Reload+GST


Alhamdulillah, demam makin berkurangan. Pergi klinik Dr. Hasnida tadi, RM43.00 dicas. Agak murah bagi aku. Kalau kliknik-klinik lain, tak kurang dari RM50. Moga Allah terus memeliharanya, amin.

Sedang duduk bersama isteri di ruang tamu, tiba-tiba kedengaran notifikasi daripada hanfon, ada SMS. Perkara yang memang aku kurang suka, Plan Data Internet telah habis! Part yang paling tak suka lagi, kene top-up!!

Macam biasa, aku suka untuk topup menggunakan online banking. Selalunya Bank Islam. Jarang-jarang aku gunakan Myabank. Paling jarang guna CIMB :P 3 kali sejarah hitam dengan Bank Islam, top-up tak masuk. Terpaksa call centre buat report. Yang paling 'Best', kene tunggu seminggu untuk refund walaupun hanya RM10 :P

Malam ni aku nak reload RM70. Sebab nak langgan Plan Data UMobile RM68, harga psikologi :P Setakat ini, UMobile paling efisyen bagi aku. Dengan RM68 aku dapat 8GB selama 30 hari. 5GB untuk kuota sepanjang hari dan 3GB untuk kuota selepas waktu puncak(peak hour). Boleh la tahan bagi aku yang bergaji tak sampai 5 ribu sebulan :P


Bila semua langkah dah selesai, ni la yang paling aku tak suka tengok, cas reload+GST! Ntah kenapa aku rasa tak patot sangat GST ni dikenakan. RM0.60 bagi aku besar. Mungkin bagi orang yang bergaji 20 ribu ke atas sebulan takkan rasa apa-apa. Bagi orang yang elektrik rumahnya dibayar, minyak keretanya dibayar, semuanya boleh claim, memang dia takkan rasa apa yang aku rasa, dan mungkin juga apa yang rakyat lain semua rasa.


Tapi aku sedar, apa yang rakyat semua keluhkan pada masa ni, takkan mengubah apa-apa. Kerana 'mereka' masih berkuasa, masih boleh membuat undang-undang sesuka hati. 

Pesan baba, biarkanlah mereka bila kita tak mampu. Kalau difikir, hanya menyemakkan kepala. Cuma jangan lua, apa yang mereka buat sekarang, di akhirat nanti akan dihitung semula. Redha, pasti bahagia!

Terima qaseh baba :-)

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat