Twitter @lakaranminda


Alhamdulillah, setelah sekian lama dok main-main dengan twitter, akhirnya malam ni dapat juga update apa yang sepatutnya di twitter :-) Masih baru nak berjinak-jinak dengan dunia twitter sebenarnya :P

Sejak dari Julai 2011 lagi aku dah buat akaun twitter, cuma tak de sangat perasaan nak guna :p Sedang dok check email tadi, tetibe aku ternampak notification mengenai ada seseorang yang aku kenali sedang tweet di twitter, abang ipar aku :P

Aku klik link yang diberi, kena login pulok...try login sampai 3 kali, password salah pulak..nampak sangat dah lama tak bukak :p Apa lagi, reset teros! Alhamdulillah, berjaya :-)

Aku cuba godek-godek akaun twitter abg iparku, seronok jugak kalau ada twitter, detik hatiku.

Aku follow abg iparku. Lama juga aku dok bersiar-siar di situ. Last skali barulah terasa nak tgk akaun sendiri. Kosong rupanya.. avatar tak de, banner atas pun tak da. Tweet yang terkini pon dah lama sangat tak update. Berbeza dengan akaun Facebook dan Google+. Rasa macam dah banyak sangat pulak saluran media sosial sekarang. Tu belum masuk Instagram lagi :P

Terus aku klik ikon 'PS' pada taskbar laptop, dalam beberapa saat, tetingkap Adobe Photoshop terpapar. Terus aku cari grafik yang sesuai, edit, upload!


Cuma avatar aku tak tau nak ubah..ada sapa-sapa tau? Boleh share kat komen di bawah :-) 

Sempat jugak aku follow akaun twitter Najib Razak, PM kesayangan rakyat 1Malaysia :p Timbul dalam hati aku satu rasa, rasa untuk mencari sesuatu yang perlu diselongkar dalam twitter ni :-) Kalau dah jumpa nanti aku share ok :-)



Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat