Stacy selamat peluk Islam!


Hubungan cinta di antara penyanyi Stacy dan Akim Ahmad bukan lagi rahsia di kalangan pemerhati industri hiburan tempatan. Seperti yang dapat diperhatikan, mereka pernah berduet di dalam sebuah rakaman video klip kepad sebuah lagu, menampakkan seolah-olah mereka bercinta, dan ternayata benar :-)

Perhubungan mereka bertambah erat dan pada sambutan Aidilfitri lalu, kedua-dua bergaya sedondon menggayakan busana baju Melayu dan baju kurung moden dari warna yang sama termasuk juga anak angkat Stacy, Bella.

Menerusi portal Rotikaya, Stacy dikhabarkan sudah memeluk Islam, baru-baru ini.

Ditemani ibu Akim dan Akim sendiri, Stacy dikatakan memilih Ummu Syaikhah Stacy Abdullah sebagai nama Islamnya.

Jika benar seperti yang dikhabarkan, selamat datang buat saudara baru dan semoga Stacy diberikan bimbingan sepenuhnya seperti mana seorang muallaf yang lain. InsyaAllah.

Sementara itu, menerusi portal Murai, Stacy dikatakan bakal membuat satu sidang media mengenai isu ini pada keesokan hari.
 Alhamdulillah, bertambah lagi seorang saudara baru kita :-)

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat