Sakit itu penghapus dosa...


Alhamdulillah, hari ini aku dikurniakan suatu nikmat yang jarang untuk aku rasai, nikmat demam. Badan menggigil sejak dari malam tadi. Jelas kelihatan rasa resah di raut wajah isteriku apabila mendapati aku menggigil ketika tidur. Hasratnya untuk masak juadah bersahur pagi tadi sedikit terbantut. Dari nada suaranya, aku tahu dia kerisauan. 

Terasa sejuk di bahagian dahiku, rupa-rupanya ada tuala lembab yang diletakkan oleh isteriku. Menambahkan kegigilan yang sedia menggigil. Entah kenapa, aku pun tak tahu. Malam tadi aku rasa sihat, cuma ada rasa panas sikit-sikit. Cuma, pagi semalan, aku mengalami cirit-birit yang agak dahsyat! Yang paling menyiksakan, aku kat sekolah! Berapa kali masuk bilik air pon tak tahu la. Sakit yang menekan sampai tak larat nak berdiri untuk mengajar..Allahuakhar..

Nurdiyana, seorang isteri yang tabah dan cekal. Tidak mudah mengalah, sangat cepat tersentuh emosinya. Badanku di lap dengan tuala lembap. Roti digoreng untuk aku mengisi perut. Katanya, sewaktu aku sedang menggigil-gigil, perutku 'menyanyi' dengan kuat! Tandanya lapar. Sedap juga dapat makan roti bersalut telur yang digoreng di awal pagi :-) Thanks sayang :-)

Isteriku keseorangan ke tempat kerja hari ini. Aku sempat melambaikan tangan sewaktu dia hendak memasuki pintu lif. Riak wajahnya masih kerisauan..Ya Allah, permudahkanlah perjalanan isteriku pada hari ini, amin...doaku di dalam hati..Tetap ayu wajahnya walaupun dalam kerisauan :-) 


Syukur Alhamdulillah sebab ada ubat deman, selsema dan antibiotik yang mama pernah bekalkan sebelum ini. Mama, insan yang sangat prihatin dengan kesihatan diri dan anak-anaknya. Sampaikan stok ubat wajib tersimpan dalam beg tangannya. Betapa sifat keibuan terpasak teguh dalam hatinya! Untuk anak dan suami, segalanya akan dilakukan.


Jam dah pukul 1:52 petang. Aku rasa macam dah kurang sejuk ni. Boleh mandi dah kot. Mula dari kaki naik ke atas, aturan mandi bagi orang yang tak sihat. Moga-moga segera sembuh, boleh sambung puasa. Hari ni dah one day off puasa... :-(

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat