Salam Aidilfitri 2015!


Akhirnya Ramadan pergi jua meninggalkan kita..datang tetamu seterusnya, Syawal. Salam perpisahan buatmu Ramadhan, moga tahun hadapan aku berkesempatan untuk bertemumu lagi wahai Ramadan..amin..



Tahun ini aku beraya pertama hingga ketiga di rumah ayah dan ibuku, di Selayang, Gombak. Pagi raya ketiga barulah akan berangkat ke Batu Berendam, Melaka. Alhamdulillah, cuti sekolah aku sampai hari jumaat minggu depan, sempat untuk buat semua aktiviti-aktivi sempena hari raya bersama keluargaku dan keluarga mertua. Alhamdulillah juga, ayah mertuaku telah discharge dari Hospital Pantai Air Keroh 2 hari sebelum Syawal dalam keadaan sihat walafiat.

www.qasehgold.biz

Sempena masuknya awal Syawal ini, aku memohon kemaafan di atas semua salah dan silap sepanjang tahun ini. Aku juga manusia biasa, aku juga melakukan kesilapan, maafkan dan ampunkan aku. Aku juga maafkan segala apa yang telah berlaku antara kita. Moga keampunan Allah terus menaungi kita semua, amin..

Salam Aidilfitri untuk semua! Allahuakbar!


Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat