expired yang akan menyebabkan overstay! Perkara yang paling aku tak suka adalah menguruskan overstay di imigresen, sangat leceh dan banyak ragam.
.
Teringat kata-kata seorang rakan di bilik guru minggu lepas, "when we have a big problem, tell the problem, Allah is bigger than you!" Namanya Ustaz Reda, jiran sebelah kiri meja guru aku. Seorang bangladesh yg sedang menyambung PhD di Universiti Malaya. Alhamdulillah, tenang kembali hati...
.
Benar kata Allah, " dengan menginagti Allah jiwa akan menjadi tenang"... Di saat ini, aku masih di tingkat 4, menunggu angka giliran dipanggil..
.
Rabbi yassir wala tu'assir..amin. Allah tahu segala-galanya, Allah sebaik-baik perancang. Hanya kita sebagai manusia yang jarang ketemu dengan hikmah di sebalik percaturan Allah Taala...
Read More

Jerebu!

Jerebu!

Alhamdulillah, Allah kurniakan kekuatan kepada tekak aku untuk menghadapi jerebu pada kali ini. Selalunya, kalau dah jerebu, dalam sehari dua, comform tekak aku dah sakit+pedih+batuk-batuk. Mungkin kerana sejak dua tiga minggu ni aku amalkan meminum madu asli setiap pagi sebelum sarapan. Madu lebah yang diberi oleh mama, kata mama, ada orang kampung bagi. Kalau dah kampung, bagi aku la, madu tu asli :-)

Pagi ni, aku ke Imigresen Putrajaya untuk menguruskan urusan visa pelajar-pelajar sekolah aku yang berstatus 'international'. Sekitar jam 9.30 pagi, urusan selesai dan aku bertolak balik ke sekolah. jarak dari Putrajaya ke sekolahku dalam 27km++. Sempat snap gambar jerebu di Putrajaya pagi tadi.


Kat depan tu bangunan yang menempatkan pejabat Perdana Menteriyang terchenta, tapi nampak hujung-hujung kubah je..agak-agak teruk tak jerebu ni? :P


Pelik jugak, jerebu sudah agak teruk, tapi tiada sebarang berita dari kerajaan. Agaknya rakyat Malaysia dah lali dengan jerebu kot :P Bangun saja tiap-tiap pagi, dah dapat tengok jerebu dalam rumah. Maklumla, rumah tingkat 8, aircond tak mampu lagi nak beli, maka tingkap pon dibuka..hehe 

Apa-apa pun, teruskan berdoa agar Allah melindungi kita semua dari kesan negatif jerebu, amin..
Read More

Syafakallah...

Syafakallah...

Hari ini hari pertama UPSR. Seawal jam 5.45 pagi, aku dan isteri telah bertolak ke sekolah. Kami dipertanggungjawabkan untuk membuka pintu dewan bagi membolehkan pelajar-pelajar tahun 6 yang datang awal untuk solat, berehat dan mengulangkaji bagi kali terakhir sebelum peperiksaan UPSR bermula. 

Sesampainya kami di sekolah, sebuah proton saga berwarna biru gelap telah terpacak kaku di hadapan pintu utama sekolah. Jeling punya jeling, nampak Nik Nurluqman Hakim bersama ibunya di dalam kereta tersebut. Awal sungguh..detik hatiku. Kami solat subuh berjamaah di dewan sekolah.

Apa yang menyedihkan, salah seorang pelajar aku, Amry Nor Azmi, telah dimasukkan ke hospital akibat diserang denggi. Sejak 5 hari lepas lagi dia telah mengalami simpton-simpton denggi, cuma, doktor di klinik kesihatan mengesahkan bahawa keadaanya tidak kritikal. 

Akhirnya, pada waktu maghrib hari Khamis, Amry telah di tahan ke wad Columbia Hospital. Platlnya jatuh sehingga 140! Dah teruk rupanya...pelik jugak aku, kenapa klinik kesihatan kata tak kritikal.. 

Alhamdulillah, Amry diizinkan untuk menduduki peperiksaan di hospital. Seusai waktu sekolah tadi, aku dan rakan-rakan guru yang lain sempat meluangkan masa untuk melawatnya. Riak wajahnya ceria walaupun platletnya jatuh sehingga 120!


Moga Allah menyembuhkanmu..amin..
Read More

Islam VS Sosialis

Islam VS Sosialis

Di Malaysia, perkembangan awal sosialis dikesan sekitar tahun 40-an lagi melalui perjuangan tokoh-tokoh berhaluan kiri bangsa Melayu. Mereka bergerak dalam parti-parti politik seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) & Parti Rakyat Malaysia (PRM). Pada tahun 2008, kerajaan telah meluluskan permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) atau Socialist Party of Malaysia (SPM) utk didaftarkan sbg sebuah parti politik. 

Tidak dapat dinafikan, masyarakat Muslim mudah dikaburi fahaman sosialisme kerana mereka sering melaung-laungkan perjuangan rakyat khususnya golongan pekerja. Islam memiliki dasar muamalah yang berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah, berbeza sama sekali dgn fahaman sosialisme mahupun kapitalisme yang lebih berhujjahkan falsafah rasionalisme dalam menafsirkan pemilikan ekonomi.



Islam menangani kapitalisme dengan kewajiban berzakat, pengharaman riba, melarang penipuan dan pemerasan dalam urusan perniagaan. Manakala pemerataan sosialnya dibangunkan melalui amalan takaful, sedekah, wakaf dan sebagainya.

Dalam Islam, hak pemilikan peribadi tak pernah diungkapkan sebagai rangka mengumpul kekayaan individu secara monopoli atau melampaui batas.



Kekayaan bukanlah sesuatu dosa, tetapi kelayakan memiliki kekayaan sentiasa dilakar dengan perintah berkait kaedah terbaik utk mengagihkan harta dlm menjaga hubungan persaudaraannya dengan yang lain.

Firman Allah;
وَاللَّهُ فَضَّلَ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الرِّزْقِ فَمَا الَّذِينَ فُضِّلُواْ بِرَادِّي رِزْقِهِمْ عَلَى مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَهُمْ فِيهِ سَوَاء أَفَبِنِعْمَةِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ
"Dan Allah telah melebihkan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakan-Nya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya, supaya orang-orang (fakir dan miskin) itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu?" (al-Quran, al-Nahl 16: 71)

Justeru, seorang Muslim yang diperintahkan mengambil Islam secara kaffah sepatutnya tidak menjadikan idea sosialisme sebagai the art of soluble kepada golongan pekerja, rakyat umumnya. Selayaknya seorang Muslim itu merujuk setiap permasalahan yang menimpa umat termasuklah ekonomi bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah, bukan meletakkan dasarnya secara "mutlak" kepada rasional akal yg tidak selamat daripada pemesongan dan penyelewengan, atau jika pun mereka mendakwa al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan, mereka tetap akan menjadikan nas-nas tersebut selari dgn akal mereka.

nauzubillahi min zaalik...

Credit: Qutuz's Legacy
Read More

Mumia & Islam

Mumia & Islam

Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun? Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu. Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.

Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN

Mumia ramses, namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan. Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.



Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!
Read More