Surah Amalan Ibu Hamil


Syukur Alhamdulillah. Hari ni diberi keizinan oleh Allah untuk shopping barang-barang keperluan beby dan ummi beby. Macam biasa, kat AEON. Asalnya nak pergi expo yang kat ACC Shah Alam tu, tapi bila tengok komen kawan-kawan kat FB, tak banyak sangat pun barang-barang yang dapat diskaun. Jadi, aku dan isteri buat keputusan untuk shopping kat sini saja. Dekat, jimat mintak kereta, jimat masa, jimat tenaga! :P

Tak habis lagi semua barang yang diperlukan, itu pun dah cecah RM500++. Boleh tahan jugak persediaan nak sambut cahaya mata ni :P Aku yakin, pelaburan yang besar modalnya, Insya Allah akan memberikan pulangan yang berbaloi sekiranya diuruskan mengikut cara yang betul. Anak adalah pelaburan kita di sunia. 'Pulangan"nya ialah apabila kita mula memasuki alam barzakh nanti. 'Pulangan' yang berupa doa anak yang soleh atau solehah, itulah 'pulangan' yang tidak terhingga nikmatnya! Jadi, jangan risau berbelanja untuk anak dan isteri :-) Esok pergi lagi!


Malam ni kita akan berkongsi surah-surah amalan yang seharusnya diamalakan oleh seorang ibu yang sedang memgandung dan juga bapa kepada ibu yang sedang mengandung. Tiada yang lebih baik dan hebat untuk diperdengarlam kepada bakal anak di dalam perut selain daripada kalam Allah yang maha mulia. Ini kerana, sejak dari dalam perut lagi anak tersebut telah diajarkan oleh Allah untuk mendengar :-) Surah-surah amalan tersebut adalah seperti berikut:

Ada surah yang panjang dan ada yang pendek. Usahakanlah untuk dibaca ya suami-suami sekalian. Baca sambung-sambung pun tak mengapa :-) Pesan mama, utamakan Surah Maryam. Pesan seorang kawan, jangan dilupakan Surah Yasin, buar air Yasin setiap hari untuk isteri minum. Memang benar, Al-Quran itu syifaaa'un, penawar dan penyembuh bagi sekalian umat :-)



Kalau disingkap kembali sejarah Siti Maryam melahirkan anaknya, Nabi Isa Alaihissalam, Maryam diperintahkah oleh Allah untuk menggongcang pohon kurma yang ada berdekatannya. Apabila gugur buah kurma dari pohon tersebut, maka Siti Maryam pun makan kurma-kurma itu yang menatijahkannya untuk mudah melahirkan Nabi Isa Alaihissalam. Di kaji dari satu sudut, khasiat kurma itu sendiri adalah memudahkan ibu-ibu yang bakal melahirkan anak. 

Jadi, galakkan isteri-isteri anda yang sedang mengandung untuk kerap memakan kurma. Kalau nak mudah. minum je Qaseh Gold :-)

Part yang paling best, buku yang perlu di'study' sekrang ialah buku ni:




Haa..kena study jugak bab-bab ni, bukan harapkan isteri saja. Takut-takut nanti masa isteri tengah berpantang, tak tahu nak buat apa :P

Ok, perkongsian untuk malam ni, selamat malam semua :-)

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat