Allah lupa??


Pernah rasa kecewa? Hampa? Dibiarkan? Tertekan? Aku penah rasa semua tu. Mustahil bagi seorang manusia untuk ridak merasai semua tu. Rasa dibiarkan, ditinggalkan, dilupakan...

Aku cuma nak share, bila semua atau salah satu perasaan tu datang bertandang, pasti akan terlintas dimindaku, Allah marah aku ke? Allah dah tak pandang aku ke? Allah dah nak lupakan aku ke? Sebak..

Tapi, untuk Allah melupakan hambaNya, itu mustahil. Hanya kita yang selalu melupakan Allah. Kita sering nak Allah penuhi permintaan kita, tapi kita selalu lupa kewajipan kepada Allah. Adil?

Kata sesetengah sarjana, bila datang rasa sedih dan kecewa di hati kita, maka ketahuilah bahawa kita sebenarnya dah lama lupa kepada Allah. Ingat hanya kerana terpaksa, hanya dalam solat..

Tarbiyah Allah itu berbagai gaya dan rupanya. Tapi ingatlah, di saat kecewa dan duka lara datang bertamu, carilah Allah, mungkin sudah lama kita tidak berbisik rindu kepadaNya..mungkin sudah lama kita tidak bermadah cinta kepadaNya..mungkin sudah lama kota tidak menangis keranaNya..

Iya, itu aku..aku yang sering lupa walaupun Allah tak pernah lupa!

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat