VirtualDJ

VirtualDJ

Sabtu ni sekolah aku akan melangsungkan Majlis Hari Anugerah Cemerlang. Esok ada raptai terakhir. Pada masa ni, aku sedang mencari-cari lagu-lagu yang sesuai untuk majlis tu nanti. Teringat pada satu software yang pernah aku guna 8 tahun dulu. Waktu tu sofware ni hanya percubaan sahaja, boleh didownload percuma tanpa sebarang limitasi!

Tapi sekarang, dah cukup power, free version dah ada limitasi :P Tapi serius, sofware ni memang best kalau guna untuk control lagu bagi apa-apa program, VIRTUALDJ. Sekrang dah version 8! Penuh dengan efek dan prosessor bunyi yang mantap!

Visual pon semakin menarik berbanding dulu. Dah penuh dengan warna-warni, i like it! :p Cakap pasal virtualDJ ni memang best, tapi keje yang tak best malam ni ialah mencari lagu-lagu nasyid yang sesuai dari list lagu berkapasiti 4.31GB! Sempat mengimbau waktu-waktu lalu...fuhh...syahdu~


Kalau dulu femes dengan MP3 palyer yang kecik-kecik tu, tapi sekarang dah tak layan dah. Speaker yang lengkap dengan bass dan treble menjadi pilihan, hehehe :p

Read More

Stacy selamat peluk Islam!

Stacy selamat peluk Islam!

Hubungan cinta di antara penyanyi Stacy dan Akim Ahmad bukan lagi rahsia di kalangan pemerhati industri hiburan tempatan. Seperti yang dapat diperhatikan, mereka pernah berduet di dalam sebuah rakaman video klip kepad sebuah lagu, menampakkan seolah-olah mereka bercinta, dan ternayata benar :-)

Perhubungan mereka bertambah erat dan pada sambutan Aidilfitri lalu, kedua-dua bergaya sedondon menggayakan busana baju Melayu dan baju kurung moden dari warna yang sama termasuk juga anak angkat Stacy, Bella.

Menerusi portal Rotikaya, Stacy dikhabarkan sudah memeluk Islam, baru-baru ini.

Ditemani ibu Akim dan Akim sendiri, Stacy dikatakan memilih Ummu Syaikhah Stacy Abdullah sebagai nama Islamnya.

Jika benar seperti yang dikhabarkan, selamat datang buat saudara baru dan semoga Stacy diberikan bimbingan sepenuhnya seperti mana seorang muallaf yang lain. InsyaAllah.

Sementara itu, menerusi portal Murai, Stacy dikatakan bakal membuat satu sidang media mengenai isu ini pada keesokan hari.
 Alhamdulillah, bertambah lagi seorang saudara baru kita :-)
Read More

Mengapa sujud?

Mengapa sujud?

Ulama' mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T iaitu dengan mengalakkan kita bersujud lama. Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita.
 .

Menurut Dr. Mohd Osman Nasir, seorang pakar Homeopati, hikmah sujud antara lain ialah:

1) Melegakan sistem pernafasan.

2) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
3) Bernafaslah ketika sujud kerana banyak kebaikan di situ.

4) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

5) Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus / fallenbandwomb)

6) Melegakan sakit hernia.

7) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

8) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan (high parts of the lung)

9) Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @SPLEEN (limpa)

10) Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.

11) Meringankan bahagian PELVIS

12) Memberi dorongan untuk mudah tidur.

13) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.

14) Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).


15) Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.

16) Mengurangkan kegemukan (obesity).

17) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut convulsions).

18) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

19) Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.

Sebab itulah juga kenapa kita disarankan untuk sujud dengan kadar yang lebih lama di rakaat terakhir solat. Sujud selepas waktu subuh dengan kadaran 3 hingga 5 minit dapat membantu menghilangkan sakit kepala. 

Paling penting, kita sebagai Islam, sujud adalah tanda kita menghina diri kepada Allah, kerana kita meletakkan muka kita sama aras dengan tempat kaki kita berpijak! 

Read More

Surah Amalan Ibu Hamil

Surah Amalan Ibu Hamil

Syukur Alhamdulillah. Hari ni diberi keizinan oleh Allah untuk shopping barang-barang keperluan beby dan ummi beby. Macam biasa, kat AEON. Asalnya nak pergi expo yang kat ACC Shah Alam tu, tapi bila tengok komen kawan-kawan kat FB, tak banyak sangat pun barang-barang yang dapat diskaun. Jadi, aku dan isteri buat keputusan untuk shopping kat sini saja. Dekat, jimat mintak kereta, jimat masa, jimat tenaga! :P

Tak habis lagi semua barang yang diperlukan, itu pun dah cecah RM500++. Boleh tahan jugak persediaan nak sambut cahaya mata ni :P Aku yakin, pelaburan yang besar modalnya, Insya Allah akan memberikan pulangan yang berbaloi sekiranya diuruskan mengikut cara yang betul. Anak adalah pelaburan kita di sunia. 'Pulangan"nya ialah apabila kita mula memasuki alam barzakh nanti. 'Pulangan' yang berupa doa anak yang soleh atau solehah, itulah 'pulangan' yang tidak terhingga nikmatnya! Jadi, jangan risau berbelanja untuk anak dan isteri :-) Esok pergi lagi!


Malam ni kita akan berkongsi surah-surah amalan yang seharusnya diamalakan oleh seorang ibu yang sedang memgandung dan juga bapa kepada ibu yang sedang mengandung. Tiada yang lebih baik dan hebat untuk diperdengarlam kepada bakal anak di dalam perut selain daripada kalam Allah yang maha mulia. Ini kerana, sejak dari dalam perut lagi anak tersebut telah diajarkan oleh Allah untuk mendengar :-) Surah-surah amalan tersebut adalah seperti berikut:

Ada surah yang panjang dan ada yang pendek. Usahakanlah untuk dibaca ya suami-suami sekalian. Baca sambung-sambung pun tak mengapa :-) Pesan mama, utamakan Surah Maryam. Pesan seorang kawan, jangan dilupakan Surah Yasin, buar air Yasin setiap hari untuk isteri minum. Memang benar, Al-Quran itu syifaaa'un, penawar dan penyembuh bagi sekalian umat :-)



Kalau disingkap kembali sejarah Siti Maryam melahirkan anaknya, Nabi Isa Alaihissalam, Maryam diperintahkah oleh Allah untuk menggongcang pohon kurma yang ada berdekatannya. Apabila gugur buah kurma dari pohon tersebut, maka Siti Maryam pun makan kurma-kurma itu yang menatijahkannya untuk mudah melahirkan Nabi Isa Alaihissalam. Di kaji dari satu sudut, khasiat kurma itu sendiri adalah memudahkan ibu-ibu yang bakal melahirkan anak. 

Jadi, galakkan isteri-isteri anda yang sedang mengandung untuk kerap memakan kurma. Kalau nak mudah. minum je Qaseh Gold :-)

Part yang paling best, buku yang perlu di'study' sekrang ialah buku ni:




Haa..kena study jugak bab-bab ni, bukan harapkan isteri saja. Takut-takut nanti masa isteri tengah berpantang, tak tahu nak buat apa :P

Ok, perkongsian untuk malam ni, selamat malam semua :-)
Read More

qasehgojes.com

qasehgojes.com

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, akhirnya siap juga promopage Qaseh GOJES. Domain dah lama beli, sedikit terbazir sebab page lambat siap. Apa-apa pun, syukur kepada Allah, diizinkan juga untuk siap!


Korang tau ke Qaseh Gojes tu ape? Mai sini nak habaq :-) Gojes ni merupakan produk terbaru keluaran Ana Edar Sdn Bhd (www.qaseh2u.com.my) yang dirumus khas untuk kaum wanita dan lelaki umumnya. Dengan memfokuskan kepada penampilan diri, terutamanya kulit, Gojes mengetengahkan ramuan makanan kecantikan semulajadi dan juga ramuan sunnah. Korang boleh tengok ramuan penuh kat sini: www.qasehgojes.com 


Juga disertakan testimoni daripada pengguna Qaseh Gojes yang ditangguk dari facebook rasmi Ana Edar (www.facebook.com/AnaEdar).  Bukan sekadar promo, tapi siap dengan testimoni :-)

Laman promosi Qaseh Gojes ini bukan sekadar hanya untuk mempromosikan produk tersebut, tetapi juga untuk rakan-rakan niaga Qaseh memaparkan laman promosi mereka masing-masing pada bahagian RANIA sebagai medium promosi percuma! :-)



By the way, promopage www.qasehgojes.com adalah on behalf Ana Edar Sdn Bhd :-) Untuk rekod, Qaseh Gojes telah dilancarkan pada 13 Jun 2015 yang lalu, boleh baca entry yang ni: Pelancaran Qaseh Gojes

Ada yang berminat nak jadi rakan niaga? Boleh klik menu kat atas blog ni, QASEHGOLD :-)

Read More

Khasiat Madu + Kayu Manis

Khasiat Madu + Kayu Manis

Kulit Kayu Manis merupakan rempah asli yang digunakan dalam masakan di Malaysia. Gabungan kayu manis dan madu ternyata dapat menyembuhkan banyak penyakit. Untungnya bagi kita, kedua-dua bahan ini boleh didapati dengan mudah dimana-mana di Malaysia. Para ilmuwan moden telah bersepakat bahawa khasiat campuran kayu manis dan madu mampu menghasilkan kesan perubatan yang menakjubkan dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Mengikut kajian pakar kesihatan hari ini menyatakan bahawa walaupun madu itu manis, tapi kemanisan aslinya jika dimakan dengan dos yang tepat, tidak akan membahayakan pesakit diabetes.


Sebuah majalah di Kanada, 'Weekly World News' edisi 17 Januari 1995, memberikan senarai berikut berkaitan khasiat kayu manis dan madu, dari hasil pemneuan para pakar ilmuan Barat Moden. Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kayu manis mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.

Berikut adalah kehebatan campuran madu asli dan kayu manis:

1) Sakit Jantung

Di samping dapat mengurangkan kadar kolestrol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis ini boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung./Anda boleh mengamalkan menyapu campuran serbuk kayu manis dengan madu asli dengan menyapunya ke roti sandwic untuk sarapan pagi (boleh menggantikan kaya atau jem).

2) Artritis

Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari sebelum anda mengambil sarapan pagi.

Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%. Dalam sebulan setelah diberi resipi makanan sedemikian, kebanyakan pesakit athritis ini mampu bergerak mahu pun berjalan tanpa merasa sakit.

3) Selsema

Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selsema.

4) Sakit Perut

Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut. Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Di samping itu juga, ia boleh menurunkan berat badan.

5) Sakit Gigi

Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli. Letakkan campuran tadi kat bahagian gigi yang sakit tadi. Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi.



6) Mengurangkan Kolestrol

Jika di amalkan sebanyak 3 kali sehari, anda akan dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Malah dipercayai bahawa kadar kolesterol boleh dirunkan sebanyak 10% dalam masa 2 jam setelah anda meminum campuran teh, madu dan serbuk kayu manis ini.

Caranya:
Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.

7) Membantu Proses Penghadaman

Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.

8) Jangkitan pada Pundi Kencing

Jika anda ada masalah jangkitan kuman pada pundi kencing? Kalau ada, anda haruslah membunuh bakteria yang ada di dalamnya.

Caranya:
Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.

9) Jerawat

Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian, sapukan campuran itu pada muka (bahagian yang ada jerawat) lakukan sebelum tidur. Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.

Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi, Selain itu, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.

10) Keguguran Rambut

Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

11) Menguatkan Sistem Imunisasi

Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria. Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.


12) Masalah Kesuburan

Bagi golongan lelaki, ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan. Untuk golongan wanita, ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

13) Masalah Nafas Berbau & Kurang Pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis.  Amalkan minum air campuran ini pada setiap pagi. Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.

14) Mengekalkan Tahap Kesihatan yang Baik

Untuk mengekalkan tahap kesihatan anda, amalkan meminum setiap hari;
Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.

Selamat mencuba :-)
Read More

Install Windows 7 tanpa DVD

Install Windows 7 tanpa DVD

Assalamualaikum :-) Dalam masa 15 minit ni aku nak share cara untuk install Windows 7 in case korang punya windows kat PC atau laptop crash atau korang nak tolong formatkan PC atau laptop member tapi tak dak DVD :P

Cara ni mudah sahaja, kita akan gunakan pendrive atau flash drive. Sila gunakan kapasiti 4gg ke atas sebab saiz windows 7 3gb++. Biasanya, kapasiti pendrive tak tepat. Kalau pendrive tu 8gb, kapasiti yang boleh digunakan sekitar 7.8++gb, 7.9gb++ dan seumpamanya. Tak mungkin akan dapat 8gb tepat!

Ok, jom mula. Pertama sekali, lepas dah ada pendrive, pastikan korang ada file windows 7 dalam format ISO. Boleh download dari internet atau copy dari DVD windows 7. Ikut kepandaian korang la :p Icon file ISO akan kelihatan seperti di bawah, tengok 5 fail ke bawah, tu la icon file ISO :-)

Untuk esktrak file ISO dari DVD windows 7, korang boleh gunakan software Nero dan pilih menu COPY DVD.

Korang boleh copy apa-apa DVD melalui fungsi ni. Dah siap copy, siman fail ISO tu dalam PC. boleh guna pada masa-masa lain bila diperlukan nanti. Nak burn dalam DVD semula pon boleh :-) Pastikan DVD la ye, jangan guna CD pulak, tak muat. Biasanya DVD berkapasiti 4.7Gb, manakala CD hanya 700Mb.

OK, langkah seterusnya, download Unetbootin dari web rasminya http://unetbootin.github.io/

Download software tersebut dan jalankan, macam biasa, double click. Kecik je saiznya, 4Mb++. Kurang 1 minit diperlukan untuk mendownload :-)

OK, jalankan unetbootin. Pilih pada DISKISMAGE. Abaikan pilihan DISTRIBUTION tu. Klik pada radio button tu ok. Gambar kat bawah ni belum klik pada diskimage :P


Ok, dah siap klik pada Diskimage, skrang klik kat butang yang hujung sebelah kanan untuk pilih file ISO. Kemudian pilih fail ISO yang korang dah buat tadi tu, mcam biasa, double click. Pastu pilih Drive Letter kepada Pendrive korang. Tengok contoh di bawah;


Pastikan Drive letter tu pendrive, takot terkena ada memory kad ke, external hardisk ke..nangis nanti. Sebab drive tersebut akan dikosongkan oleh unetbootin sewaktu proses fiel ISO tu nanti :-)

Dah ready, ok, klik pada OK. Maka jadilah macam ni;


Ok guys, tunggu sampai selesai. Pastu korang dah boleh guna pendrive tersebut untuk format pc atau laptop. Pendrive tersebut akan berfungsi seperti sekeping DVD windows 7 :-)

Selamt mencuba :-) Tido dulu, esok keje :p
Read More

Lubuk Pendapatan Kedua!

Lubuk Pendapatan Kedua!

Rahsia Lubuk Pendapatan Kedua Terbongkar…Kehidupan hari ini amat mencabar. Harga barangan naik dan terus naik .Jarang-jarang ada yang turun. Golongan marhean terhimpit. Mereka menderita dalam diam. Namun terpaksa untuk berfikir di luar kotak fikiran agar boleh mengubah nasib yang melanda mereka.   

Dengan kombinasi minda yang kreatif dan usaha tak kenal putus asa, saya telah menemui satu lubuk pendapatan kedua.Tidak keterlaluan jika saya katakan akan terbongkar tak lama lagi.

Anda tidak perlu tahu semua. Anda hanya wajib tahu apa yang perlu dilakukan untuk mendapat lubuk pendapatan kedua ini iaitu berani buat tindakan.

Sudah semestinya ia tidak mengganggu kerja dan sumber pendapatan utama anda. Cuma saya nasihatkan bahawa cara yang bakal saya bongkarkan melalui link itu nanti, bisa membuat anda termenung sejenak. Oleh itu jangan tunggu lama-lama untuk membuat tindakan.

Saya takut lama-lama ia akan diambil orang. Macam orang yang bercinta. Buat apa tunggu lama-lama dan terus menunggu. Lebih baik kahwin dan membuat pahala besar pada malam jumaat. 

Sebut tentang orang nak kahwin tetapi belum cukup duit, maka lubuk pendapatan kedua ini sangat wajar diberi perhatian. Tak akan anda hanya memendam rasa dan berdoa tanpa usaha. Cuba cepat-cepat kumpul duit.

Saya amat mengalu-alukan golongan bujang yang nak berkahwin dan para suami yang tergaru-garu kepala nak cari pendapatan lebih, untuk mencuba lubuk pendapatan kedua ini.

Lakukan dengan sungguh-sungguh. Penuhi masa lapang anda dengan aktiviti mencari wang. Urus masa dengan bijak agar kualiti masa bersama keluarga dan teman-teman tidak terjejas. Kita semua diberi masa 24 jam sehari.

Saya juga menyeru kepada kaum ibu atau para wanita yang tidak bekerja maka sangat cocok untuk mencuba lubuk pendapatan kedua ini. Sambil-sambil melayan media sosial boleh juga dapat duit. Kalau tak sikit sudah tentu dapat banyak.

Saya faham anda sibuk mengurus urusan rumahtangga, namun cuba peruntukan masa sejam sehari untuk mencari pendapatan dengan lubuk tersebut. Anda tidak perlu keluar dari rumah sehingga menimbulkan perasaan Syak dari si suami.

Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk mencari pendapatan kedua melalui >>>KLIK SINI<<<


Credit: mrhanafi.com
Read More

Durian Belanda vs kanser!

Durian Belanda vs kanser!

Selama ini kita tahu bahwa kanser hanya blh diubati dengan terapi kemo. Namun nampaknya persepsi ini harus dihapus dan dibuang sejauh-jauhnya. Kenapa? Kerana sebenarnya ada ubat semulajadi untuk membunuh sel kanser yang kekuatannya SEPULUH RIBU KALI GANDA lebih ampuh dibanding terapi kemo.

Ubat semulajadi ini adalah buah yang dikenali oleh orang melayu Buah Durian Belanda dan Daun Durian Belanda. Tapi, Mengapa Kita Tidak Tahu? Kerana salah satu perusahaan dunia merahsiakan penemuan kajian mengenai hal ini serapat-rapatnya, mereka ingin dana kajian yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, dapat dikembalikan terlebih dulu dicampur keuntungan berganda dengan cara membuat pohon Durian Belanda sintetis sebagai bahan asas ubat dan ubatnya dijual ke pasaran dunia.

Lebih memilukan, beberapa orang meninggal sia-sia kerana keganasan kanser, sedangkan perusahaan raksasa, pembuat ubat dengan dana jutaan dolar menutup rapat-rapat rahsia keajaiban pohon ini.

Pohonnya pendek, di brazil dinamakan “Graviola”, di Spanyol “Guanabana”, bahasa Inggerisnya “soursop”. Kita menggelarnya buah durian belanda. Buahnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya manis-masam, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau di buat jus. Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor atau kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser.

Selain menyembuhkan kanser, buah durian belanda juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti kulat(fungus), efektif melawan berbagai jenis parasit atau cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Health Science Institute telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang mencengangkan adalah: jauh di pedalaman hutan amazon, tumbuh “pohon ajaib”, yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup. Tidak ada yang blh menjanjikan lebih dari hal ini, untuk masa-masa yang akan datang.

Kajian membuktikan “Pohon Ajaib” dan buahnya ini mampu:
Menyerang sel kanser dengan selamat dan efektif secara semulajadi, tanpa rasa mual, berat badan turun, ataupun rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan. Pesakit merasa lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan atau penyembuhan. Energi meningkat dan penampilan tubuh lebih baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika. Buah Durian Belanda diuji di lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an sampai beberapa tahun berikutnya. Hasil ujian dari ekstrak (sari) buah ini adalah secara efektif memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru2, dan Pankreas. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambat pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamicin dan Terapi Kemo yang biasa di gunakan. Tidak seperti terapi kemo, sari buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan @ membunuh sel-sel sihat.

Kajian telah di lakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini, selama bertahun-tahun, tapi kenapa kita tidak tahu ap-apa2 mengenai hal ini? Kerana begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan.

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan dana jutaan dollar melakukan kajian luar biasa pada pohon durian belanda yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini, yakni kulit, akar, daun, isi buah dan bijinya selama berabad-abad menjadi ubat bagi suku Indian di Amerika selatan untuk menyembuhkan sakit jantung, asma, masalah liver (hati) dan reumatik.

Dengan bukti-bukti ilmiah yang kurang, perusahaan tersebut membelanjakan dana dan sumber tenaga manusia yang sangat besar guna melakukan kajiandan pelbagai ujian. Hasilnya sangat mencengangkan. Durian belanda secara ilmiah terbukti sebagai mesin pembunuh sel kanser.

Tapi… kisah durian belanda hampir berakhir disini. Mengapa? Di bawah undang-undang federal sumber bahan semulajadi, ubat DILARANG/ TIDAK BOLEH dipatenkan. Perusahaan menghadapi masalah besar, berusaha sekuat tenaga dengan belanja sangat besar untuk membuat (kloning) dari Durian belanda ini supaya boleh dipatenkan sehingga dana yang di keluarkan untuk kajian dan pelbagai ujian boleh dikembalikan, dan bahkan mengaut keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil. Durian belanda tidak dapat diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk kajian dan pelbagai ujian. 

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan lebih besar beransur-ansur pudar, kegiatan kajian dan ujian juga berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menghebahkan hasil kajian ini. Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari team kajian yang tidak tergamak melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kariernya, ia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan semulajadi dari hutan amazon untuk pembuatan ubat. Ketika pakar dari Health Science Institute mendengar berita keajaiban durian belanda, mereka mulai melakukan kajian. Hasilnya sangat mengejutkan. Durian belanda terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang efektif.



The National Cancer Institute mulai melakukan kajian ilmiah yang pertama pada tahun 1976, hasilnya membuktikan bahwa daun dan batang Pohon durian belanda mampu menyerang dan menghancurkan sel2 jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, durian belanda telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujian yang di lakukan oleh 20 Makmal Bebas yang berbeza. Suatu kajian yang disiarkan oleh The Journal of Natural Products meyatakan bahwa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, menyebutkan bahwa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam durian belanda mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser Usus Besar dengan 10,000 kali lebih kuat dibandingkan dengan adriamicin dan Terapi Kemo. Penemuan yang paling mengujakan dari study Catholic University ini adalah durian belanda boleh memilih dan membunuh hanya sel jahat kanser, sedangkan sel yang sihat tidak tersentuh ataupun terganggu.

Durian belanda tidak seperti terapi kemo yang tidak blh membezakan sel kanser dan sel sihat, maka sel-sel reproduksi (seperti lambung dan rambut) dibunuh habis oleh terapi kemo, sehingga timbul kesan negatif seperti rasa mual dan rambut gugur.



Sebuah kajian di Purdue University membuktikan bahwa daun durian belanda mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser prostat, pankreas, dan paru-paru.

Setelah selama kurang lebih dari 7 tahun tidak ada berita mengenai durian belanda, akhirnya berita keajaiban ini ditemukan juga, melalui maklumat dari lembaga-lembaga tersebut di atas. Pasukan terbatas ekstrak durian belanda yang di manfaatkan dan dituai oleh orang-orang pribumi Brazil, kini boleh didapati di Amerika.

Durian belanda mempunyai manfaat yang sangat besar dalam pencegahan dan penyembuhan penyakit kanser. Daun durian belanda ini katanya sifatnya seperti kemoterapi, bahkan lebih hebat lagi kerana daun durian belanda hanya membunuh sel sel yang tumbuh abnormal dan membiarkan sel sel yang tumbuh normal. Sedangkan kemoterapi masih ada kesan membunuh sebagian sel sel yang normal.

Sekarang anda tahu manfaat buah durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam menyegarkan. Buah semulajadi 100% tanpa kesan sampingan. Apapun, sebar luaskan khabar baik ini!

Read More

Allah lupa??

Allah lupa??

Pernah rasa kecewa? Hampa? Dibiarkan? Tertekan? Aku penah rasa semua tu. Mustahil bagi seorang manusia untuk ridak merasai semua tu. Rasa dibiarkan, ditinggalkan, dilupakan...

Aku cuma nak share, bila semua atau salah satu perasaan tu datang bertandang, pasti akan terlintas dimindaku, Allah marah aku ke? Allah dah tak pandang aku ke? Allah dah nak lupakan aku ke? Sebak..

Tapi, untuk Allah melupakan hambaNya, itu mustahil. Hanya kita yang selalu melupakan Allah. Kita sering nak Allah penuhi permintaan kita, tapi kita selalu lupa kewajipan kepada Allah. Adil?

Kata sesetengah sarjana, bila datang rasa sedih dan kecewa di hati kita, maka ketahuilah bahawa kita sebenarnya dah lama lupa kepada Allah. Ingat hanya kerana terpaksa, hanya dalam solat..

Tarbiyah Allah itu berbagai gaya dan rupanya. Tapi ingatlah, di saat kecewa dan duka lara datang bertamu, carilah Allah, mungkin sudah lama kita tidak berbisik rindu kepadaNya..mungkin sudah lama kita tidak bermadah cinta kepadaNya..mungkin sudah lama kota tidak menangis keranaNya..

Iya, itu aku..aku yang sering lupa walaupun Allah tak pernah lupa!
Read More

Lenovo Tab 2 A30

Lenovo Tab 2 A30

sedang aku duduk menanda buku lathan pelajar-pelajar kesayanganku, tiba-tiba muncul kerani pejabat sekolahku, mesra dengan panggilan Kak Ros, terpacak di sisi kiriku. "Ustaz Wan, boleh tengakkan PC kat ofis tak? ada keluar hardisk warning.."

Aku lantas tersenyum sambil bangun menuju ke ofis. Ruangan pejabat sekolah dan bilik guru hanya dipisahkan oleh cermin kaca yang bertindak sebagai dinding, lutsinar :-) Aku restart PC tu, memang benar, ada mesej yang kalau diterjemahkan ke dalam bahasa melayu, "cepat-cepat backup hardisk ni, tak lama dah ni nak korup!" :P

Aku terangkan pada Kak Ros maksud yang tersirat di sebalik mesej tu. Maksudnya, pergi cepat-cepat cari hardsik baru la woi! Aku kahbarkan yang lepas waktu sekolah nanti baru nak pergi survey harga hardisk, esok baru boleh install. Kak Ros hanya kata OK sambil mengangguk senyum :-) For sure, perkara yang kita tak arif, lebih baik serahkan pada yang pakar, jangan buat-buat pandai. Itulah maksud anggukan Kak Ros :-)

Jam menunjukkan pukul 3.30 petang. Aku dan isteri bertolak menuju ke The Mines, di Seri Kembangan. Preve meluncur laju di jalan sepanjang 20km dengan selekoh yang minimun. Memang best jalan tu, boleh test drive pect sampai 140km/jam :P Kadang-kadang ada pak polisi menyorok di sebalik tiang flyover di situ untuk merakam memori indah pemandu-pemandu yang sedang asyik memecut laju melebihi had yang dibenarkan :p Alhamdulillah, aku tak pernah kena speddtrap di kawasan tu :p

Kami sampai di parking B2. Seusai parkir, kami terus menuju ke medan selera "Spices of Malaysia" di tingkat....berapa ntah, tak ingat pulak :P Claypot nasi ayam bersayur memang selalu menjadi pilihan aku. Isteriku suka bertukar-rukar menu, selalunya ada resepi baru yang nak dicubanya :p

Selasi makan, kami terus ke tingkat 5, tingkat paling atas dengan niat untuk survey hardisk. Hardisk SSD menjadi sasaran. Mungkin boleh bertahan lebih lama fikirku. Teringat perbualan dengan Kak Ros di pejabat tadi, Kak Ros bertanya apa puncanya hardisk ni rosak. Aku berikan 3 kemungkinan. Pertama, terlalu panas. Kedua, mengalami hentakan yang kuat. Ketiga, proses shutdown yang tidak sempurnya seperti sepatutnya. 

Tak mungkin hardisk menjadi terlalu panas, telahku, kerana ofis sentiasa berhawa dingin. Tiba-tiba Kak Ros menambah, rasanya shutdown tak betul tu...sebb suis utama selalu ditutup secara mengejut. Aku mengiayakan..angguk faham...dia sahaja.. :p

Kami masuk sebuah kedai, Thunder Match, jurual menawarkan harga yang menarik hati aku bagi sebuah Hardisk Solid Drive 120GB Kingston. Terus aku beli, selesai! Esok dah boleh ganti hardisk lama kat opis tu, fikirku sendirian, kepuasan..

Dalam perjalan keluar dari lot kedai tersebut, aku terpandang sebuah kedai yang menjual gadjet dan telefon pintar. Kedai dengan papan tanda besar bercetak "ASUS". Saja aku melangkah masuk, nak cuci mata melihat telefon pintar yang dipamerkan.

Tiba-tiba, mataku terpaku paDa rak yang berada dibelakang sekali, rak yang tersusun barisan tablet berjenama lonovo. Dengan harga promosi RM299, pembeli akan mendapat sebuah Tablet Lenovo TAB 2 A-30 yang dilengkapi perkhidmatan rangkaian. Lama juga aku membelek-belek tablet tersebut. Menimbangtarakan handphone aku yang semakin nazak di dalam poket seluar, aku melemparkan senyuman kepada isteriku dan tersengih. Dia faham :p  Akhirnya aku beli!

Aku rasakan berbaloi kerana harga pasaran sebenar ialah RM599.  Dengan kekuatan prosesor Quad Core 1.3Ghz, 1GB RAM dan 8GB Storage, sudah cukup untuk aku :-) Alhamdulillah :-)


Read More

Mencari sebuah erti...

Mencari sebuah erti...

Hari ini Sabtu, 1 Ogos 2015. Masih lagi dalam suasana hari raya aidilfitri. Macam biasa la, orang ramai masih lagi sibuk dengan operasi rumah terbuka. Malam tadi pun aku ke rumah salah seorang rakan guru yang buat open house. Masa aku kecik-kecik dulu, tak ada openhouse malam-malam. Tapi sekarang dunia dah berubah, kerana masa dan keadaan. Kata ulama cinta, masa bisa merubah segalanya :p

Hari ini aku dan isteri masih berada di sekolah kerana tugasan tuisyen. Puas aku melobi kawan-kawan seperguruan untuk bertukar jadual, kecewa kerana tiada yang sudi. Tapi aku faham, sapa yg nk kerja hari Sabtu di bulan raya ni :p Kalau aku pun, mcm tak nak jugak, hahaha :p
Aku ada sebab untuk minta ganti. Keluarga dan saudara-mara mertua adik keduaku akan datang pada hari ini. Ada kenduri sederhana besar. Agak sedih bila difikirkan, tapi tak pa, aku yakin ada hikmahnya! Redha dan Sabar, resepi terbaik. Hidup dan kehidupan ini Allah yang punya. Kita hanya hamba, jangan berlagak seperti tuan.

2 minggu kebelakangan ini, masa ku rasa tidak mencukupi dalam hidupku. Aku sering kehilangan waktu lapang, ada sahaja kerja dan aktiviti yang mengejar. Hidup ku rasakan sesak! Siang dan malam ku rasakan singkat. Allah lebih mengetahuinya..

Pagi tadi, seusai solat subuh, aku diam di atas sejadah. Teringat pesanan seorang profesor di facebook, Allah jadikan masa 24jam di dunia ini cukup untuk kehidupan seseorang manusia. Kalau seandainya kita rasa kurang atau tidak cukup, ada something wrong disitu. Amalkan, setiap pagi selepas solat subuh, perkara pertama yang kita wajib buat ialah membaca Al-quran. InsyaAllah masa kita akan cukup.

Itulah pesanannya. Aku rasa pesanan itu memang terkena batang hidungku. Sejak berakhirnya Ramadhan yang lalu, aku alpa untuk istiqamah membaca Al-quran. Astagfirullahala'zim..
Read More