Lenovo Tab 2 A30


sedang aku duduk menanda buku lathan pelajar-pelajar kesayanganku, tiba-tiba muncul kerani pejabat sekolahku, mesra dengan panggilan Kak Ros, terpacak di sisi kiriku. "Ustaz Wan, boleh tengakkan PC kat ofis tak? ada keluar hardisk warning.."

Aku lantas tersenyum sambil bangun menuju ke ofis. Ruangan pejabat sekolah dan bilik guru hanya dipisahkan oleh cermin kaca yang bertindak sebagai dinding, lutsinar :-) Aku restart PC tu, memang benar, ada mesej yang kalau diterjemahkan ke dalam bahasa melayu, "cepat-cepat backup hardisk ni, tak lama dah ni nak korup!" :P

Aku terangkan pada Kak Ros maksud yang tersirat di sebalik mesej tu. Maksudnya, pergi cepat-cepat cari hardsik baru la woi! Aku kahbarkan yang lepas waktu sekolah nanti baru nak pergi survey harga hardisk, esok baru boleh install. Kak Ros hanya kata OK sambil mengangguk senyum :-) For sure, perkara yang kita tak arif, lebih baik serahkan pada yang pakar, jangan buat-buat pandai. Itulah maksud anggukan Kak Ros :-)

Jam menunjukkan pukul 3.30 petang. Aku dan isteri bertolak menuju ke The Mines, di Seri Kembangan. Preve meluncur laju di jalan sepanjang 20km dengan selekoh yang minimun. Memang best jalan tu, boleh test drive pect sampai 140km/jam :P Kadang-kadang ada pak polisi menyorok di sebalik tiang flyover di situ untuk merakam memori indah pemandu-pemandu yang sedang asyik memecut laju melebihi had yang dibenarkan :p Alhamdulillah, aku tak pernah kena speddtrap di kawasan tu :p

Kami sampai di parking B2. Seusai parkir, kami terus menuju ke medan selera "Spices of Malaysia" di tingkat....berapa ntah, tak ingat pulak :P Claypot nasi ayam bersayur memang selalu menjadi pilihan aku. Isteriku suka bertukar-rukar menu, selalunya ada resepi baru yang nak dicubanya :p

Selasi makan, kami terus ke tingkat 5, tingkat paling atas dengan niat untuk survey hardisk. Hardisk SSD menjadi sasaran. Mungkin boleh bertahan lebih lama fikirku. Teringat perbualan dengan Kak Ros di pejabat tadi, Kak Ros bertanya apa puncanya hardisk ni rosak. Aku berikan 3 kemungkinan. Pertama, terlalu panas. Kedua, mengalami hentakan yang kuat. Ketiga, proses shutdown yang tidak sempurnya seperti sepatutnya. 

Tak mungkin hardisk menjadi terlalu panas, telahku, kerana ofis sentiasa berhawa dingin. Tiba-tiba Kak Ros menambah, rasanya shutdown tak betul tu...sebb suis utama selalu ditutup secara mengejut. Aku mengiayakan..angguk faham...dia sahaja.. :p

Kami masuk sebuah kedai, Thunder Match, jurual menawarkan harga yang menarik hati aku bagi sebuah Hardisk Solid Drive 120GB Kingston. Terus aku beli, selesai! Esok dah boleh ganti hardisk lama kat opis tu, fikirku sendirian, kepuasan..

Dalam perjalan keluar dari lot kedai tersebut, aku terpandang sebuah kedai yang menjual gadjet dan telefon pintar. Kedai dengan papan tanda besar bercetak "ASUS". Saja aku melangkah masuk, nak cuci mata melihat telefon pintar yang dipamerkan.

Tiba-tiba, mataku terpaku paDa rak yang berada dibelakang sekali, rak yang tersusun barisan tablet berjenama lonovo. Dengan harga promosi RM299, pembeli akan mendapat sebuah Tablet Lenovo TAB 2 A-30 yang dilengkapi perkhidmatan rangkaian. Lama juga aku membelek-belek tablet tersebut. Menimbangtarakan handphone aku yang semakin nazak di dalam poket seluar, aku melemparkan senyuman kepada isteriku dan tersengih. Dia faham :p  Akhirnya aku beli!

Aku rasakan berbaloi kerana harga pasaran sebenar ialah RM599.  Dengan kekuatan prosesor Quad Core 1.3Ghz, 1GB RAM dan 8GB Storage, sudah cukup untuk aku :-) Alhamdulillah :-)



Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat