Install Windows 7 tanpa DVD


Assalamualaikum :-) Dalam masa 15 minit ni aku nak share cara untuk install Windows 7 in case korang punya windows kat PC atau laptop crash atau korang nak tolong formatkan PC atau laptop member tapi tak dak DVD :P

Cara ni mudah sahaja, kita akan gunakan pendrive atau flash drive. Sila gunakan kapasiti 4gg ke atas sebab saiz windows 7 3gb++. Biasanya, kapasiti pendrive tak tepat. Kalau pendrive tu 8gb, kapasiti yang boleh digunakan sekitar 7.8++gb, 7.9gb++ dan seumpamanya. Tak mungkin akan dapat 8gb tepat!

Ok, jom mula. Pertama sekali, lepas dah ada pendrive, pastikan korang ada file windows 7 dalam format ISO. Boleh download dari internet atau copy dari DVD windows 7. Ikut kepandaian korang la :p Icon file ISO akan kelihatan seperti di bawah, tengok 5 fail ke bawah, tu la icon file ISO :-)

Untuk esktrak file ISO dari DVD windows 7, korang boleh gunakan software Nero dan pilih menu COPY DVD.

Korang boleh copy apa-apa DVD melalui fungsi ni. Dah siap copy, siman fail ISO tu dalam PC. boleh guna pada masa-masa lain bila diperlukan nanti. Nak burn dalam DVD semula pon boleh :-) Pastikan DVD la ye, jangan guna CD pulak, tak muat. Biasanya DVD berkapasiti 4.7Gb, manakala CD hanya 700Mb.

OK, langkah seterusnya, download Unetbootin dari web rasminya http://unetbootin.github.io/

Download software tersebut dan jalankan, macam biasa, double click. Kecik je saiznya, 4Mb++. Kurang 1 minit diperlukan untuk mendownload :-)

OK, jalankan unetbootin. Pilih pada DISKISMAGE. Abaikan pilihan DISTRIBUTION tu. Klik pada radio button tu ok. Gambar kat bawah ni belum klik pada diskimage :P


Ok, dah siap klik pada Diskimage, skrang klik kat butang yang hujung sebelah kanan untuk pilih file ISO. Kemudian pilih fail ISO yang korang dah buat tadi tu, mcam biasa, double click. Pastu pilih Drive Letter kepada Pendrive korang. Tengok contoh di bawah;


Pastikan Drive letter tu pendrive, takot terkena ada memory kad ke, external hardisk ke..nangis nanti. Sebab drive tersebut akan dikosongkan oleh unetbootin sewaktu proses fiel ISO tu nanti :-)

Dah ready, ok, klik pada OK. Maka jadilah macam ni;


Ok guys, tunggu sampai selesai. Pastu korang dah boleh guna pendrive tersebut untuk format pc atau laptop. Pendrive tersebut akan berfungsi seperti sekeping DVD windows 7 :-)

Selamt mencuba :-) Tido dulu, esok keje :p

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat