Uyaina @nonamanis


Sedang menonton TV3, cerita Hantu Bonceng. Untuk rekod, aku masih lagi bercuti, sampai hujung minggu ni, he he he :P Pengetua baik, bagi cuti genap, Alhamdulillah, boleh duduk beraya lama sket dengan keluarga :-)

Macam biasa, selang seli dengan rancangan TV, pasti ada iklan. Sekali tu, keluar iklan pasal
pencarian nonamanis TV3. Biasanya kalau iklan, aku tak pandang skrin TV. Kebetulan pulak aku tgh wat keje kat laptop. Tapi ada satu nama yang disebut, salah sorang dari calon nonamanis, uyaina. Tersentap jap. Aku cuba mencari kat sudut-sudut minda aku, macam pernah tersimpan kat memori aku nama 'uyainah'. Macam pernah dengar masa dok belajar dulu. Aku cuba sedaya upada mengkoreksi segenap pelusuk hardisk minda aku. Alhamdulillah, rasanya tiada lagi 'Bad Sector' dalam cakera keras kepala otakku ini :P

Akhirnya aku jumpa, nama seorang ahli hadis, Sufiyan bin Uyainah! Tau sapa Sufiyan bin Uyainah? Jap lagi aku bagitau :-) Dulu, ada satu nama kitab yang aku dengat kat TV juga, tak bape nak ingat, samaada hidayatussalikin atau riyadussolihan. Cuma, nama tersebut adalah nama seorang wanita, atlit negara dalam sukan gimnastik!



Berbalik pada nama uyainah tadi, beliau seorang Imam dan ahli hadis di tanah haram Makkah. Beliau menuntut ilmu hadis sejak berusia 10 tahun. Mempelajari banyak ilmu yang dan kuat hafalannya. Beliau sempat bertemu dengan 87 tabi’in dan mendengar hadis dari 70 orang daripada mereka. Yang paling terkenal di antaranya adalah Ja’far ash-Shadiq, Humaid ath-Thawl, dan Abdullah bin Dinar. Beliau wafat pada bulan Jamadil Akhir, Sabtu, 1 Rajab 198 H di Makkah dalam usia 91 tahun.

Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata mengenai dirinya: "Dia (Sufiyan bin Uyainah) seorang yang Thiqah, Hafiz, dan seorang yang ahli fiqh”.

Imam As-Syafie memberikan kesaksian atas keilmuannya: "Kalaulah bukan kerana Imam malik dan Sufyan bin Uyainah maka akan hilanglah perbendaharaan ilmu di Hijaz."

Iman As-Syafie juga berkata," Tidaklah aku melihat seorangpun yang memiliki keluasan ilmu sebagai Syuyah bin Uyainah dan tidaklah saya melihat orang yang lebih dapat menahan diri untuk berfatwa daripada Ibnu Uyainah. Dan tidaklah saya melihat seorang pun yang lebih bagus dalam menafsirkan hadis berbanding Ibnu Uyainah."

Iman Abdul Rahman berkata," Ibnu Uyainah adalah orang dari Hijaz yang paling alim tentang hadis-hadis."

Ok, itu serba sedikit mengenai biodata diri beliau :-) Jom kita fikir sama-sama. Perasan tak kita, setiap nama yang ayah dan ibu kita berikan, ada maksud yang tersendiri. Mungkin ada antara kita yang tak pernah amik tau maksud nama kita kan? :-)

Nama kita adalah doa pada diri kita. Bila nama kita dipanggil, bermakna orang yang memanggil itu secara tak langsung sedang mendoakan kita melalui maksud nama kita. Kalau nama kita mempunyai maksud yang baik, maka doa itu adalah baik :-)

Tak berniat nak huraikan lebih panjang, sekian :P

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat